Durian ialah sejenis buah-buahan terkenal di Asia Tenggara. Durian dikenali dengan baunya yang kuat, saiz yang besar, dan kulit tebal yang berduri. Ada sesetengah orang yang tidak menggemari bau durian, sementara sesetengah yang lain menjadi ‘hantu durian’. Akan tetapi, bagaimana pula dengan ibu mengandung? Adakah dibolehkan memakan durian semasa hamil?
Anda boleh makan durian semasa anda mengandung dan sebenarnya ia boleh memberi manfaat kepada anda. Durian mengandungi organo-sulphur dan tryptophan. Sebatian ini mempunyai kesan antioksidan.
Durian juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat, yang memberikan kesan yang positif terhadap kehamilan. Walau bagaimanapun, durian juga mengandungi banyak gula dan karbohidrat. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori.
Ads
Jadi, durian dikira sebagai makanan glisemik tinggi. Anda perlu mengehadkan pengambilan durian semasa mengandung walaupun secara amnya ia selamat diambil oleh wanita hamil. Pun begitu, ibu hamil yang mendapat diabetes gestasi tidak boleh mengambil durian kerana kandungan gulanya tinggi.
Bagi negara-negara Asian tertentu, wanita hamil adalah dilarang daripada makan durian. Ini kerana, masyarakat percaya bahawa wanita yang sedang mengandung perlu mengelak daripada makan durian memandangkan pengamal perubatan purba mengatakan bahawa durian boleh memanaskan tubuh ibu dan bayi dalam kandungan. Hakikatnya, tiada sebarang bukti saintifik yang menyokong kenyataan tersebut. Jika anda mengidam makan durian tetapi khuatir akan kesannya, anda disarankan untuk berjumpa doktor anda dahulu, untuk langkah berjaga-jaga.
Manfaat durian kepada kesihatan;
Ads
1. Durian tinggi dengan kalori, mineral dan vitamin. Buah ini juga mempunyai isi yang lembut, yang mudah untuk dicerna. Kandungan gula ringkas dalam durian seperti fruktosa dan sukrosa boleh memberikan lebih tenaga, menjadikan anda rasa bertenaga.
2. Durian tidak mengandungi sebarang kolesterol atau lemak tepu.
3. Durian juga adalah sumber serat pemakanan yang baik. Buah ini sama dengan laksatif semula jadi dan mencegah masalah sembelit, yang selalunya dialami oleh ibu hamil.
Ads
4. Kandungan serat dalam durian boleh membantu memastikan membran mukus anda selamat kerana ia mengurangkan masa pendedahan kepada toksin. Durian juga membantu mencegah dan menghapuskan sebarang bahan kimia daripada usus, yang boleh menyebabkan kanser.
5. Durian juga penuh dengan vitamin B dan vitamin kompleks seperti niacin, thiamin, dan riboflavin. Kesemua vitamin ini meningkatkan keseluruhan kesihatan anda dan memainkan peranan yang penting dalam menyihatkan fungsi tubuh.
6. Durian adalah sumber baik kuprum, mangan, zat besi, dan magnesium. Kuprum dan zat besi merangsang sel darah merah dalam tubuh anda, yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Ramai ibu hamil risau kena diabetes. Dr Hamid Arshat kongsi cara untuk elak dan kawal kalau kena penyakit kencing manis ini. Antaranya amalkan makan peria dan minum teh hijau
Diabetes atau penyakit kencing manis turut dihidapi oleh ibu hamil. Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat berkongsi cara untuk mengawal dan mencegah penyakit yang semakin ramai penghidapnya.
Kalau dulu penyakit diabetes banyak dihidapi oleh orang tua atau mereka yang ada faktor genetik penyakit ini. Tetapi kini sesiapa sahaja boleh menghidapnya terutama di kalangan ibu mengandung dan kanak-kanak.
Selain faktor genetik, penyakit ini sering dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tinggi gula dan karbohidrat. Jom kita baca nasihat yang dikongsi oleh Dr Hamid Arshat mengenai cara untuk mencegah daripada mendapat diabetes dan mengawalnya jika sudah menghidapinya.
Kedua-dua abang saya mengidap penyakit diabetes. Ertinya risiko untuk saya memang wujud atas dasar baka. Alhamdulillah setakat ini saya dapat jauhkan.
Lebih kurang 18 % penduduk Malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes). Lebih 10 % lagi dalam kaedaan ‘ prediabetic’ dan boleh jadi pesakitdiabetes jika tidak mengambil langkah-langkahmencegah.
Seseorang disahkan menghidap diabetes bila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 – 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula, justeru digelar penyakit kencing manis.
Terdapat 3 jenis diabetes;
a. Type 1 diabetes, juga digelar’ juvenile diabetes’, sering menimpa sebelum umur 20 tahun. Sel-sebeta dalam pankreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.
Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biasanya umur 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.
Diabetes waktu hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon-hormon ketika hamil. Pesakit-pesakit saya yang hamil ada diabetes, saya stabilkan dengan ubat metformin tanpa guna insulin melainkan dia memang type 1 diabetes.
