top pakar

Pemakanan yang berkhasiat dan kaya nutrisi memang digalakkan buat ibu-ibu yang sedang hamil. Makanan laut seperti ikan antara makanan yang disarankan untuk diambil oleh wanita yang sedang mengandung.

Makanan laut memang kaya dengan sumber protein zat besi dan zink. Nutrien yang terkandung di dalamnya penting untuk perkembangan bayi anda.

Asid Omega-3 termasuk asid dokosaheksaenoik (DHA) boleh didapati dalam banyak jenis ikan dan ia mendorong pembentukan dan perkembangan otak si kecil, jadi baik untuk dimasukkan dalam rutin diet ibu hamil.

Namun, terdapat beberapa jenis ikan pemangsa yang besar harus dielakkan oleh ibu hamil kerana mengandungi kadar merkuri yang tinggi.

Walaupun makanan laut yang mengandungi merkuri tidak merisaukan orang dewasa, namun berhati-hatilah jika anda merancang untuk hamil atau sedang hamil.

Makanan hamil tidak seharusnya mempunyai kadar merkuri yang tinggi kerana ia boleh membantutkan perkembangan bayi anda.

Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus, Tapi Awas, Bukan Semua Boleh Makan. 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan!

Isu merkuri, bahaya ke untuk si kecil saya?

Merkuri ialah sejenis logam yang boleh dijumpai secara semula jadi dalam persekitaran.

Namun, kadar merkuri semakin tinggi dek kerana pencemaran oleh industri-industri yang berkembang pesat dan menjejaskan makanan laut.

Kajian mendedahkan merkuri yang tinggi dalam diet ibu hamil boleh memberi kesan negatif kepada bayi anda walaupun ibu tidak menunjukkan simptom.

Sistem saraf janin mudah terjejas ketika tempoh perkembangan yang cepat. Oleh itu, diet ibu hamil yang selamat sangat penting untuk bayi anda.

IKLAN

Kesan negatif pengambilan merkuri oleh ibu hamil terhadap bayi adalah:

  1. Masalah berkaitan dengan saraf
    • Kerencatan mental
    • Ataksia dan palsi serebrum
    • Sawan
    • Hilang deria pendengaran dan penglihatan
    • Melambatkan pembangunan bayi
    • Kecelaruan bahasa
    • Masalah fungsi motor, keupayaan ruang visual dan daya ingatan
  2. Masalah jantung
    • Tekanan darah tinggi
    • Degupan jantung lemah

Jumlah makanan laut dalam diet ibu hamil yang dicadangkan

Beberapa cadangan hidangan untuk diet ibu hamil telah dikeluarkan oleh Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency (EPA) di Amerika Syarikat termasuklah :

  • Jumlah hidangan ikan tidak sepatutnya melebihi 340 gram seminggu.
  • Beberapa jenis ikan seperti ikan tuna putih dan ikan-ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggi hanya boleh dimakan sebanyak satu hidangan seminggu, seberat 170 gram sahaja.
  • Elakkan ikan bermerkuri tinggi.
  • Jika mendapat ikan tangkapan keluarga atau kawan-kawan, dapatkan nasihat daripada doktor mengenai jenis ikan tersebut. Jika tidak berkesempatan, hadkan pemakanan ikan tersebut kepada satu hidangan seminggu sahaja dan jangan makan ikan lain untuk minggu tersebut.

Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus, Tapi Awas, Bukan Semua Boleh Makan. 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan!

Jenis ikan yang selamat untuk dimakan

Ikan yang mempunyai tahap merkuri rendah tapi kaya dengan omega-3 ialah:

  • Salmon
  • Ikan bilis
  • Hering
  • Sardin
  • Trout air tawar
  • Tenggiri

Makanan laut lain yang boleh dimakan ibu hamil termasuklah :

  • Udang dan udang galah
  • Ketam
  • Sotong
  • Tiram
  • Ikan keli
  • Tilapia
  • Tuna dalam tin
  • Ikan pollock
  • Siakap hitam

Ibu hamil, elakkan pilihan ini!

Jenis ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggu selalunya ikan pemangsa yang besar seperti :

IKLAN
  • Ikan marlin
  • Ikan todak
  • King mackerel
  • Ikan yu
  • Ikan orange roughy
  • Ikan tilefish

Panduan makanan laut lain untuk ibu hamil

Langkah berjaga-jaga harus diambil jika masih inginkan makanan laut dalam diet ibu hamil.

Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus, Tapi Awas, Bukan Semua Boleh Makan. 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan!

1. Elakkan makanan laut mentah

Untuk mengelakkan diri daripada mendapat jangkitan kuman atau virus yang berbahaya, janganlah mengambil makanan laut yang mentah seperti sushi, sashimi dan tiram.

Makanan laut yang disalai juga sebaiknya dielakkan.

2. Masak makanan laut sepenuhnya

Kebanyakan makanan laut sepatutnya dimasak dengan suhu melebihi 63°C.
Ikan masak sepenuhnya apabila isi nampak seperti serpihan dan kelihatan gelap. Udang dan udang galah akan menjadi kemerahan dan isinya tampak berkilau dan gelap.
Kerang dan tiram seharusnya dimasak sehingga terbuka kerangnya. Jika ada yang tidak dibuka, buangkan kerang atau tiram tersebut.

Makanan laut baik untuk diet ibu hamil jika anda peka akan jenis ikan yang diambil. Hati-hatilah dengan pilihan ikan anda kerana ia boleh memberi komplikasi kepada si manja.

Sumber: Hello Doktor

IKLAN

Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus, Tapi Awas, Bukan Semua Boleh Makan. 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Adakah anda sudah bergelar papa & mama? Atau baru disahkan hamil atau juga sedang menyusukan anak? Jika ya, anda layak join kelab komuniti keibubapaan terbesar di bawah jenama Pa&Ma.

Pa&Ma Club mengalu-alukan semua ibu bapa, ibu hamil dan ibu menyusukan anak mendaftar sebagai ahli kelab.

Makan Ikan Masa Hamil Memang Bagus, Tapi Awas, Bukan Semua Boleh Makan. 6 Jenis Ikan Ini Sila Elakkan!

Anda berpeluang mendapat :

* Voucher & sample produk percuma

* Hadiah cabutan bertuah

* Info terkini setiap hari dan banyak lagi

Klik https://www.majalahpama.my/pendaftaran/untuk join sekarang!!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI