Sepanjang 25 Oktober – 11 November 2018 ada kempen KouKou Fun Time di Sunway Velocity Mall! Apa yang menariknya, ia bertemakan makanan pedas yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Anda dan si kecil berpeluang bertentang mata dengan replika karakter KouKou dan yang lainnya. Terdapat juga pelbagai aktiviti permainan buat semua peminat KouKou untuk disertai. Tidak kira peringkat umur, sama ada anak kecil, remaja mahupun dewasa, kesemuanya boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang telah disusun khas untuk para pengunjung.
IKLAN
Antaranya adalah seperti bengkel Kiddie, aktiviti AR, sesi meet and greet karakter KouKou, sesi bergambar di photobooth, penebusan hadiah, jualan merchandise comel dan banyak lagi.
IKLAN
Anda sekeluarga berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra serta mengambil gambar dengan karakter-karakter KouKou pada 3 dan 4 November 2018 dalam jam 1 petang, 3 petang dan 6 petang. Temui mereka di Tingkat Satu, V Boulevard
Menarik untuk anda ambil tahu, bagi menebus hadiah yang ditawarkan iaitu DreamWorks Kou Kou Shopping Bag, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM300 (RM200 untuk pemegang kad kredit HSBC) dalam 3 resit. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tebus segera jika anda memenuhi syarat-syaratnya di Tingkat Satu, V-Boulevard.
IKLAN
Apabila berkunjung ke Sunway Velocity Mall, nikmatilah pelbagai hidangan makanan pedas yang lazat di mana-mana 100 outlet F&B di sini. Antara yang boleh menjadi pilihan adalah seperti di 4 Fingers di Tingkat 1, V-Boulevard dan Chicken Plus di Tingkat 2, VeloKiddie Playground.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MISB Resources Sdn Bhd mengumumkan pelakon Anzalna Nasir sebagai duta jenama produk NR untuk tempoh setahun bermula 25 Mac 2019. Pemilihan selebriti yang memasuki trimester kedua kehamilan itu bertepatan dengan misi meremajakan jenama produk rangkaian ramuan herba tradisional.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hidzir Tan Sri Dato Syed Agil Barakbah, pemilihan Anzalna sebagai duta NR bukan sahaja semata-mata berdasarkan imej ikon wanita Melayu di negara ini, malah aspirasi dan amalan penjagaan diri yang diamalkan aktres tersebut dengan menggunakan produk NR menjadi asas kepada pelantikan.
“Anzalna komited untuk hanya berkongsi dengan peminat tentang produk yang dipercayainya dan NR telah menjadi pilihan keluarga sejak 2 generasi lalu, kini tiba masanya giliran beliau untuk meneruskan tradisi tersebut dengan mengamalkannya ketika hamil, bersalin dan 100 hari selepas bersalin kelak.
“Kerana itulah NR terbuka hati untuk melantik Anzalna sebagai duta eksklusif pertama buat julung kalinya sejak ramuan herba itu diformulasi 30 tahun yang lalu,” tambah Syed Hidzir.
Sebagai duta, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ramuan turun temurun yang berasaskan herba asli daripada hutan hujan tropika itu diproses melalui penggunaan mesin moden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia.
MISB merupakan syarikat unggul pertama di Malaysia yang mengeluarkan rangkaian herba tradisi turun-temurun yang telah pun bertapak selama 30 tahun, melalui rangkaian produk terkenal seperti Set Herbaneka Bersalin NR, Minyak Berubat NR, Phytonatal NR dan Akar Herbaneka NR. Produk terbaru keluarkan MISB adalah parfum Harumme, cucian intim Bloom dan rangkaian produk bayi yang akan dilancarkan pada 25 April 2019.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alangkah seronoknya bila kita dapat buat kejutan untuk insan tersayang. Melihat wajah kegembiraan mereka sudah cukup untuk buat kita turut merasa bahagia. Banyak servis suprise planner yang ditawarkan tetapi perlulah bijak membuat pilihan, barulah puas hati kan? Salah satu suprise planner yang turutmenyediakan pelbagai servis menarik adalah Fara Fleur. Seronok tengok Instagram mereka, macam-macam jenis jambangan bunga atau buah-buahan serta hamper yang boleh dijadikan pilihan.
Ketika ditanyakan kepada pemilik perniagaan Fara Fleur, menurutnya perniagaan ini bermula dengan bisnes bunga pada tahun 2009 ketika dia belajar di Stockholm, Sweeden. Dengan kelebihan menggubah yang dia ada, Fara mula membuat servis jambangan bunga tetapi secara asas sahaja. Apabila pulang ke Malaysia pada tahun 2010, Fara mula berjinak-jinak dalam perniagaan gubahan bunga yang dibuat di rumah tetapi secara kecil-kecilan.
Kekal Relevan, Tampilkan Gubahan Unik
Bukan mudah untuk kekal relevan dalam perniagaan ini kerana banyak saingan. Tidak menafikan kenyataan ini, Fara memberitahu yang dia seorang yang kreatif dan tekun untuk mencuba pelbagai jenis gubahan supaya tampak unik dan berbeza dengan orang lain. Fara turut melahirkan rasa syukur kerana melalui contoh yang dilihat dari katalog atau gambar sahaja pun, dia sudah dapat membuat gubahan yang sama.
