Makan Nugget Je Dah Bosan, Rasanya Elok Mama Buatkan Pula Mini Tortilla Nuget Ayam Ni!
Melayan selera anak-anak tidak dinafikan kita sebagai mama perlulah kreatif. Jika asyik dijamu dengan menu yang sama seperti nugget goreng sehaja, tentu anak-anak bosan.
Jadi apa kata kali ini kita suntik rasa keterujaan anak-anak menjamah hidangan dengan menyajikan menu Mini Tortilla Nugget Ayam seperti yang dikongsikan oleh Jaja Ramli. Menyediakannya juga cukup mudah dan pasti ketika menikmatinya anak-anak berasa kenyang dan puas hati.
Mini Tortilla Nugget Ayam
Bahan-bahan:
Salad
Mayonis
Sos cili
Pembalut burger
Ekstra tips: Untuk pastikan salad kekal segar pastikan direndam terlebih dahulu dengan air garam buat seketika. Kemudian toskan.
Cara penyediaan :
1.Panaskan terlebih dahulu roti tortilla di dalam kuali. Balik-balikkan beberapa saat kemudian lipat dua untuk nampakkan garisan. Nanti senang nak potong dua.
4.Letakkan salad di tengah-tengah dan kemudian letakkan nugget yang telah digoreng.
7.Setelah itu letakkan roti itu di atas garisan seperti di dalam gambar.
9. Siap dan sedia untuk dinikmati atau dijadikan sebagai bekal anak-anak ke sekolah.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!