Selepas bersalin secara pembedahan caesarean (czer), penjagaan luka adalah sangat penting. Ramai ibu yang sudah melalui pengalaman ini tahu betapa sukarnya menjaga luka agar cepat sembuh. Justeru, adalah penting untuk mengetahui beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan luka pembedahan jadi bernanah.
Luka pembedahan bernanah adalah jangkitan pada kawasan pembedahan caesarean yang menyebabkan luka menjadi merah, bengkak, panas, dan mengeluarkan nanah. Kadangkala ia disertai dengan demam, sakit melampau di kawasan luka, dan bau yang tidak menyenangkan.
Jika tidak dirawat segera, ia boleh merebak menjadi jangkitan serius seperti abses atau sepsis. Oleh itu, penting untuk mengelakkan makanan yang boleh memburukkan keadaan luka, lebih-lebih lagi ketika dalam tempoh berpantang.
7 jenis makanan yang perlu dielakkan
1. Makanan laut
Makanan laut seperti udang, sotong, dan kerang kaya dengan protein dan zink, namun ia juga tinggi histamin yang boleh mencetuskan reaksi alahan pada sesetengah orang. Jika anda sensitif, ia boleh menyebabkan gatal-gatal di kawasan luka, dan akhirnya luka menjadi bernanah kerana digaru atau dijangkiti bakteria.
Ads
Tip: Elakkan makanan laut semasa awal pantang (2 minggu pertama), terutamanya jenis bercengkerang.
2. Makanan berlemak & bergoreng
Makanan seperti ayam goreng, sambal tumis, makanan segera dan bergoreng mengandungi lemak tepu dan minyak teroksida. Lemak jenis ini boleh menyebabkan keradangan dalaman, sekaligus memperlahankan penyembuhan luka. Lebih teruk, ia menurunkan imun badan dan memudahkan jangkitan kuman di kawasan luka.
Ads
3. Makanan manis berlebihan
Makanan tinggi gula seperti kuih muih manis, air gas, kek dan coklat boleh menyebabkan paras gula darah naik mendadak. Bila gula darah tinggi, sistem imun kita menjadi lemah. Ini menjadikan tubuh sukar melawan kuman, menyebabkan luka czer mudah bernanah. Tambahan pula, gula juga mengganggu penghasilan kolagen – nutrien penting untuk regenerasi kulit dan luka.
4. Makanan terlalu pedas
Makanan seperti sambal belacan, kari pedas, dan makanan berasaskan cili yang kuat boleh menyebabkan perut memulas dan sembelit. Bila sembelit, tekanan pada perut dan bahagian luka meningkat – risiko luka terbuka dan dijangkiti bakteria juga lebih tinggi. Sesetengah orang juga mengalami cirit-birit akibat makanan pedas, yang menyebabkan badan kehilangan nutrien penting untuk proses penyembuhan luka.
5. Telur
Meskipun kaya protein, ada kepercayaan bahawa telur boleh menyebabkan luka gatal dan bernanah, terutama jika dimakan terlalu awal selepas bersalin. Ini mungkin disebabkan alahan ringan atau tindak balas tubuh terhadap protein dalam telur. Namun, ini bergantung kepada individu. Jika anda perasan luka gatal selepas makan telur, elakkan sementara waktu.
Ads
6. Ikan kembung, tongkol dan sardin
Ikan jenis ini dikatakan ‘gatal’ dan boleh menyebabkan keradangan kulit serta rasa tidak selesa di kawasan luka. Walaupun belum terbukti secara saintifik, ramai ibu berpantang mengadu luka menjadi lambat sembuh selepas makan ikan jenis ini. Lebih selamat pilih ikan seperti ikan haruan, ikan selar dan ikan merah untuk membantu luka cepat sembuh.
7. Makanan bersifat sejuk
Makanan dan minuman sejuk seperti air batu, timun, buah tembikai dan air kelapa dipercayai melemahkan badan selepas bersalin dan menyebabkan darah beku terkumpul. Ia juga boleh menyebabkan peredaran darah terganggu, menjadikan luka lebih lambat sembuh dan mudah dijangkiti.
Menjaga pemakanan selepas bersalin czer adalah penting untuk memastikan luka sembuh dengan cepat dan mengelakkan komplikasi seperti luka bernanah. Elakkan makanan yang boleh memburukkan keadaan luka dan pilih makanan yang membantu dalam proses penyembuhan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wany Hasrita sama seperti ibu-ibu yang lain selepas bersalin suka makan makanan yang manis. Dek kerana kerap makan makanan dan minuman yang manis, berat badannya naik mendadak.
Demi menjaga kesihatan, Wany mula mengawal pengambilan gula dalam diet hariannya. Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita ini mengakui bahawa antara punca berat badannya meningkat secara mendadak kerana pengambilan gula berlebihan.
Wany Hasrita ‘Craving Sugar’ Selepas Pantang
“Masih lagi naik, dalam fasa ‘sugar craving’. Selepas beberapa minggu (habis berpantang), saya memang nak makanan manis.
“Akibat daripada itu, berat saya naik mendadak,” katanya.
Jelas Wany lagi meskipun ‘mengidam’ namun beliau perlu melawan keinginan tersebut demi menjaga kesihatan. Tindakan paling utama yang perlu diambil adalah mengawal pengambilan gula.
Mula Jaga Diet Bila Berat Naik Mendadak
“Sekarang ini saya sedang berusaha hendak ‘cut sugar.’
“Inisiatif lain pula, saya perlu menjaga kalori dan melakukan senaman,” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan baru mengeluarkan lagu baharu bertajuk ‘Cinta Hatiku’.
Menurutnya, lagu tersebut dibuat khas untuk cahaya mata sulungnya, Aishah Al Iman.
“Lagu ini berkisar tentang cinta seorang ibu kepada anak,” katanya.
Untuk rekod, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022. Pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aishah pada 8 Julai 2023.
Endometriosis mungkin kedengaran menakutkan bagi wanita, terutamanya bagi mereka yang mendambakan kehadiran cahaya mata.
Namun, menurut Dr Maiza Tusimin, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) dari Prince Court Medical Centre yang berpengalaman luas dalam pengurusan kesuburan wanita, endometriosis bukanlah penamat kepada impian seorang wanita untuk bergelar ibu.
Endometriosis berlaku apabila tisu yang sepatutnya melapisi bahagian dalam rahim (endometrium) tumbuh di luar rahim, seperti di ovari, tiub fallopio atau kawasan pelvis. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan teruk ketika haid, hubungan intim yang menyakitkan, pendarahan tidak normal, malah dalam sesetengah kes, gangguan kesuburan.
Menurut Dr Maiza melalui perkongsian videonya, endometriosis boleh menjejaskan peluang kehamilan namun ia tidak bermaksud seorang wanita tidak boleh hamil sama sekali.
“Setiap wanita mempunyai perjalanan kesuburan yang berbeza. Dengan rawatan yang tepat dan sokongan emosi yang kuat, peluang untuk hamil tetap terbuka luas,” jelasnya.
Tambahnya lagi, rawatan untuk endometriosis hari ini jauh lebih maju berbanding beberapa dekad lalu. Bergantung kepada tahap endometriosis, pilihan rawatan boleh melibatkan ubat-ubatan, pembedahan laparoskopi untuk membuang tisu endometriosis, atau bantuan teknologi reproduktif seperti IVF.
Yang lebih penting, pengurusan emosi memainkan peranan besar dalam perjalanan ini.
“Saya sering berpesan kepada pesakit saya, jangan fokus kepada diagnosis semata-mata.
“Fokus kepada langkah-langkah kecil yang boleh diambil — rawatan, perubahan gaya hidup, dan penjagaan kesihatan diri. Ini semua adalah usaha untuk membuka jalan kepada rezeki zuriat.
