Berpantang adalah masa untuk pemulihan tubuh ibu hamil. Luka bersalin perlu sembuh, menghasilkan susu ibu yang berkhasiat. Kembali mendapatkan bentuk tubuh sebelum bersalin juga menjadi idaman setiap wanita. Hanis Zalikha berkongsi cara berpantangnya.
Hanis yang berpantang selepas kelahiran anak kedua membuka ruangan Insta story bagi menjawab pertanyaan para follower berkenaan amalannya selepas fasa bersalin. Hanis yang bersalinkan Alisa Aisyah pada 24 Mei lalu.
Hanis menerusi Insta Story berkongsi tentang perjalanan pantangnya. Antara yang dikongsikan Hanis ialah amalan pemakanan seimbang, sitz bath untuk membantu penyembuhan luka.
Selain itu, Hanis juga berkongsi tentang jenis bengkung yang dipakainya semasa proses berpantang.
JAGA PEMAKANAN & PAKAI STOKING KETIKA DI HOSPITAL
Hanis berada selama seminggu di hospital selepas bersalin. Apa yang dilakukan Hanis semasa di hospital sepanjang tempoh tersebut ialah menjaga pemakanan dan memakai stoking.
AMAL SUSU KURMA
Semasa berpantang, Hanis juga mengamalkan meminum susu kurma dan jus kranberi selain minuman lain. Jus kranberi adalah kegemaran selebriti ini. Minuman diminum panas-panas.
JENIS BENGKUNG
Berbengkung diamalkan oleh Hanis. Hanis memakai bengkung yang ditempah khas berserta minyak.
GUNA KHIDMAT PERAWAT PANTANG
Ads
Menggunakan perkhidmatan perawat pantang amat membantu Hanis dalam tempoh ini. Perawat membantu menguruskan hal berpantang dan menjaga Alisa pada sebelah siang.
AMBIL MENU SEIMBANG, LAUK KEGEMARAN IALAH IKAN
Hanis juga berkongsi dia mengambil sajian berpantang yang sama setiap hari. Cuma hanya dua hingga tiga kali sahaja dia bertukar kepada ayam dan daging. Selain dari itu, ikan menjadi pilihan Hanis sepanjang tempoh berpantang.
SITZ BATH 2 MINGGU PERTAMA BANTU LUKA SEMBUH CEPAT
Hanis yang bersalin secara normal berkongsi caranya menjaga luka bersalin. Dia mengikut saranan doktor iaitu dengan membuat rendaman garam (sitz bath) setiap hari selama dua minggu pertama.
Kata Hanis, ia mudah dilakukan dengan menggunakan air suam dan 2 hingga 3 sudu garam dan larutkan.
TIADA SENAMAN, HANYA BENGKUNG SETAKAT INI
Baru-baru ini ramai yang tertanya-tanya tentang perut Hanis yang kempis selepas bersalin. Hanis berkongsi gambar bengkung yang digunakannya. Katanya, setakat ini dia belum lagi melakukan senaman dan mungkin akan mula bersenam tidak lama lagi.
Ads
MANDIAN HERBA
Hanis juga mengamalkan mandi herba. Air mandian herba pula disiramkan ke tubuh.
PAM SUSU UNTUK BONDING ALISA & HAIRUL SERTA KECEMASAN
Hanis juga turut berkongsi dia turut mengepam susu ibu semasa berpantang. Tetap sediakan stok untuk kecemasan dan untuk sesi bonding suaminya, Hairul Azreen dan bayi mereka.
TIDAK AMAL SEMUA, RUJUK DOKTOR
Adat berpantang tidaklah diamalkan secara total oleh Hanis. Ibu dua cahaya mata ini mengamalkan pantang yang sesuai dan banyak merujuk doktor sebelum mula berurutm bertungku, bertangas dan sebagainya.
SAUNA UNTUK BERPELUH
Antara amalan pantang yang kurang digemari Hanis ialah bertangas. Dia bagaimana pun tetap bersauna bagi memastikan diri berpeluh.
Ads
TIP SEMASA BENGKAK SUSU IALAH TUAM PANAS
Tuam panas menggunakan botol susu lembut bantu Hanis semasa bengkak susu. Warm compress dilakukan Hanis dengan menggelekkan botol pada dada sebelum urut kemudian baru pam.
RASA STRES CEPAT CIUM BAYI
Hanis mengakui semasa berpantang adakalanya emosi tidak stabil. Justeru untuk mengawal perubahan emosi, Hanis akan memandang Alisa dan mengucapkan kesyukuran kemudian akan mencium anak keduanya itu.
BEREHAT & MENJAGA HATI YUSUF
Perasaan kepada anak pertama tidak berbelah bahagi walau pun hadirnya anak kedua. Hanis walau dalam fasa berpantang dan perlu berehat tetap tidak mengabaikan Yusuf.
Kata Hanis, cara percakapan dengan anak amat penting untuk menjaga hatinya.
3 BENGKUNG DIPAKAI SEMASA PANTANG
Ada follower yang bertanyakan bengkung yang dipakai, Hanis berkongsikannya. Ada 3 jenis bengkung yang dipakai.
Anak-anak yang sedang membesar sememangnya perlukan perhatian lebih. Mereka semakin lasak dan aktif bila mula pandai berjalan. Perhatian perlu lebih diberikan pada mereka, bimbang anak terjatuh dan paling ditakuti terkena kepala yang sememangnya cukup bahaya pada perkembangan anak-anak.
