Bagi yang merawat anak-anak ekzema sendiri dengan mengunakan konsep berpantang dari sesetengah jenis makanan dan memakan beberapa jenis makanan secara berulang iaitu dengan diet yang terhad dan berulang beberapa jenis sahaja, ambil maklum bahawa diet yang terhad boleh menyebabkan anak kurang zat.
Anak ekzema selalunya ada histamine intolerance dan boleh mendapat reaksi gatal dengan makanan tinggi histamine. Antaranya pisang, betik, avocado, oren, strawberi, kentang, bayam,ikan tongkol dan ikan kembung. Ada yang tidak boleh makan telur dan ada yang alah susu.
Jika anak anda berpantang dan ekzemanya semakin teruk atau tidak berkurangan, ini bukan healing crisis, ini tanda alah atau kurang zat.
Ads
Adalah lebih baik elak makanan tinggi histamine untuk anak ekzema dan jangan berpantang hingga memakan bahan yang sama setiap hari.Suplemen pun ada yang anak boleh alah, makanan sihat pun ada yang alah. Sebaiknya bila anak semakin teruk, hentikan dulu dan lihat kesannya.
Ads
Penting juga untuk pelbagaikan dan rotate makanan supaya anak tidak dapat makanan sama setiap hari .. Rotate the food.
Ads
Sumber: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakan anak-anak ekzema masa lahir normal tapi selang beberapa bulan mula menunjukkan tanda-tandanya. Bagaimanapun, di peringkat awal ibu bapa tak sedar kerana ia hanya merah-merah di bahagian kulit dan tak teruk pun.
Namun bila keadaan ini tak dicegah dari awal, lama-kelamaan makin merebak sehingga anak jadi tak selesa dan asyik menggaru.
Perkongsian dari Dr Hafiz Sulaiman mengenai petanda awal yang berlaku pada anak kita seawal bayi perlu diambil perhatian oleh ibu bapa.
Sejak akhir-akhir ni ada beberapa kes ekzema yang bermula dengan ruam peluh, ruam belakang leher dan ruam merah-merah.
Mungkin orang akan cuba sedapkan hati kita, kata ruam susu je..
Ada baby yang bertanda merah atas hidung je..
Sikit-sikit je..
Pakai krim dah okay…
Letak tepung ubi sikit-sikit okay lah…
Boleh cuba..tapi JANGAN AMBIL RINGAN.
Berpuluh jika tak beratus kes ekzema saya tengok mula dia camni lah..
Lepas dah meletus seluruh badan..menyesal..sebab ruam kecil yang dibiarkan, bertahun-tahun menderita. Ikhtiar macam-macam duit habis ribu riban.
Ingatlah tuan-puan mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Waspada beberapa tanda radang yang timbul atau masalah usus waktu baby – ni mengikut pengalaman saya ya:
1) Apa-apa ruam peluh ke..ruam susu ke..ruam panas ke..terutama yang “radang”(merah, bengkak, gatal)
2) Baby berkahak atau nafas bunyi lendir.
3) Baby refluks – kerap muntah susu.
4) Baby sembelit.
5) Sejarah keluarga ada alahan atau alergi.
Bila dah nampak tanda ni..cepat-cepat ya jaga pemakanan. Kurangkan stres pada baby terutama daripada bahan kimia dalam sabun, pewangi..Beri perhatian lebih sebab baby yang alah biasanya suka bertenggek asyik nak dukung dan nakkan lebih perhatian fitrahnya. Jaga emosi mereka sebaiknya.
Walaupun amat sukar bagi seorang suami melihat isterinya dalam kesakitan, namun kebanyakan mereka merasakan bahawa kelahiran bayi mereka yang ditunggu-tunggu adalah saat yang paling indah dalam hidup mereka, nak-nak lagi baby pertama kan?
Jadi, apakah cara yang terbaik untuk suami memberi sokongan kepada isteri dalam mengharungi detik yang mungkin paling mencabar dalam hidupnya?
Berikut adalah 10 tips yang saya kongsikan kepada suami – yang saya dapat dari bapa yang sudah melalui pengalaman ini. dipendekkan cerita, pengalaman dari bapa ke bapa yang lain;
1. Pastikan anda tahu apa yang isteri mahukan
Berbincang dengan isteri anda terlebih dahulu mengenai apa yang dia mahu atau tidak mahu semasa dalam proses kelahiran. Anda adalah orang yang bertanggung jawab memaklumkan perkara ini kepada doktor atau bidan terlatih. Sebelum sakit bersalin tu datang, biasanya isteri masih lagi dapat berfikir dengan baiknya, jangan ditanya isteri masa dia tgh sakit – silap hari bulan boleh kene penumbuk!
