Makan rambut atau kelakuan yang dipanggil pica dan bacaan hemoglobin turun sehinga ke 5 g/dl adalah petanda malnutrisi yang dialami si anak. Perkongsian ibu ini dalam rancangan TV Pa&Ma tentang anaknya yang mengalami malnutrisi boleh memberikan kesedaran tentang masalah pemakanan yang serius yang boleh terjadi kepada si manja anda.
Puan Adila Azurin Abu Bakar muncul dalam episod ‘Kesan Anak Malnutrisi’ rancangan TV Pa&Ma yang disiarkan di saluran Astro Prima & Astro Maya HD. Dalam rancangan berdurasi 30 minit ini, dia telah mengimbas kembali tatkala anak keduanya, Adra Hanania yang disahkan malnutrisi ketika berusia 2 setengah tahun.
DEMAM BERPANJANGAN
“Awalnya saya tak sangka dia mulnutrisi, sebab dia menyusu susu ibu dan dalam masa yang sama dia masih makan dan menyusu seperti biasa. Tapi anak saya kerap sakit. Boleh dikatakan setiap bulan dia jatuh sakit.
“Pernah sekali dia demam yang berpanjangan dan sebulan tu sampai dua kali. Masa tu saya terus bawak dia untuk buat blood test. Dari situ doktor memaklumkan yang bacaan hemoglobin anak saya sangat rendah. Paras normal untuk kanak kanak adalah 13g/dl tetapi anak saya hanya 5g/dl ,” ujar ibu muda ini ketika di ditemuramah dalam rancangan TV Pa&Ma.
MAKAN RAMBUT
Ads
Adra ditahan di wad selama 3 hari. Masa tu doktor buat further check up dan maklumkan dia kekurangan zat berdasarkan tabiat pemakanan dia tidak seimbang. Apabila doktor periksa, bawah mata dia pucat, tapak tangan & kaki pucat. Doktor terus assume dia ada masalah dengan darah. Bila keputusan keluar, memang anak saya alami kekurangan zat besi dan sebab itu si kecil ini mengalami simptom pica. Adila juga mendedahkan dalam rancangan TV yang Adra juga disahkan anemia.
Menurut Adila, Adra juga mula melakukan tabiat memakan rambut atau pica. Ia hanya disedari semasa pulang dari hospital. “Balik dari wad saya nampak dia ada tabiat yang pelik suka makan rambut. Setiap kali dia tarik rambut tu saya akan halang. Tapi semasa ketiadaan saya di rumah, susah untuk pengasuh mengawal tindakannya. Setiap kali dia tidak melakukan apa apa aktiviti dia akan leka mencabut rambut dan makan,” kata Adila.
BUKAN PICKY EATER
Menurutnya Adra bukanlah picky eater atau yang suka memilih makan. “Biasanya saya hidangkan dan dia akan makan. Kegemaran Adra ialah makanan bersup. Setiap hari bila kita suap dia akan makan tanpa menolak. Cumanya, kekerapan saya memfokuskan saya kepada 1 makanan sahaja jadi dia alami kekurangan nutrisi dan tidak cuba kepelbagaian makanan lain dan sebab itu dia tidak mendapat khasiat daripada,” akui Adila.
PELBAGAIKAN JENIS SUP
Oleh kerana tahu Adra sukakan menu bersup, jadi ibu ini menyediakan sup untuk buah hatinya. Cuma kali ini, Adila cuba mempelbagaikan bahan utama sup tersebut misalnya daging, ayam dan ikan di samping ditambah dengan sayur-sayuran yang lain seperti lobak merah & brokoli. Selain itu, Adila juga memberikan Adra 2-3 hidangan buah-buahan sehari.
Ads
HIDANGKAN PELBAGAI BUAH &SAYUR
Adila juga turut mengimbas kembali ketika mendapatkan rawatan untuk Adra dahulu. “Saya pernah explain kepada pakar yang anak saya mengelak untk makan selain daripada makanan bersup. Pakar tersebut mengajarkan saya beberapa cara untuk tambah selera anak. Sekarang ni, kami telah mempelbagaikan makanan yang diberikan kepada Adra. Selain nasi, buah juga turut diberikan.
PILIHAN BISKUT BERKHASIAT
Bagi menghidangkan biskut untuk Adra, Adila memberikan biskut yang berkhasiat seperti biskut jenis mil penuh atau whole meal.
Ads
PESANAN KEPADA IBU BAPA LAIN
Dalam rancangan TV Pa&Ma juga, Adila memberitahu yang dalam masa 3 bulan selepas ditahan di wad, tahap kesihatan Adra semakin baik. Katanya bacaan HB Adra naik daripada 5 kepada 10.
Adila menasihatkan ibu bapa yang mungkin melihat anak yang mempunyai simptom seperti lemah untuk tidak menunggu dan bertangguh mendapatkan rawatan. Ini kerana keadaan seperti anemia ini tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar, mesti diperiksa.
Bagi anda yang terlepas siaran, boleh ikuti siaran ulangannya 27 November 2018, Selasa jam 9 malam.
