Makan Dah Pantang, Tapi Kenapa Ekzema Anak Masih Tak Elok Dan Semakin Teruk? Ini Jawapannya

Share

Bagi yang merawat anak-anak ekzema sendiri dengan mengunakan konsep berpantang dari sesetengah jenis makanan dan memakan beberapa jenis makanan secara berulang iaitu dengan diet yang terhad dan berulang beberapa jenis sahaja, ambil maklum bahawa diet yang terhad boleh menyebabkan anak kurang zat.

Anak ekzema selalunya ada histamine intolerance dan boleh mendapat reaksi gatal dengan makanan tinggi histamine. Antaranya pisang, betik, avocado, oren, strawberi, kentang, bayam,ikan tongkol dan ikan kembung. Ada yang tidak boleh makan telur dan ada yang alah susu.

Jika anak anda berpantang dan ekzemanya semakin teruk atau tidak berkurangan, ini bukan healing crisis, ini tanda alah atau kurang zat.

Adalah lebih baik elak makanan tinggi histamine untuk anak ekzema dan jangan berpantang hingga memakan bahan yang sama setiap hari.Suplemen pun ada yang anak boleh alah, makanan sihat pun ada yang alah. Sebaiknya bila anak semakin teruk, hentikan dulu dan lihat kesannya.

Penting juga untuk pelbagaikan dan rotate makanan supaya anak tidak dapat makanan sama setiap hari .. Rotate the food.

Sumber: Dr Suriyakhatun

Published by
Wan Amy