2. Bawa barang keperluan anda sendiri
Semua akan menumpukan perhatian kepada isteri anda, tetapi anda juga jangan abaikan kebajikan anda sendiri. jika mahu bermalam di hospital, atau menemani isteri dalam kamar bersalin, bawak segala keperluan anda bersama. Contohnya – bawak la baju sehelai dua, selipar jepun dan keperluan-keperluan lain.
Jangan lupa bawa sedikit snek dan minuman kerana anda mungkin terpaksa berada agak lama di hospital, ini yang paling penting!
3. Tahu apa yang harus dijangkakan
Bila sakit bersalin dah bermula, tak sempat dah nak google atau membaca buku panduan berkenan kelahiran.
Lebih adfhal jika anda dapat meluangkan masa menghadiri kelas-kelas antenatal bersama isteri anda dengan fikiran yang terbuka. Dengan cara ini, anda akan memperolehi maklumat mengenai proses kelahiran dan bersalin, serta dapat membuat sedikit-sebanyak perancangan bagaimana hendak menghadapi hari tersebut. Takde lah terpinga-pinga melopong bila doktor dok beriya-iya menerangkan keadaan isteri dalam dewan bersalin.
4. Fleksibel
Proses kelahiran ini bukan berlaku dalam masa yang singkat. Ianya mengambil masa yang cukup lama. Anda kena bersabar dan fleksible untuk menempuh apa yang berlaku.
Bukannya menggesa doktor untuk mempercepatkan proses kelahiran sebab tak sanggup menunggu, katanya penat nak tunggu.
Buat pembacaan sedikit mengenai proses bersalin sebelum marah staf dewan bersalin tak tentu pasal.
Staf dewan bersalin juga manusia seperti anda, punya hati dan perasaan. Perlu masa utk makan, ke tandas dan sebagainya. Kami takda kuasa sakti boleh mengeluarkan bayi segera, dan tahu bila bayi akan dilahirkan. Wallahualam
5. Cari sesuatu untuk mengalihkan perhatian
Melahirkan anak biasanya adalah satu tugas yang sukar dan prosesnya panjang. Pada satu ketika semasa kelahiran yang panjang, anda dan isteri akan mengenalpasti sesuatu yang dia boleh fokuskan perhatiannya semasa datangnya kontraksi.
Tugas anda ialah untuk membantu isteri anda mengalihkan perhatian isteri untuk berperang dengan kesakitan ini atau dia sudah mula nak surrender
Contohnya – urut tapak kaki isteri, urut belakang isteri. Kaedah-kaedah lain yang anda mungkin pelajari di kelas-kelas antenatal memfokus kepada mengajar bakal-bakal ibu bagaimana menghadapi sakit bersalin menggunakan teknik-teknik bertenang dan teknik pernafasan.
6. Lakukan segala-galanya sendiri
Walaupun ramai orang yang lebih berpengalaman di sekeliling anda yang boleh membantu, anda adalah tonggak utama yang paling penting bagi isteri anda. Buat apa sahaja dan dapatkan apa yang diperlukannya.
Tidak kiralah jika anda terpaksa berlari ke kafetaria untuk membeli gula-gula ataupun mengambilkannya segelas air, ataupun berbincang dengan doktor bagi pihaknya. Biasanya isteri nak dekat-dekat bersalin ni manja nye terlebih. Layankan aje!
7. Tahu batas-batas anda
Bilik bersalin adalah tempat yang sangat sibuk dan banyak pesakit-pesakit lain sedang bertarung nyawa untuk bersalin. Pastikan anda tahu apa yang anda boleh lakukan dan apa yang perlu diserahkan kepada mereka yang lebih tahu dan bertauliah.
Jangan pulak terkejut kalau orang sebelah-sebelah terpekik terlolong menahan kesakitan. Tu perkara biasa dalam dewan bersalin. Pastikan anda jenis yang tidak mabuk darah – ada kes suami yang pengsan dalam dewan bersalin sebab lihat darah yang banyak. Satu hal lagi, nak rawat isteri, kena rawat suami sekali !