“Kalau dahulu Fara perlukan satu jam untuk membuat gubahan. Berkat berlatih dan banyak membuat research, dengan kepakaran yang ada Farah hanya perlukan lebih kurang 2-3 minit untuk membuat satu gubahan bunga,” cerita Fara. Lebih sukakan gubahan bunga-bungaan segar, Fara turut menyediakan perkhidmatan gubahan bunga secara premium. Menurutnya lagi, gubahan bunga segar dapat mengasah lebih banyak skil yang sedia ada.
Sentiasa Dapat Pujian & Gubahan Dihargai
Bercerita tentang memori indah sepanjang mengusahakan perniagaannya, Fara menceritakan tentang servis dekorasi penuh untuk pasangan. Apabila setiap pasangan tersebut berpuas hati dan meuji hasil kerja seni yang dibuatnya, itu sudah cukup memberi kepuasan buat Fara dan pasukannya. “Pernah satu ketika, Fara Fleur mendapat peluang untuk buat dekorasi di atas cruise peribadi yang memakan belanja RM30,000!
“Waktu tu kami hanya bekerja selama empat jam sahaja tetapi klien sangat berpuas hati dan memuji hasil kerja Fara Fleur. Itulah salah satu momen yang terindah buat kami sepanjang mengusahakan perniagaan ini,” tambah Fara lagi. Servis Fara Fleur juga turut menjadi pilihan kebanyakan selebriti dan golongan influencer. Selain itu, perkhidmatan mereka turut mendapat sokongan kebanyakan pengasas produk di Malaysia.
Servis Pantas & Ikut Bajet Klien
Bercerita tentang kelebihan Fara Fleur berbanding servis suprise planner yang lain, mereka sangat komited dengan setiap tempahan yang dibuat. Bahkan mereka boleh menyiapkan tempahan dari klien dalam tempoh secepat satu jam selepas pembayaran dibuat. Memang hebat! Bagi memudahkan klien yang membuat tempahan, Fara Fleur sangat kompromi dengan setiap permintaan mengikut bajet mereka.
Untuk klien yang mungkin tiada idea, Fara Fleur akan membantu sedaya-upaya supaya setiap klien berpuas hati. Menurut Fara, bukan klien sahaja yang perlu digembirakan, tetapi juga pihak yang mendapat kejutan. Sebab itulah Fara Fleur akan membuat gubahan atau dekorasi mengikut kehendak pelanggan dan diberikan lagi dengan sentuhan kreatif dari team mereka.
“Sebagai contoh, sekarang ni sesetengah orang tiada masa untuk membuat sambutan hari istimewa. Sudah menjadi tanggungjawab Fara Fleur untuk membantu merancang kejutan buat insan kesayangan klien kami,” tambah Fara lagi.
Rancangan Masa Depan Fara Fleur
Misi Fara Fleur adalah untuk membantu seramai 3000 usahawan wanita yang mahu meningkatkan pendapatan dengan produk kami. Menurut Fara, mereka sedang membuat perancangan untuk memasarkan perniagaan ini sehingga mampu menempah billboard suatu hari nanti.
Selain itu, Fara Fleur turut mensasarkan untuk membuka cawangan di setiap negeri dalam Malaysia dan mencapai jualan tertinggi dalam servis suprise planner. Perancangan yang besar, tapi tidak mustahil. Selamat maju jaya, Fara Fleur!
Untuk anda yang mahu melihat hasil kerja Fara Fleur, bolehlah klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah empat tahun menyepi, jurassic sekali lagi membuat kemunculan dengan lebih banyak watak dan jenis dinasour untuk menjadi tatapan peminat spesis dinasour ini!
Dibintangi oleh Chris Pratt sebagai Owen Grady dan Bryce Dallas Howard sebagai Claire Dearing, mereka akan ditemani oleh pelakon Jurassic Park original iaitu Jeff Goldblum (Dr. Ian Malcolm), Sam Neill (Dr. Alan Grant) dan Laura Dern (Dr. Ellie Sattler), di mana masing-masing akan melakonkan watak ikonik mereka daripada francais Jurassic.
Empat tahun setelah Isla Nublar dihancurkan pada filem Jurassic World: Fallen Kingdom (2018), dinasour telah terlepas ke seluruh bahagian bumi dan hidup bersama manusia.
Kewujudan semula dinosaur di muka bumi yang wujud secara bersama-sama akan menyaksikan era baharu masa depan dalam Jurassic World : Dominion, dan menimbulkan permasalahan di mana mereka juga berburu mangsa di habitat yang sama dengan manusia.
Jadi, agak-agaknya mampukah dua hidupan ini duduk ‘sebumbung’ di dalam kawasan yang sama? Kalau nak tahu, jom sama-sama ajak ahli keluarga saksikan Jurassic World : Dominion bermula 9 Jun 2022 di pawagam berdekatan anda ya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!