Makan rambut atau kelakuan yang dipanggil pica dan bacaan hemoglobin turun sehinga ke 5 g/dl adalah petanda malnutrisi yang dialami si anak. Perkongsian ibu ini dalam rancangan TV Pa&Ma tentang anaknya yang mengalami malnutrisi boleh memberikan kesedaran tentang masalah pemakanan yang serius yang boleh terjadi kepada si manja anda.
Puan Adila Azurin Abu Bakar muncul dalam episod ‘Kesan Anak Malnutrisi’ rancangan TV Pa&Ma yang disiarkan di saluran Astro Prima & Astro Maya HD. Dalam rancangan berdurasi 30 minit ini, dia telah mengimbas kembali tatkala anak keduanya, Adra Hanania yang disahkan malnutrisi ketika berusia 2 setengah tahun.
DEMAM BERPANJANGAN
“Awalnya saya tak sangka dia mulnutrisi, sebab dia menyusu susu ibu dan dalam masa yang sama dia masih makan dan menyusu seperti biasa. Tapi anak saya kerap sakit. Boleh dikatakan setiap bulan dia jatuh sakit.
“Pernah sekali dia demam yang berpanjangan dan sebulan tu sampai dua kali. Masa tu saya terus bawak dia untuk buat blood test. Dari situ doktor memaklumkan yang bacaan hemoglobin anak saya sangat rendah. Paras normal untuk kanak kanak adalah 13g/dl tetapi anak saya hanya 5g/dl ,” ujar ibu muda ini ketika di ditemuramah dalam rancangan TV Pa&Ma.
MAKAN RAMBUT
Adra ditahan di wad selama 3 hari. Masa tu doktor buat further check up dan maklumkan dia kekurangan zat berdasarkan tabiat pemakanan dia tidak seimbang. Apabila doktor periksa, bawah mata dia pucat, tapak tangan & kaki pucat. Doktor terus assume dia ada masalah dengan darah. Bila keputusan keluar, memang anak saya alami kekurangan zat besi dan sebab itu si kecil ini mengalami simptom pica. Adila juga mendedahkan dalam rancangan TV yang Adra juga disahkan anemia.
Menurut Adila, Adra juga mula melakukan tabiat memakan rambut atau pica. Ia hanya disedari semasa pulang dari hospital. “Balik dari wad saya nampak dia ada tabiat yang pelik suka makan rambut. Setiap kali dia tarik rambut tu saya akan halang. Tapi semasa ketiadaan saya di rumah, susah untuk pengasuh mengawal tindakannya. Setiap kali dia tidak melakukan apa apa aktiviti dia akan leka mencabut rambut dan makan,” kata Adila.
BUKAN PICKY EATER
Menurutnya Adra bukanlah picky eater atau yang suka memilih makan. “Biasanya saya hidangkan dan dia akan makan. Kegemaran Adra ialah makanan bersup. Setiap hari bila kita suap dia akan makan tanpa menolak. Cumanya, kekerapan saya memfokuskan saya kepada 1 makanan sahaja jadi dia alami kekurangan nutrisi dan tidak cuba kepelbagaian makanan lain dan sebab itu dia tidak mendapat khasiat daripada,” akui Adila.
PELBAGAIKAN JENIS SUP
Oleh kerana tahu Adra sukakan menu bersup, jadi ibu ini menyediakan sup untuk buah hatinya. Cuma kali ini, Adila cuba mempelbagaikan bahan utama sup tersebut misalnya daging, ayam dan ikan di samping ditambah dengan sayur-sayuran yang lain seperti lobak merah & brokoli. Selain itu, Adila juga memberikan Adra 2-3 hidangan buah-buahan sehari.
HIDANGKAN PELBAGAI BUAH &SAYUR
Adila juga turut mengimbas kembali ketika mendapatkan rawatan untuk Adra dahulu. “Saya pernah explain kepada pakar yang anak saya mengelak untk makan selain daripada makanan bersup. Pakar tersebut mengajarkan saya beberapa cara untuk tambah selera anak. Sekarang ni, kami telah mempelbagaikan makanan yang diberikan kepada Adra. Selain nasi, buah juga turut diberikan.
PILIHAN BISKUT BERKHASIAT
Bagi menghidangkan biskut untuk Adra, Adila memberikan biskut yang berkhasiat seperti biskut jenis mil penuh atau whole meal.
PESANAN KEPADA IBU BAPA LAIN
Dalam rancangan TV Pa&Ma juga, Adila memberitahu yang dalam masa 3 bulan selepas ditahan di wad, tahap kesihatan Adra semakin baik. Katanya bacaan HB Adra naik daripada 5 kepada 10.
Adila menasihatkan ibu bapa yang mungkin melihat anak yang mempunyai simptom seperti lemah untuk tidak menunggu dan bertangguh mendapatkan rawatan. Ini kerana keadaan seperti anemia ini tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar, mesti diperiksa.
Bagi anda yang terlepas siaran, boleh ikuti siaran ulangannya 27 November 2018, Selasa jam 9 malam.
Sumber: Pa&Ma TV Episod Kesan Anak Malnutrisi