8. Bersedia untuk membuat keputusan pada saat-saat genting
Hanya anda dan isteri yang tahu apa yang anda berdua mahukan, tetapi isteri anda mungkin tidak dapat membuat keputusan yang penting pada ketika itu. Bersedialah untuk melangkah ke hadapan dan membuat keputusan apabila situasi memerlukan anda berbuat demikian.
Lazimnya doktor akan menerangkan keadaan – dan pilihan rawatan yang ada dalam kecemasan. Sila bekerjasama dgn doktor, berbincang dengan isteri dan berikan keputusan mengikut nasihat doktor
Bukannya, telefon kaum kerabat di rumah, untuk meminta nasihat pada saat-saat genting. Keluarga di rumah tidak tahu menahu mengenai ape yang sedang berlaku, maka tidak perlu hiraukan mereka. Doktor hanya berbincang dengan anda dan isteri sahaja.
9. Bersedia untuk menunggu
Tidak seperti yang anda lihat dalam filem ataupun televisyen, kebanyakan wanita terpaksa menempuh sakit bersalin selama berjam-jam sebelum mereka pergi ke hospital.
Banyak pasangan yang merasakan lebih selesa berada di rumah sahaja pada peringkat awal kelahiran. Tambahan pula, banyak pusat-pusat bersalin yang lebih suka jika anda menunggu sehingga kontraksi anda lebih kerap dan jarak di antaranya lebih dekat sebelum anda mendaftar masuk.
10. Berada di sisinya
Rakan kelahiran merupakan perkara yang penting bagi seorang wanita yang dalam proses bersalin. Walaupun pada hari ini si bapa biasanya akan hadir, banyak hospital yang menerima sesiapa sahaja yang dipilih oleh si ibu sebagai rakan kelahiran. Ramai wanita yang meminta ibu mereka untuk membantu, jika suaminya tidak dapat menemani ketika hendak bersalin.
Bagi setiap rakan kelahiran, ini merupakan salah satu peristiwa di mana kehadiran anda adalah amat bermakna untuk wanita ini. Jangan lepas tangan nak serahkan kepada pihak hospital mentah-mentah.
Ingat, wanita yg sedang sakit bersalin, perlukan peneman di sisi. jangan abaikan mereka. Kongsi saat indah ini bersama, supaya anda lebih menghargai isteri anda. Kepada wanita nak bersalin tu, jangan ‘berperang’ sendirian, jom ‘angkut’ sekali suami teman anda.
Keracunan adalah penyebab utama penyakit di kalangan kanak-kanak. 90% masalah keracunan berlaku di rumah.
Kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun adalah berisiko tinggi mengalami keracunan kerana sifat ingin tahu semula jadi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
Sumber racun yang biasa terdapat di rumah:
-Minyak tanah dan hidrokarbon (petrol).
-Ubat-ubatan.
-Racun serangga, racun rumpai.
-Bahan pencuci, pengilat, kaustik.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak anda terkena racun?
-Bersihkan racun daripada mata, kulit dan mulut anak anda.
-Sentiasa menyimpan nombor telefon Pusat Racun Negara (04-6570099) di tempat yang mudah dicapai (cth : di pintu peti sejuk).
Mata
-Cuci mata dengan air mengalir sekurang-kurangnya 5 minit dengan mata terbuka.
-Jangan biarkan anak anda menggosok mata yang terkena racun..
Kulit
-Cuci racun yang terkena kulit dengan air yang banyak.
-Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
Mulut -Keluarkan semua ubat daripada mulut kanak-kanak.
-Periksa untuk kesan terbakar, luka atau iritasi.
Jika terdedah kepada gas atau asap:
-Pastikan anak anda mendapat udara segar.
-Longgarkan semua pakaian.
-Jika tidak bernafas, bersihkan kerongkong anak anda dan mulakan pernafasan mulut ke mulut (CPR). Teruskan sehingga bantuan tiba.
-Jika tertelan racun, segera bawa anak anda ke hospital berdekatan.
-Jangan galakkan anak anda muntah jika dia pengsan atau mendapat sawan akibat daripada keracunan minyah tanah / asid / alkali.
-Baringkan anak anda pada posisi mengiring dan cucikan mulut daripada bahan racun tersebut.
-Bawa anak anda ke hospital dengan membawa contoh racun.
Pencegahan
Kumpulan Sokongan
Pusat Racun Negara
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Tel : 04-6570099
Faks : 04-6568417
E-mail : prnnet@prn.usm.my
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!