Bila anak dah mula panjat sana sini, mak ayah kenalah beri perhatian lebih, takut terjatuh. Inilah yang cuba disampaikan oleh suami kepada pelakon cantik Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang berkongsi mengenai kecederaan pada kepada anak.
Menurutnya, kecederaan pada kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan dan kematian pada kanak-kanak jika berada pada tahap serius. Dan hal ini sememangnya tidak boleh dipandang mudah oleh semua mak ayah.
Perlu berikan lebih perhatian pada anak-anak dan kenal pasti jenis kecederaan bagaimana yang membolehkan untuk mereka bertindak dan merujuk kepada doktor. Jangan terlepas pandang.
Ikuti perkongsiannya dan simptom-simptom yang patut dikenal pasti oleh mak ayah.
KECEDERAAN KEPALA BABY & BUDAK
Anak-anak kecil ni bila makin membesar, biasalah semakin lasak atau buas. Dan selalunya kepala asyik terhantuk atau sedar-sedar dia dah menangis dan baru perasan ada benjol atau lebam kat kepala dia. ?
Kecederaan kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan dan kematian pada kanak-kanak (kalau kecederaan teruklah). Kecederaan kepala ni boleh jadi kecederaan ringan atau mild (benjol, luka ringan, lebam), atau boleh jadi kecederaan sederhana ke teruk / moderate to severe (luka dalam, gegaran otak, retak tempurung kepala, pendarahan dalaman, kerosakan otak).
Bila parents dah perasan anak tu ada benjol atau luka di kepala anak kecil, amat penting bagi parents untuk mengetahui dan memerhati simptom-simptom kecederaan kepala yang ada pada anak ni.
Memang ia akan membezakan antara hidup dan mati anak tu kalau parents tak pickup simptom-simptom kecederaan kepala ni. Sebab anak kecil kita memang tak reti nak bagitau macam mana kan. Kita sebagai parents yang kena peka. Swipe kiri kalau nak tahu simptom-simptom tu.
Bila anak ada menunjukkan simptom-simptom ringan tu, bolehlah monitor dulu kejap ke di rumah dan bawa ke klinik kalau risau. Tapi kalau ada simptom-simptom sederhana ke teruk tu, bawalah ke hospital secepat mungkin. Kita taknak lambat bertindak sebab anak kecil ni amat fragile ye.
So ibu bapa, kalau anak-anak tu ada terjatuh dan terhantuk kepala ke, atau tiba-tiba menangis semasa kita tak tengok, periksa kepala anak dan perhatikan simptom-simptom kecederaan kepala yang dah diterangkan.
Jangan lambat bawa jumpa doktor kalau ada simptom-simptom kecedaraan kepala yang sederhana ke teruk tu. Minta-minta dijauhkan. Aminn.
Anak saya berumur tiga bulan. Dia menyusu susu ibu dan susu formula. Dia sukar untuk membuang air besar. Hanya dua hari sekali. Setiap kali hendak buang air besar, dia akan menangis kesakitan. Adakah ia disebabkan oleh susu formula yang saya berikan kepadanya?
Persoalan timbul adakah disebakan bayi tidak sesuai dengan susu formula yang diberikan? Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui adakah boleh susu ibu dan susu formula bercampur.
Percampuran susu ibu dengan susu formula boleh menyebabkan perubahan kepada sistem penghadaman bayi.
Susah untuk mengatakan susu formula adalah penyebabnya. Ia mungkin juga disebabkan penyediaan sukatan yang tidak mengikut ketetapan. Lalu, mempengaruhi pencernaan usus bayi.
Mungkin dengan cara penyusuan yang betul, anda dapat memberi susu ibu sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula. Anak anda masih kecil, untuk mendapatkan penyusuan ibu sepenuhnya adalah tidak mustahil.
Setiap hospital pasti ada kumpulan sokongan susu ibu. Anda boleh mendapatkan nasihat mereka, bagaimana caranya untuk menambahkan susu ibu. Mereka boleh dipanggil untuk mendapatkan nasihat pada bila-bila masa.
Salah satu cara yang dapat dinasihatkan di sini ialah memastikan setiap payu dara dikosongkan selepas penyusuan sama ada dengan pam manual atau elektrik.
Anda juga perlu meminum air yang mencukupi mengikut keperluan iaitu antara dua hingga tiga liter air sehari. Pemakanan yang mengikut gizi makanan yang betul juga adalah penting.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas beberapa minggu mengalami kontraksi ‘main-main’, akhirnya Anissa Faizul yang juga isteri kepada Youtuber dan pengarah filem, Syahmi Sazli selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka.
Berkongsi berita gembira itu, Syahmi memuat naik satu perkongsian di instagram sekeping gambarnya bersama bayi lelaki yang diberi nama Khabib Umar.
“Tiap hari boleh kata sakit perut, mengeras, tak sedap badan, loya dan jalan pun dah buka sikit,” katanya.
Namun sebelum beberapa jam baby nak keluar, di insta story Anissa dia memberitahu disaat melayan kontraksi makin kuat, nak habiskan nasi sepinggan pun berjam-jam lamanya. Kalau tak makan risau tak ada tenaga.
Terdahulu, Syahmi berkahwin dengan Anissa Faizul pada 23 Februari 2018 dan dikurniakan anak perempuan, Ainul Mardhiah yang kini berusia 3 tahun.
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.