Makan Kenyang Tanpa Nasi, Patut Cuba Resipi Chee Cheong Fun Ni. Terlajak Sedap!

Share

Kalau asyik makan nasi bosan juga, kadang-kadang tu teringin juga nak tukar selera. Sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang ‘ringan’ tetapi tetap mengenyangkan dan rasanya pun sedap. Untuk anda yang suka mencuba resipi baru, bolehlah cuba buat Chee Cheong Fun ni.

Artikel Menarik: [“Bukan Mudah Besarkan Kami.” Buat Kejutan Untuk Parents, Hafiz Mahamad Belikan Kereta]

 

Ia adalah gulungan lempeng nipis yang dibuat dari kepingan lebar shahe fen (mi beras), diisi dengan udang, daging lembu, sayur-sayuran atau bahan-bahan lain. Kicap berperisa – kadang-kadang dengan titisan siu mei – dituangkan ke atas hidangan semasa disaji. Apabila dibuat tanpa inti, mi beras juga dikenali sebagai Jyu Cheung Fan.

Artikel Menarik: [Tahniah Madammu! Perjalanan IVF Penuh Liku Berhasil, Dirinya Kini Hamil 5 Minggu]

Menurut Wikipedia lagi, menu ini turut dikenali sebagai gulungan mi beras yang dikukus dan merupakan hidangan Kantonis dari China Selatan dan Hong Kong. Dihidangkan sebagai makanan ringan, makanan sampingan atau sebagai sejenis dim sum.

Suzana Othman berkongsi resipi untuk membuat Chee Cheong Fun;

Bahan untuk buat gulungan Chee Cheong Fun:

Udang yang dibuang kulit, goreng sebentar dengan sedikit minyak. Jangan goreng terlalu garing.
Daun bawang yang diracik.
1pek rice paper (boleh didapati di pasaraya, yang biasa orang guna buat Vietnam spring roll tu)

Cara membuat:

1. Sediakan tiga bekas.
Bekas pertama diisi dengan air.
Bekas kedua dioles dengan sedikit minyak masak.
Bekas ketiga untuk dimasukkan dalam kukusan.

2. Rendam dua keping rice paper selama beberapa minit hingga lembut. Balik-balikkan supaya air rata ke seluruh permukaan.

3. Masukkan rice paper yang dah lembut tadi ke bekas yang kedua. Susun udang beberapa ekor dan pastikan ada jarak antara satu sama lain. Kemudian taburkan daun bawang.

4. Gulung dengan kemas.

5. Selepas gulung, masukkan dalam loyang pengukus.

6. Panaskan pengukus, masukkan Chee Cheong Fun yang dah siap digulung. Kukus selama 3-5minit. Setelah lembut, tutup api pengukus, biarkan di dalam pengukus yang bertutup supaya tidak kering terkena udara.

Artikel Menarik:  [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]

7. Bahan untuk sambal udang kering
10-12 tangkai cili kering
3ulas bawang putih
2sb udang kering

Caranya:
Potong cili kering dan rendam di dalam air panas.
Kisar semua bahan hingga halus.

Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar tadi, masukkan 2sb gula perang dan sedikit garam. Masak hingga garing.

8. Bahan kicap berperisa:
2sb kicap cair
2sb sos ikan
2sb sos tiram
2sk gula
Beberapa titis minyak bijan
200ml air

Caranya:

Masukkan semua bahan dalam pan, masak hingga menggelegak.

9. Cara menghidang ialah dengan meyusun Chee Cheong Fun atas pinggan, tuangkan kicap berperisa atasnya, tabur dengan bawang goreng, daun bawang dan juga bijan. Dah siap!

Letakkan sedikit sambal udang kering atasnya semasa menikmati. Kita potong guna gunting supaya senang nak makan. Chee Cheong Fun ini sangat sedap kawan-kawan, nak buatnya pun tak susah. Kalau anda penggemar makanan Chinese Muslim, anda wajib cuba. Jemput makan 😋

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/

Published by
Emy H