Bila dah masuk musim durian ni, memang tak sah tak beli durian walaupun sebiji dua. Tambah pula harga durian semakin jatuh. Alang-alang dah makan durian, simpan bijinya sebab biji durian rupanya boleh dijadikan kerepek. Bagi yang pertama kali dengar tentang kerepek biji durian pasti tertanya-tanya bagaimana rasanya?
Rasanya memang sedap dan berlemak. Cara nak sediakan pun mudah sangat. Yang pertama kali nak mencuba boleh ikut step by step ini ya.
Makan durian, biji jangan buang! Boleh buat kudap-kudap hilang boring dan stress.. Eloklah buat kerepek ni. Senang dan mudah. Cara-cara nak buat ada di setiap gambar ye.
Selamat menjadikan ia realiti..
📌Bersihkan biji durian.
📌Kalau kau rajin buang kulit koko tu..
📌Kalau tak rajin biarkan je lah.
📌Rendam air garam semalaman ok.
📌Esoknya, kau sagat biji durian nipis-nipis
📌Saya sagat pakai sagat tupperware tu, senang.
📌Ni anak lelaki saya umur 12 tahun yang sagatkan.
📌Mama dia duk basuh pinggan time ni
📌Dah sagat, biarkan dalam sejam dua.
📌Lepas tu, kau boleh goreng dalam api perlahan, jangan perlahan sangat, nanti esok baru masak.
📌Lama juga nak garing ni, jangan lupa untuk selalu kacau.
📌Bila masak, kerepek ni akan rasa ringan bila kacau.
📌Tu tandanya nak masak.
📌Ni dah masak ni.
📌Boleh angkat.
📌Toskan.
📌Tunggu sejuk.
📌Dah boleh ngap.
Rasanya sedap, lemak-lemak gitu. Anak kata, “hebat la mama biji durian boleh jadi kerepek”. Haaa gitewww.😁
Kredit: Rozana Hashim AsSalihin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI