Sepanjang 25 Oktober – 11 November 2018 ada kempen KouKou Fun Time di Sunway Velocity Mall! Apa yang menariknya, ia bertemakan makanan pedas yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Anda dan si kecil berpeluang bertentang mata dengan replika karakter KouKou dan yang lainnya. Terdapat juga pelbagai aktiviti permainan buat semua peminat KouKou untuk disertai. Tidak kira peringkat umur, sama ada anak kecil, remaja mahupun dewasa, kesemuanya boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah disusun khas untuk para pengunjung.
Antaranya adalah seperti bengkel Kiddie, aktiviti AR, sesi meet and greet karakter KouKou, sesi bergambar di photobooth, penebusan hadiah, jualan merchandise comel dan banyak lagi.
Anda sekeluarga berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra serta mengambil gambar dengan karakter-karakter KouKou pada 3 dan 4 November 2018 dalam jam 1 petang, 3 petang dan 6 petang. Temui mereka di Tingkat Satu, V Boulevard
Menarik untuk anda ambil tahu, bagi menebus hadiah yang ditawarkan iaitu DreamWorks Kou Kou Shopping Bag, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM300 (RM200 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 3 resit. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tebus segera jika anda memenuhi syarat-syaratnya di Tingkat Satu, V-Boulevard.
Apabila berkunjung ke Sunway Velocity Mall, nikmatilah pelbagai hidangan makanan pedas yang lazat di mana-mana 100 outlet F&B di sini. Antara yang boleh menjadi pilihan adalah seperti di 4 Fingers di Tingkat 1, V-Boulevard dan Chicken Plus di Tingkat 2, VeloKiddie Playground.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Juara Merangkak Race Pa&Ma Digerakkan SSPN Bawa Pulang Hadiah Bernilai Hampir RM2000
Pada 5 Ogos 2018 telah berlangsung acara Merangkak Race Pa&Ma digerakkan SSPN di Putra World Trade Center (PWTC) sempena Pameran Sukan dan Kecergasan Antarabangsa (Misfit 2018).
Sekitar sesi pendaftaran Merangkak Race Pa&Ma digerakkan oleh SSPN di MisFit 2018, Dewan Tun Razak PWTC#pamamerangkakrace#pamalovesspn#majalahpama
Posted by Pa&Ma on Saturday, 4 August 2018
Kemeriahan sekitar hari pendaftaran Merangkak Race digerakkan SSPN dan serentak dengan itu berlangsungnya sesi bergambar di Photo Booth Pa&Ma
Sekitar kemeriahan di booth Nu Ideaktiv sempena Pameran Sukan dan Kecergasan Antarabangsa (Misfit 2018) di PWTC
Seramai 50 peserta yang telah terpilih dalam acara ini dan kebanyakkan bayi berusia enam hingga 12 bulan. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling PANTAS yang terbahagi kepada lima pusingan saringan.
Antara barisan peserta yang terlibat dalam acara ini
Sementara menunggu acara bermula, pihak SSPN telah membuat sedikit taklimat berkenaan dengan kewangan masa depan untuk anak-anak bagi memudahkan mereka melanjutkan pelajaran pada masa akan datang. Turut dijelaskan tentang faedah simpanan SSPN termasuk cabutan bertuah sehingga RM2 juta.
LIVE UPDATE: Briefing oleh pihak SSPN sempena Merangkak Race Pa&Ma di MisFit 2018, Dewan Tun Razak PWTC#pamamerangkakrace#pamalovesspn#majalahpama
Posted by Pa&Ma on Saturday, 4 August 2018
Taklimat oleh pihak SSPN sempena Merangkak Race Pa&Ma di MisFit 2018, Dewan Tun Razak PWTC
Merangkak Race telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 10 peserta. Lima kumpulan tersebut ialah Kumpulan Cumil, Sweet, Cute, Alolo dan Bambam. Dazrin Kamaruddin, pelakon dan juga Juara Fear Factor merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Tetamu undangan khas dari SSPN, Cik Mastura Mohd Khalis, Ketua Timbalan Eksekutif PTPTN telah merasmikan acara Merangkak Race Pa&Ma digerakkan SSPN.
FB Live: Merangkak Race Pa&Ma digerakkan oleh SSPN di MisFit 2018 PWTC#pamamerangkakrace#pamalovesspn#majalahpama
Posted by Pa&Ma on Sunday, 5 August 2018
“Simpanan dalam SSPN bukan hanya untuk simpanan tapi jika berlaku musibah, anak dan waris tidak ada masalah untuk melanjutkan pelajaran dan SSPN juga ada tafsiran pelepasan cukai bagi mereka yang perlu membayar cukai. Oleh itu, SIMPAN, SIMPAN, SIMPAN, JAMINAN MASA DEPAN!” – Cik Mastura, Ketua TimbalaN Eksekutif PTPTN
Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang
Penyampaian hadiah Merangkak Race Pa&Ma digerakkan oleh SSPN di MisFit 2018 PWTC#pamamerangkakrace#majalahpama#pamalovesspn
Posted by Pa&Ma on Sunday, 5 August 2018
Pemenang-pemenang Merangkak Race telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut, antara kategori pemenang adalah pakaian tercomel, Video Pre-merangkak di Instagram, hadiah saguhati, tempat ketiga, kedua dan seterusnya pemenang Merangkak terpantas untuk tempat pertama.
- Pakaian Tercomel
Bayi nombor 1 (Muhammad Qayyum Nur Muhammad)
- Video Pre-Merangkak
Bayi nombor 41 (Ibnu Adam Faris) yang telah mendapat like terbanyak di instagram.
- Saguhati
Setiap pemenang membawa pulang hadiah berupa 4 tiket ke taman haiwan bernilai RM160, Hamper barangan bayi bernilai RM150 dan cenderahati tabung duit edisi terhad SSPN.
Bayi nombor 41 (Ibnu Adam Faris)
Bayi nombor 21 (Faeeq Al Hakeem)
- Tempat ke-3
Pemenang membawa pulang hadiah berupa pingat gangsa, penginapan hotel bernilai RM250, hamper barangan bayi bernilai RM200 dan cenderahati tabung duit edisi terhad SSPN.
Bayi nombor 12 (Muhammad Rafiq Nabhan)
- Tempat ke-2
Pemenang membawa pulang hadiah berupa pingat perak, 3 tiket taman tema bernilai RM450, hamper barangan bayi bernilai RM200 dan cenderahati tabung duit edisi terhad SSPN.
Bayi nombor 1 (Muhammad Qayyum Nur Muhammad)
PEMENANG BAYI TERPANTAS MERANGKAK RACE PA&MA DIGERAKKAN SSPN
- Tempat Pertama
Pemenang membawa pulang hadiah berupa pingat emas, penginapan hotel bernilai RM1300, hamper barangan bayi bernilai RM300 dan cenderahati tabung duit edisi terhad SSPN.
Bayi nombor 35 (Muhammad Firas Muhammad Faiz)
Barisan Peserta
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kelas Antenatal Salam Shah Alam Specialist Hospital Dapat Sambutan 30 Bakal Ibu Bapa
Salam Shah Alam Specialist Hospital (SSASH) telah menganjurkan kelas antenatal pertama sejak kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
Kelas antenatal SSASH selepas PKP diadakan pada hari Sabtu bersamaan 12 September 2020 bertempat di Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre (SACC). Bagaimanapun oleh kerana kita masih berada dalam tempoh PKPP dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, maka kelas antenatal yang dianjurkan juga tidak terlepas daripada mematuhi SOP dengan pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer dan pengambilan suhu badan setiap peserta yang hadir.
Mungkin disebabkan banyak hospital telah menangguhkan kelas antenatal anjuran mereka maka kelas antenatal SSASH ini telah mendapat sambutan dan dihadiri oleh 30 pasangan bakal ibu bapa di sekitar Shah Alam, Puchong, Klang, Putrajaya bahkan ada yang datang dari luar daerah termasuk Melaka dan Seremban.
Pasangan bakal ibu bapa yang hadir ke kelas antenatal ini kelihatan teruja untuk menimba ilmu memandangkan majoriti mereka sedang menanti kelahiran anak pertama. Jadi sudah tentu peluang menghadiri kelas antenatal yang menyediakan pelbagai ilmu dan persediaan sebelum kelahiran bayi diharap dapat membantu mereka menguruskan bayi kelak.
Program kelas antenatal yang bermula seawal pukul 9 pagi dimulakan dengan slot oleh Pegawai Dietetik SSASH yang berkongsi tajuk Pemakanan Optimum Semasa Hamil & Menyusu.
Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, ia disambung pula oleh Jururawat Kebidanan yang menunjukkan Teknik Penyusuan Badan & Penjagaan Bayi. Ia sememangnya slot paling dinantikan oleh para bakal ibu yang berharap ia dapat jadi bekalan untuk mereka menyusu dan menguruskan bayi selepas dilahirkan nanti. Sesi seterusnya pula dikelolakan oleh Doktor Pakar Kanak-Kanak yang mengupas tajuk penting bayi baharu lahir iaitu masalah Jaundis dan Imunisasi.
Selepas berhenti makan tengah hari, tajuk yang paling penting bagi setiap ibu hamil adalah Kehamilan dan Kelahiran yang dikongsikan oleh Doktor Pakar Sakit Puan & Perbidanan. Pelbagai kupasan tentang persediaan untuk melahirkan bayi disampaikan oleh doktor. Ia sedikit sebanyak memberikan info kepada bakal ibu yang kebanyakannya sudah memasuki trimester ke-3 kehamilan dan tidak berapa lama sahaja lagi akan melalui proses melahirkan anak.
Pa&Ma turut hadir membuka kaunter pendaftaran ahli Pa&Ma Moms To Be 2.0. Dengan menyertai komuniti ini, para bakal ibu akan dimasukkan di dalam grup telegram Pa&Ma Moms To Be yang akan berkongsi pelbagai info, artikel, peraduan dan berpeluang menang hadiah cabutan bertuah. Sebagai penghargaan kepada bakal ibu yang mendaftar pada hari tersebut, Pa&Ma menghadiahkan mereka sehelai bedung bayi setiap seorang sebagai kegunaan anak yang akan dilahirkan kelak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Elak Anak & Keluarga Daripada Mudah Dijangkiti Virus? Buat Perkara Mudah Ini
Hidup hari ini memang tidak boleh lari daripada mudah dijangkiti pelbagai virus. Anak kecil, orang dewasa muda dan tua sentiasa terdedah kepada jangkitan pelbagai virus dan bakteria.
Ramai masyarakat hari ini semakin peka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri dan persekitaran untuk mengelakkan daripada mudah dijangkiti virus punca pelbagai penyakit.
Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan, persekitaran kediaman, kerap mencuci tangan, penyediaan ruang udara yang bersih juga memainkan peranan penting.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mengesyorkan persekitaran dalaman yang lebih baik dengan meningkatkan peredaran udara segar, luar dan/atau menambah baik pengudaraan dan penapisan udara untuk mencegah penyebaran virus.
Bagaimana hendak menyediakan persekitaran udara yang bersih dan sihat untuk keluarga?
Penapis Udara Acerpure Hadiah Terbaik
Acer Malaysia melancarkan siri acerpure terbarunya yang membolehkan pengguna menawarkan hadiah ‘udara bersih’ untuk keluarga, rakan dan di pejabat.
Acerpure cool (C2) dan acerpure pro (P2) baharu dilengkapi dengan perlindungan empat lapisan yang berkesan mengasingkan bulu, habuk, zarah PM1.0, menghapuskan alergen, bakteria, coronavirus (229E) dan Influenza A (H1N1) secara aktif.
Untuk memberikan penulenan kecekapan tinggi, acerpure cool (C2) dan acerpure pro (P2) baharu didatangkan dengan penapis HEPA 4-dalam-1. Pra-penapis pada lapisan pertama mengasingkan bulu, habuk dan kelemumur;
Penapis HEPA Plus+ di lapisan kedua menghapuskan 99% bakteria bawaan udara dan berkesan terhadap coronavirus (229E) dan Influenza A (H1N1);
Penapis HEPA 13 dalam lapisan ketiga membuang zarah PM2.5 dan PM1.0 yang boleh menyebabkan alahan; dan penapis karbon teraktif di lapisan keempat menghilangkan formaldehid, gas dan bau.
Pembersih Udara Pintar
Kedua-dua pembersih udara datang dengan empat kelajuan penulen. Melalui panel kawalan, pengguna boleh menetapkan penulen kepada mod pintar untuk membersihkan udara mengikut keadaan kualiti udara.
Dilengkapi dengan penderia pintar, ia boleh mengesan bau, zarah PM2.5 dan PM1.0 secara aktif manakala paparan LCD intuitif menyampaikan data kualiti udara masa nyata kepada pengguna.
Acerpure cool (C2) dan acerpure pro (P2) mampu mengisi rumah dengan kepekatan ion negatif yang tinggi untuk menangkap habuk ultra halus dan zarah PM1.0.
Ini boleh dipra-jadualkan atau dilakukan walaupun pengguna tiada di rumah dengan kecanggihan aplikasi pintar Life acerpure. Aplikasi serba baharu itu juga mengesan kualiti udara dalaman dan menghantar pemberitahuan kualiti udara dalaman dan luaran secara automatik kepada telefon pintar pengguna.
Untuk meningkatkan peredaran udara, acerpure cool (C2) baharu didatangkan dengan tetapan 10-kelajuan yang membolehkan pengguna memilih kelajuan yang paling sesuai untuk mereka dan menghantar udara segar yang ditapis ke sekeliling rumah mereka tanpa peranti tambahan.
Siri baharu acerpure dilengkapi motor DC berprestasi tinggi yang cekap tenaga. Ia juga lebih senyap; acerpure ini beroperasi serendah 25dB yang lebih rendah daripada bunyi perpustakaan purata pada 40dB.
Pengguna boleh membeli di kedai dalam talian rasmi Acer terpilih. Pembersih udara dan peredaran udara acerpure cool (C2) baharu dijual pada harga RM1,599 manakala pembersih udara acerpure pro (P2) dijual pada harga RM1,299.
Kenapa Perlu Pilih Acerpure?
- Pembersih udara Acerpure cool (C2) dan acerpure pro (P2) didatangkan dengan ciri 4 dalam 1 penapis HEPA yang berkesan mengasingkan bulu, habuk, zarah PM1.0, menghapuskan alergan, bakteria, coronavirus dan Influenza A (H1N1).
- Kedua-dua pembersih udara membebaskan ion negatif untuk mengurai gas berbahaya di udara seperti formaldehid.
3. Aplikasi pintar Life acerpure serba baharu membolehkan pengguna memantau dan mengawal pembersih udara dari jauh, walaupun di luar rumah
4. Panel sentuh LED yang ringkas dan intuitif membolehkan operasi mudah dan pemantauan masa nyata kualiti udara.
Jawab soalan peraduan di bawah ini dan pemenang bertuah berpeluang menang hadiah sebuah pembersih udara Acerpure. Tarikh tutup penyertaan pada 30hb September 2022.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI