Ketam tinggi kandungan omega 3 yang sangat penting untuk pertumbuhan otak anak yang optimum.
Ada kajian menyatakan, bila ambil seafood seperti ketam sekali seminggu, boleh kurangkan risiko penyakit pelupa. Dementia dan Alzhiemer’s disease. Menarik betul kan?
Ketam antara makanan untuk kuatkan otak anak kita.
Kita try seminggu sekali. Atau sebulan sekali pun takpe. Kalau anak umur setahun ke atas, kita dah boleh start kenalkan ketam k.
Antara khasiat lain pada ketam untuk anak;
1. Untuk kesihatan jantung.
2. Kurangkan risiko anemia, ketam ada kandungan folate dan vitamin B12, penting untuk sel darah merah anak.
3. Penting untuk pertumbuhan otot anak, ketam padat dengan kandungan protein.
4. Bagus untuk sistem imun anak, ketam juga tinggi kandungan zink.
5. Baik untuk sistem saraf, dengan kandungan vitamin B12, selenium dan copper dalam ketam.
Ads
Semua ni, penting untuk anak kita.
Semua ni, ada dalam real food ketam.
Bukan jejari ketam yang tinggi pengawet, MSG, pewarna dan perasa. Ini bukan ketam sebenar. Elakkan dari anak kita ya, seboleh mungkin.
Ads
Bila kita banyak ambil real food sebagai makanan utama anak-anak, mereka tidak lagi perlukan supplement tinggi gula untuk otak mudah belajar, fokus dan cepat ingat.
Sebenarnya bila kita sediakan makanan untuk perut anak, kita juga tengah sediakan makanan untuk otak dan hati anak, dalam masa yang sama.
Apa yang baik di perut anak, baik juga di otak dan hati anak kita.
Begitu juga sebaliknya.
Ads
Kita cuba sama-sama ya, berikan yang terbaik semampu kita, untuk perut, otak dan hati anak-anak.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Nak pilih apa ni? Epal, keledek atau kentang dulu pada anak? Pelbagai persoalan mula kita fikirkan bila pertama kali nak kenalkan anak dengan sayur dan buah.
Tak perlu keliru, pilih sahaja lima buah dan sayur ini untuk permulaan pada anak. Mengapa? Buah-buah ini begitu banyak kelebihannya. Jom ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan.
Ajar anak untuk makan sekurang-kurangnya 5 jenis buah dan sayur macam ni. Ada anak yang belum suka lagi dengan buah dan sayur. Jadi kita nak mula dengan yang mana dulu?
1. Avokado Buah ni tak mahal pun sebenarnya kalau nak banding dengan betapa padatnya nutrisi yang anak boleh dapat. Sama harga dengan sepaket jajan dan lebih murah dari 1 bar coklat paket ungu kegemaran anak-anak. Kan?
Tinggi dengan vitamin C, E dan B6. Juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak anak-anak.
2. Ubi keledek Warna oren terang dari keledek ni mampu pikat mata anak-anak kalau kita cari idea untuk pelbagai menu keledek.
Tinggi vitamin C, E dan copper. Bagus untuk imuniti anak. Ada kajian menyatakan kalau kita bagi anak sekurangnya 1g keledek setiap hari, dapat kurangakn risiko demam selsema pada anak-anak sampai 13 peratus. Hebat kan khasiat keledek.
3. Carrot Suka sangat saya letak carrot dalam sup ayam anak. Atau chop halus masukkan dalam sos bolognese untuk breakfast anak.
Tinggi vitamin A dan beta carotene. Bagus untuk mata anak-anak dan pembentukan sel baru.
4. Tomato Anak saya suka betul ratah tomato ceri macam snack. Tak boleh jumpa dalam dalam peti ais, mesti sehari dua dah habis. Masuk dalam sup ayam pun best sangat tau, ada masam sikit rasa sup. Sedapp.
Ada kandungan lycopene, bantu untuk kurangkan risiko kanser dan masalah jantung.
5. Kacang peas Anak-anak saya belum suka sangat yang ini. Sebabnya saya jarang buat dulu. Sebabnya saya pun kurang suka. Korang nampak tak pengaruh saya yang tak sediakan selalu kat rumah kacang peas ni, buat anak jadi kurang minat. Kena ubah lah kan.
Tinggi kandungan vitamin C, vitamin K, folate dan fiber. Bagus untuk pertumbuhan mata, otak dan tulang anak. Kita cuba sama-sama k.
Struggle jugak saya pun buat nasi goreng letak kacang peas, kena lenyek dulu baru anak tak rasa sangat.
Gitulah mak-mak kan. Nak anak makan makanan sihat padat nutrisi, kena lah cuba sedaya mungkin perah otak sikit cari jalan macam mana nak bagi anak suka.
InsyaAllah, moga Allah bantu kita selalu, untuk sediakan makanan sihat tanpa putus asa buat anak-anak.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa garam dan gula tidak baik untuk kesihatan bayi? Setiap hari, bayi hanya memerlukan garam kurang daripada 1g (0.4g natrium) kerana bayi sudah mendapat garam yang cukup daripada susu ibu atau susu formula.
