Ads

Makan Macam-Macam, Baby Dalam Kandungan ‘Terkejut’. Wawa Dibawa Ke Emergency

Mungkin terlalu banyak Wawa makan durian, tarap, nanas dan makanan laut bayi dalam kandungan terkejut.

Itu yang dikongsikan pelakon Aeril Zafrel mengenai keadaan kesihatan isterinya Wawa Zainal yang mengalami muntah-muntah sehingga terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu.

Menurut Aeril, mungkin sebab terlalu banyak, jadi bayi dalam kandungan terkejut dan beri kesan pada kandungan.

Makan Macam-Macam, Baby Dalam Kandungan ‘Terkejut’. Wawa Dibawa Ke Emergency

Buat masa sekarang isterinya dalam keadaan stabil dan tidak terdapat sebarang masalah serius.

Ads

“Tidak dapat dipastikan sama ada Wawa keracunan makanan atau tindak balas bayi dalam kandungan. Cuma, saya berharap tidak ada apa yang teruk.

“Pagi semalam dia tiba-tiba saja muntah-muntah. Itu yang terus bawa ke hospital dan selepas pemeriksaan dia kena tahan,” katanya.

Aeril berkata, Wawa yang kini hamil lima bulan mengakui itu bukan kali pertama isterinya terkena perkara sama.

Makan Macam-Macam, Baby Dalam Kandungan ‘Terkejut’. Wawa Dibawa Ke Emergency

Ads

“Ketika hamil anak kedua dulu pun, Wawa pernah kena perkara sama. Tapi lebih teruk lagi.

“Cuma kali ini bagi saya ia biasa dan sikit saja. Doakan Wawa baik-baik saja,” katanya.

Dalam perkongsian di instagramnya juga, Aeril turut menyatakan berat sungguh dugaan seorang isteri atau ibu. Bukan mudah nak lalui semua ini. Wahai lelaki hargailah isteri kita…

Ads

Terkini Aeril menjelaskan Wawa dah dibenarkan keluar wad dan berehat di rumah untuk pastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan baik.

Sumber: Metro & ig Aeril Zafrel

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ruang Terapi Sensori Percuma Bantu Perkembangan Anak Istimewa, Legakan Beban Ibu...

Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald membantu ribuan anak istimewa di Malaysia melalui terapi percuma yang selamat, komprehensif dan mesra keluarga.