“Keajaiban tidak pernah datang pada mereka yang berhenti berharap. Percaya, berusaha dan doa — itu kunci utama.”
Tips untuk wanita dengan endometriosis yang ingin hamil
* Jumpa pakar awal. Diagnosis dan rawatan awal boleh mengelakkan komplikasi lebih serius.
* Amalkan gaya hidup sihat. Pemakanan seimbang, senaman ringan dan mengurus stres dapat membantu tubuh bersedia untuk kehamilan.
* Berbincang tentang pilihan rawatan. Setiap wanita berbeza ada yang perlu pembedahan, ada yang boleh cuba kehamilan alami terlebih dahulu.
* Jangan putus asa. Walaupun perjalanan mungkin lebih panjang, setiap usaha adalah satu langkah ke arah impian.
Endometriosis memang satu cabaran, tetapi ia bukan noktah kepada impian menjadi ibu. Dengan rawatan moden, semangat positif dan bimbingan pakar perjalanan ini boleh menjadi sebuah kisah keajaiban yang penuh harapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr, period saya lewat tapi UPT negatif..Dr, period saya dah 3 bulan tak datang..Dr, period saya yang terakhir 3 tahun lepas..Dr, saya ni dalam setahun tu berkali-kali kena makan ubat lawas period. Kalau tak makan ubat, period tak mai langsung..Dr, ada cara lain tak nak bagi period teratur selain makan ubat perancang? Sebab saya nak try pregnant.
Banyak lagi kes, tapi ni sebahagian saja.
Cuba teka, apa persamaan semua wanita ni? Yes. Mereka ni boleh kata almost 99% overweight. Dan mostly ada symptoms PCOS.
Polycystic ovarian syndrome. KETAHUI 7 BENDA SCARY BILA ADA PCOS
(No.7 tu nauzhubillah)
Hormon lelaki dia terlebih. Boleh buat jerawat jadi meriah. Bulu badan pun lebat, pernah saya jumpa yang tumbuh misai dan janggut. Yes, wanita tapi ada janggut.
Disebabkan hormon tak seimbang, period pun jadi celaru, ting tong.
Masalah ketidaksuburan sangat common. Susah mengandung.
Dahlah payah sangat pregnant, tapi bila lekat mudah pulak mengandung
Biasanya PCOS selalu jadi pada wanita yang overweight atau obes.
Insulin dia pun ada “weng” skit. Jadi boleh dapat kencing manis. Ada yang datang klinik masalah period, bila kita cek gula terus dapat detect kencing manis.
Dinding rahim boleh jadi terlebih tebal. Sepatutnya dia jatuh sebagai period. Tapi tak turun-turun darahnya. Bahaya tau, ni kita panggil endometrial hyperplasia yang berisiko berubah jadi kanser rahim
Takut kan? PCOS ni boleh cuba diatasi mostly dengan mengubah lifestyle!
TURUNKAN BERAT BADAN.
Kalau kita dapat turunkan 10% berat pun, lebih 55% period boleh jadi teratur semula
UBAH GAYA PEMAKANAN
Makan makanan tinggi protein & fiber dan rendah carbo. Elakkan processed food dan makanan “merepek” seperti jajan dan lain-lain.
SENAMAN
Exercise secara berkala. 5x seminggu. Dapat 20 minit sehari pun ok dah. Buat TABATA ke. Yang mana sesuai dengan kapasiti masing-masing.
PEMERIKSAAN DR
Buat pemeriksaan Dr, kalau ada kencing manis perlu dapatkan rawatan. Kalau ada jerawat teruk atau bulu badan yang terlalu banyak, ada rawatannya.
RAWATAN KESUBURAN
Kalau nak mengandung, boleh ke klinik untuk rawatan kesuburan. Jika ubat tak berkesan, mungkin pakar boleh buat rawatan surgical. Tapi seeloknya hamil bila berat badan <80kg untuk elakkan risiko-risiko tertentu semasa hamil.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.