Sumber: Pa&Ma TV Episod Kesan Anak Malnutrisi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan saja ibu mengandung, ibu yang menyusu badan juga ada cabaran tertentu terutama dalam menjalani ibadah berpuasa. Biasanya apa yang selalu difikirkan adalah risau kekurangan susu badan seperti hari biasa.
Walaupun ibu menyusu tergolong dalam golongan yang diberi keringanan atau rukhsah puasa, ada beberapa perkara yang ibu perlu faham dan boleh cuba lakukan untuk menjayakan penyusuan di bulan Ramadan ini.
Tip yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom melalui pengalamannya sendiri mungkin boleh membantu ibu menyusukan bayi tanpa sebarang masalah walaupun corak pemakanan sedikit berubah dalam tempoh sebulan ini.
1. Waktu sahur, ambil makanan yang berat seperti nasi, atau karbohidrat kompleks seperti oat, beras perang, etc yang dapat memberi rasa kenyang lebih lama. Berusahalah untuk sahur pada masa yg lewat seperti dianjurkan supaya ibu tak terlalu lapar.
2. Selepas sahur (sebelum masuk subuh), boleh memerah untuk sesi pertama. Dan sekiranya ada masa lagi sebelum azan, minumlah segelas air suam selepas memerah.
3. Sesi memerah lakukan macam biasa jika mommies bekerja. Dalam waktu bekerja ni (3-4 jam sekali).
4. Bila balik rumah, sekiranya betul-betul tak larat, boleh berikan EBM kepada baby (dengan bantuan suami atau orang lain).
5. Masuk waktu berbuka, makanlah kurma dahulu kerana kurma memberikan tenaga yang lebih cepat.
6. Minum air yang mencukupi pada waktu malam. Minum segelas-segelas tetapi kerap, bukan sekaligus berliter-liter.
Bawa botol air sentiasa (sambil tengok tv/letak tepi katil) supaya mommies ingat sentiasa untuk minum. Ini adalah penting untuk pastikan bekalan air dalam badan mommies mencukupi sewaktu berpuasa keesokan hari.
7. Dan mommies boleh memerah pada waktu malam untuk bekalan stok keesokan hari.
Dan ingatlah mommies tentang satu perkara: kalau susu mommies DROP sebenarnya bukanlah disebabkan faktor mommies berpuasa tu.
Tapi disebabkan mommies rasa letih terutama bila baru nak mula berpuasa dan menyebabkan hormon oksitosin (salah satu hormon susu) juga drop.
Jadi sangat penting untuk mommies kekal bertenaga, bersahur, minum air yang mencukupi sepanjang malam & kurangkan pengambilan makanan-makanan yang akan mengurangkan air dalam badan seperti; kafein, makanan yang terlalu berminyak, dan makanan pedas.
Bayi umur bawah 6 bulan jangan diberi air masak, boleh mendatangkan bahaya. Zaman dahulu, mak-mak kita, elok saja bagi anak-anak air masak. Tapi kenapa zaman sekarang tak boleh? Soalan ini bukannya baru tapi sudah lama menjadi persoalan ibu bapa muda.
Bagi menjelaskan keadaan ini, Dr Redza Zainol berkongsi sebab-sebab perlu dielakkan dulu beri bayi 6 bulan ke bawah air masak.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Peranan suami sangat penting ketika isteri dalam proses berpantang. Proses berpantang sebenarnya proses baik pulih dari kesakitan selepas bersalin. Ketika ini emosi isteri sangat perlu dijaga oleh suami. Kenapa? Ikuti perkongsian Dr Afida Sohana dalam webinar Aku Tak Takut Beranak anjuran Pa&Ma yang lalu.
Berpantanglah secara betul dan boleh bergerak buat aktiviti simple. Elakkan terbaring terlalu lama sebab terbaring terlalu lama, makan sampai dihidang dalam bilik boleh menyebabkan darah beku dan kalau tak dapatkan rawatan segera boleh menyebabkan maut pada si ibu.
Pastikan isteri ambil makanan yang sihat, suku-suku separuh dan elakkan daripada mengamalkan pantang yang ketat sehingga air pun bercatu. Elakkan ya, orang zaman dulu bercatu minum air sebab tandas sangat jauh diluar rumah jadi sukar untuk dia pergi ke tandas. Bila minum air banyak, mesti kerap ke tandas jadi orang zaman dulu nak elakkan macam tulah. Kita zaman sekarang tandas pun dalam bilik jadi tak ada masalah. Berpantanglah mengikut zaman ya.
Suami pula, peranan yang sangat penting dalam nak bantu isteri lepas bersalin. Isteri yang tak dibantu akan mengalami tekanan emosi, selepas bersalin sakit dengan anak yang asyik menangis jadi emosi isteri boleh terganggu jadi jom kita tengok peranan suami yang penting seperti di bawah.
Peranan Suami
– Support dari segi fizikal dan emosi
– Penjagaan bayi
– No smoking/vaping
– Keep her happy
Nasihat saya kalau tak mampu buat kerja, order sahaja makanan online.. minta bantuan orang sekeliling dan jangan stress ketika berpantang. Semoga ibu yang bakal melahirkan dipermudahkan urusan bersalin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.