Jika terlebih garam dalam badan bayi, ia boleh mengganggu sistem buah pinggang si kecil. Organ tersebut gagal berfungsi dengan baik. Hal ini kerana organnya belum matang untuk mampu menampung lebihan garam atau “kidney overload”. Apa lagi masalah kesihatan yang boleh terjadi kepada bayi? Ikuti perkongsian ini.
Jangan Tambah Kicap & Sos Dalam Makanan Anak
“Tambahkah garam sikit kat puree tu bagi ada rasa sedikit… kasihan tawar sangat”
Inilah kesilapan yang sering berlaku dalam pemakanan anak anak kita. Sebenarnya, pada usia 1 tahun kebawah, makanan yang diberi bukan untuk SEDAP, tetapi untuk,
✅ Memperkenalkan tekstur makanan
✅ Menambah zat makanan (selain susu ibu)
✅ Memperkenalkan makanan lain selain susu ibu
✅ Kenalpasti alahan.
Mengapa tidak perlu tambah kicap, sos, gula dan garam?
1. Buah pinggang masih baru
Ia masih dalam fasa perkembangan. Garam berlebihan menyebabkan buah pinggang perlu bekerja lebih!
2. Deria rasa bayi sensitif
Deria rasa bayi berganda lebih sensirif berbanding orang dewasa. Walaupun tambahan sedikit garam sebenarnya ia sangat masin untuk bayi. Selain itu ia menyebabkan masalah yang berikutnya..
3. Menjadi picky eater
Akibat sering sangat terdedah dengan makan masin/ manis mereka akan menolak makanan lain yang tawar. Pilihan mereka sudah tentu makanan segera, frozen food yang sangat banyak bahan perasa.
Selain itu, ia menyebabkan masalah lain seperti kerosakan gigi, sembelit dan masalah metabolik.
Informasi telah kami kongsikan, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan 😘
*Garam dan gula semula jadi dalam buah buahan dan bahan organik lain TIDAK SAMA dengan garam, gula yang ditambah ya.
Kredit: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak khasiat jagung untuk anak-anak antaranya ialah membantu menaikkan berat badan. Mama boleh sajikan anak makanan berasaskan jagung seperti bubur jagung. Rasa lemak-lemak manis bubur jagung pastinya menambat selera anak.
Untuk menghasilkan bubur jagung yang sedap berlemak dan pekat, ada tipnya. Mengikut perkongsian dari Tiesha Abdul Rahman, ini antara tip yang boleh digunakan jika memasak bubur jagung.
*Supaya rasa bubur jagung enak sebati dengan kuah dan pekat, kisar sedikit jagung dan masukkan dalam bubur.
*Bubur jagung lebih sedap jika diletakkan sagu.
*Untuk rasa bubur yang berlemak, guna santan segar dan letak sedikit garam.
Cara lengkap untuk membuat bubur jagung lemak manis yang sedap ini boleh ikut cara seperti di bawah.
Bahan-bahan:
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Bahan kisar halus:
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
Cara membuat:
1. Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2. Kisar halus jagung bersama 1 cawan air supaya kuah rasa jagung.
3. Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4. Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5. Bila jagung sudah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau. Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
6. Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacau. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila sudah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Tip ekstra: Boleh juga tambah beras pulut untuk memekatkan bubur jagung
Boleh juga gunakan beras pulut untuk dapatkan bubur jagung yang pekat.
Caranya, masukkan 1/2 cawan beras pulut ke dalam periuk bersama jagung dan santan cair. Masak hingga pulut lembut kemudian bolehlah letak bahan-bahan lain.
Berikut adalah LIMA kebaikan jagung untuk kesihatan bayi/kanak-kanak:
1. Membantu menambah berat badan
Dalam 100 gram jagung, terdapat sekitar 350 kalori. Atas sebab ini, jagung boleh menjadi penyelesaian yang berkesan untuk meningkatkan berat badan bayi. Namun, ini tidak bermakna bayi yang mempunyai berat badan normal tidak boleh makan jagung. Pengambilan jagung boleh membantu mengekalkan berat badan bayi normal.
2. Mengoptimumkan perkembangan otak
Jagung kaya dengan fosforus, kalium, magnesium dan zat besi. Kandungan fosforus membantu mengoptimumkan kesihatan tulang, kalium dan magnesium penting untuk fungsi otot dan saraf, manakala zat besi membantu mengoptimumkan perkembangan otak.
3. Memudahkan penghadaman
Jagung kaya dengan serat yang menjadikannya julap (melancarkan penghadaman). Jadi jika bayi anda sering mengalami sembelit atau sukar membuang air besar, berikan sahaja sedikit produk yang mengandungi jagung, sebagai contoh buburjagung. Ini sangat mujarab untuk merawat sembelit. Sebenarnya tepung jagung juga bagus untuk merawat sembelit.
4. Meningkatkan fungsi mata dan kulit
Jagung kaya dengan vitamin A dan sumber beta karotena yang meningkatkan fungsi penglihatan. Berita baiknya ialah beta karotena juga berguna sebagai antioksidan yang tentunya baik untuk kulit bayi.
5. Melindungi sel darah
Kandungan vitamin E dalam jagung memberikan kebaikan antioksidan, yang menjadikannya sesuai untuk melindungi sel darah daripada kerosakan. Bukan itu sahaja, kandungan antioksida juga menghalang kerosakan sel lain dan DNA dalam tubuh anak.