Type 1 diabetes terus begantung kepada insulin. Tiada pilihan.
Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil boleh dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemukan, makan berlebihan karbohidrat dan manisan dan pengidap PCOS.
Jika tidak terkawal, dalam jangka panjang banyak kerosakan organ-organ boleh berlaku seperti rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran-saluran darah yang menyebabkan gangrene dan lain-lain.
Langkah-langkah mengawal dan mencegah diabetes;
1. Ikuti nasihat doktor yang merawat
Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain-lain, perlu patuh. Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar oleh kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.
2. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohidrat dan manisan
Nasi, mee, roti, kuih-kuih, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain-lainkesemuanya mengandungi karbohidrt dan gula. Kurangkan amount makan. Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam. Lebihkan sayur-sayur, buah-buahdan lauk dari protein.
3. Makanan-makanan perlu dikurangkan
* Jauhkan minuman soda, jus dalam tin, kotak atau botol kerana kandungan gula terlalu tinggi.
* Jauhkan makanan yang mengandungi gluten seperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan meningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
* Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan seperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
* Jauhkan minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan kelapa sawit lebih baik.
* Jauhkan produk-produk GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
* Jauhkan semua minuman arak dan beer.
4. Makanan-makanan yang disyorkan
* Makanan-makanan yang mengandungi fiber. Sayur tempatan seperti sawi, kangkung, pucuk-pucuk ubi, keledek dan pucuk paku, nenas, oats.
* Makanan-makanan mengandungi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
* Makanan-makanan mengandungi magnesium, bayam, almond, yogurt, protein, ikan-ikan berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, dhall.
* Lemak-lemak baik, Minyak kelapa
* Makanan-makanan rendah gula, nuts, biji-biji labu, sunflower, berries, avacado.
5. Supplement, gantian gula, herba
Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;
a. Kayu Manis (cinnamon)
Kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping meningkatkan HDL cholesterol dalam darah.
b.Peria (bitter gourd)
Kajian menunjukkan peria boleh mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga boleh bantu mencegah komplikasi diabetes seperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salurdarah. Di pasaran terdapat jualan kapsul dan tablet peria.
c.Alpa Lipoic acid
Ini satu jenis anti oxidant yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama daripada broccoli, bayam dan tomato.
d.Fish oil 1000 mg setiap hari
Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal cholesterol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.
e. Gantian gula
* Sweetener P3. Berasal dari gula tebu. Diproses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Boleh didapati dipasarraya seperti Mydin etc. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.
* Stevia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari Amerika Selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.
g. Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punya banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant – polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umur kerana memperlahkan kematian sel-seldan tisu-tisu. Ia juga mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.
h. Herba-herba tempatan
Saya dapati beberapa jenis herba-herba tempatan berkesan mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Misalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain-lain.
Daun-daun yang menghijau boleh dimakan sebagai ulam atau direbus dengan air panas atau dikeringkan dan jadikan air teh.
Exercise, kawal kegemukan, rehat dan tidur secukupnya.
Sangat penting lakukan exercise 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga. Cukupkan tidur 5 – 7 jam setiap hari dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita. Semoga diberkati Allah hidup kita. Aamin.
Sumber: Dr Hamid Arshat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terdapat pelbagai jenis alat perancang keluarga. Alat dalam rahim atau IUCD adalah salah satu daripadanya. Doktor ini kongsi maklumat tepat mengenai IUCD.
IUCD ialah singkatan daripada Intrauterine Contraceptive Device ialah sejenis alat yang mencegah pelekatan janin pada dinding rahim.
Alat ni berupa plastik kecil yg bersalut dgn dawai kuprum yang diletakkan dalam rahim. Ianya ada 1 atau 2 benang halus pada hujungnya supaya boleh nampak tergantung pada pangkal rahim ( serviks)
IUCD boleh berfungsi sebagai alat perancangan keluarga selama 3, 5 atau 10 tahun bergantung pada jenisnya. Kalau ada dah berumur 40 tahun atau lebih, bila IUCD ni dipasang, ianya akan berfungsi sebagai perancangan keluarga sehinggalah mencapai umur menopaus.
Dah menopaus, tak perlu lah lagi pakai perancangan keluarga kan. Bukan untuk mereka yang berumur 40 tahun je, mana-mana peringkat usia pun boleh pakai setelah dipikirkan sesuai oleh Dr.
Kadang2 IUCD ni dipanggil ‘coil’ atau ‘copper coil’. Ada pelbagai jenis dan saiz
99% berkesan untuk mengelakkan dari mengandung – maka sangatlah sesuai utk digunakan. Kurang dari 1 dalam 100 wanita yang menggunakan IUCD sebagai teknik merancang keluarga akan mengandung dalam 1 tahun. Jika IUCD digunakan selama 5 tahun, kurang dari 2 dalam 100 wanita yg menggunakan IUCD akan mengandung sepanjang 5 tahun tu. Efektif kan?
TIDAK PERLU LAGI MAKAN PIL PERANCANG Bila dah pasang IUCD tu boleh digunakan sehingga sekurang-kurangnya 5 tahun( mengikut jenis) dan tak perlu dah nak ingat nak makan ubat hari-hari seperti pil perancang.
HAID MUNGKIN AKAN JADI LEBIH BANYAK ATAU SAKIT
Period mungkin jadi lebih banyak, panjang atau sakit. Tetapi akan beransur seperti sediakala selepas beberapa bulan. Tapi perlu ingat, IUCD tidak melindungi seseorang wanita itu untuk mendapat penyakit bawaan kelamin kerana fungsinya hanya utk mencegah kehamilan terjadi.
RISIKO-RISIKO YANG BERKAITAN DENGAN IUCD
Risiko kecil mendapat jangkitan kuman untuk 20 hari pertama lepas IUCD dimasukkan.
IUCD boleh terkeluar dari rahim. Mungkin anda pun Tak sedar iucd perkara ni berlaku. Nnti misi atau Dr akan ajar mcm mana nak periksa IUCD ni masih ada atau tak dgn meraba hujung benang halus pada hujung IUCD tu.
Jarang berlaku, tapi ada risiko kecil IUCD ni boleh tertembus masuk ke dalam dinding rahim dalam proses memasukkan alat ini. Risiko ini terjadi lagi tinggi jika anda baru lepas bersalin. Simptom merangkumi sakit tapi selalunya takda apa-apa sebab bahagian yg tertembus tu boleh baik dan sembuh dgn sendirinya. Walau bagaimanapun, kejadian IUCD tertembus ni dikurangkan jika prosedur dilakukan oleh doktor yg berpengalaman.
Walaupun susah untuk mengandung jika dah dimasukkan IUCD, tapi JIKA MENGANDUNG, risiko untuk mendapat kehamilan luar rahim meningkat. Perlu diingatkan, dengan pemakaian IUCD tidak meningkatkan risiko seorang wanita tu utk dapat kehamilan luar rahim jika dibandingkan dgn orang yg tak menggunakan apa-apa teknik perancangan keluarga.
BILA BOLEH MASUKKAN IUCD?
Boleh dimasukkan bila-bila masa dalam kitaran haid, dengan syarat anda TIDAK mengandung.
BAGAIMANA DOKTOR NAK MASUKKAN IUCD?
IUCD dimasukkan ke dalam rahim. Pemeriksaan pada bahagian perut dilakukan untuk menentukan kedudukan rahim.
Masukkan IUCD tak lama pun, paling lambat dalam 5 minit.
Mungkin akan ada sakit sikit macam cramping pain dan pendarahan sedikit tapi untuk beberapa hari saja lepas IUCD dimasukkan. Kalau perlu baru makan ubat tahan sakit.
Jumpa Dr dan tanya pasal IUCD. Mungkin ini adalah yg terbaik untuk anda dalam membantu menjarakkan kelahiran. Untuk makluman anda, kawan-kawan doktor perempuan saya pun ramai menggunakan kaedah IUCD sebagai teknik perancangan keluarga. Tengok tu, doktor pun menggunakan sekurang-kurangnya kaedah yang berkesan, bukan rancang-rancang sendiri sebab takut ‘melekat’ lagi.
Every pregnancy is a planned pregnancy. Takda eksiden eksiden punya
Jika dulu ramai dari kita yang memilih untuk pulang ke kampung berpantang, namun kini ramai yang memilih untuk berpantang sendiri.
Alasan anak bersekolah ditambah dengan sokongan suami, ramai suri rumah lebih selesa pantang di rumah sendiri.
Pantang sendiri tidak salah asalkan soal pemakanan dan kesihatan diri dijaga dengan baik dan tidak diabaikan.
Pantang orang dulu-dulu, mungkin berbeza dengan ibu sekarang berpantang. Jika dulu, minum air kena catu, makan hanya ikan bakar, ikan kering dan diletakkan lada hitam je. Bagaimanapun, mengikut saranan doktor, pemakanan ibu perlu ikut Piramid Makanan.
Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tak lama lagi, idea lauk berpantang frozen yang dikongsikan oleh Khalidah Alhusna Kamilen mungkin boleh membantu. Suami pun boleh tolong panaskan.
Makanan pantang frozen style. Untuk mudahkan kerja suami yang akan bantu uruskan kerja rumah & anak-anak bila mummy berpantang. Kisahnya terjadi, sebab tiba-tiba orang yang kita nak order makanan pantang tu tak jadi ambil order last minute.
Nak tak nak, walaupun tunggu hari, heret juga perut ke dapur. Boleh lah lauk untuk 34 hari. Syukur. Alhamdulillah siaplah serba sedikit menu untuk pantang.
Dari sudut positifnya, alhamdulillah kita tahu sumber makanan yang kita masak tu sedap kena citarasa lah gitu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.