Sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan, kebanyakan ibu akan mengalami banyak perubahan dari segi fizikal dan juga emosi. Keadaan ini akan beransur-ansur stabil bila bayi dalam kandungan semakin besar dan selamat dilahirkan.
Namun yang menjadi masalah ibu adalah kenaikan berat badan ketika hamil dan kembali untuk dapat berat seperti sebelum dapat bayi atau ketika awal-awal kahwin agak sukar. Sehinggalah kita dah rasa putus asa dan tak kisah.
Tapi bila berat badan tak dapat dikekalkan, ada waktunya ibu akan cepat rasa penat dan ini mungkin boleh menganggu tugas harian untuk uruskan keluarga. Untuk beri motivasi pada ibu-ibu yang masih dalam usaha untuk dapat berat ideal, perkongsian Puan Norazira Ramli, ibu kepada dua anak ini boleh dijadikan semangat untuk anda.
Berat naik mendadak masa mengandung
Saya bukan lah seorang yang gemuk. Berat masa bujang 47-48kg je sampai kahwin (tinggi 157cm). Start pregnant anak pertama terus naik mendadak sampai 71kg walaupun saya takde apa-apa masalah semasa pregnant.
Makan pun biasa je, mungkin hormon mengandung agaknya. Lepas bersalin turun sampai 53kg dalam masa 6 bulan, tapi saya pregnant pula anak kedua. Naik lagi berat sampai 75kg.
Ads
Masa pregnant anak kedua ni lah saya cuba join group DSSS. Terus saya bersemangat amalkan DSSS dari pregnant, dalam pantang, dan sampai la sekarang.
Jadi berat saya turun dari 75kg – 50kg (total lost 25kg) dalam masa 5 bulan lebih. Seluar jeans masa bujang semua dah muat balik. Seronok sangat rasanya.
Jaga portion makan, jangan stres diet
Kalau nak tanya tips, sejujurnya saya tak strict sangat pun dalam diet ni. Sebab saya seorang yang suka makan. Lagi-lagi fastfood, kek, coklat, aiskrim. Kopi pulak wajib sehari sekurangnya sekali. Jadi, saya makan je apa yang saya teringin. Tapi bukan la hari-hari.
Cuma saya amalkan DSSS ni betul-betul jaga portion makan. Bila portion betul, serius takkan lapar. Dan juga exercise regularly (dan breastfeeding juga 2 orang anak).
Ads
Satu lagi, family saya memang kebanyakannya berbadan besar. Jadi saya dah biasa dengar orang cakap “ala nanti dah kahwin dah beranak gemuk la tu”. Hai makcik bawang, saya dah kurus..
Jadi mommies semua, kalau gemuk sebab mengandung, jangan kata mustahil untuk kurus semula lepas bersalin even kita menyusu anak. Saya boleh, anda pun boleh.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Uri adalah selaput dan saluran yang berkembang mengikut perkembangan bayi. Ia adalah merupakan sokongan kepada bayi. Bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, uri dianggap sebagai sisa klinikal dan akan dilupuskan oleh pihak hospital. Di negara kita, uri akan diserahkan kepada ibu bapa selepas proses bersalin selesai sebelum pesakit discaj dari wad bersalin untuk diuruskan.
Ambil tahu langkah pengurusan uri perlu diketahui dan persediaan dilakukan sebelum kelahiran terutama sekali bagi ibu dan bapa kali pertama. Ikuti langkah demi langkah berikut;
Uri akan dicuci dengan air bagi menghilangkan darah sebelum diserahkan
Uri perlu diuruskan secepat mungkin setelah dibawa pulang ke rumah supaya ia tidak berbau.
Cuci uri dengan dimulakan dengan Bismillah.
Cuci bersih dengan menggunakan air bagi menghilangkan darah yang masih tertinggal. Elakkan daripada menggunakan sabun atau syampu.
Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa supaya uri tersebut bersih.
Lumurkan garam dan cuci bersih.
Kemudian lumurkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir darah.
Bau hanyir darah perlu dihilangkan kerana ia boleh menyebabkan binatang seperti kucing, tikus atau anjing menggali dan memakan uri tersebut.
Perahkan limau ke atas uri untuk mengharumkan uri.
Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
Baluti uri menggunakan pembalut yang mudah reput seperti beg plastik mudah reput, kotak bagi mengelakkan air basuhan yang mungkin masih mempunyai kesan darah menitik.
Kemudian balutinya menggunakan kain.
Kain tersebut tidak semestinya kain berwarna putih.
Balutkan bungkusan uri membentuk seperti bunjut bagi memudahkan ia dibawa ke tempat yang hendak ditanam.
Sediakan lubang untuk menanam uri dengan menggali tanah sedalam mungkin supaya uri tidak dapat dikesan atau dikorek binatang.
Baca Bismillah dan selawat. Berdoalah agar dilindungi uri anak anda semasa meletakkan uri dalam lubang dan menimbusnya.
Semoga dengan tip yang Pa&Ma kongsikan ini dapat membantu para bapa untuk membersihkan uri anak. Membersihkan uri merupakan salah satu tertib yang perlu anda laksanakan ketika menyambut kedatangan ahli baru dalam keuarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa mempunyai perancangan awal, berapa ramai anak yang mereka inginkan bagi mewarnai kehidupan sebagai suami isteri. Ada yang mahukan anak ramai dan ada yang selesa jika hanya mempunyai bilangan anak yang tidak ramai.
Menurut sebuah artikel dari Astro Gempak, penyampai radio Muaz Mohamed, mempunyai impian untuk ada empat orang anak jika diizinkan.
Katanya, memadai untuk dia memiliki dua cahaya mata kini dan seandainya dikurniakan rezeki dia ingin untuk mempunyai sekurang-kurangnya empat anak. “Saya membesar seramai tiga beradik sahaja, jadi rasanya sudah cukup untuk sebuah keluarga.
“Yang penting proses untuk menjaga dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Saya takut, kalau anak terlalu ramai sangat saya tak sempat nak memberikan kasih sayang seadilnya untuk mereka.
“Tetapi kalau ada rezeki apa salahnya. Cuma kalau ditanya keselesaan, punyai cahaya mata tiga ke empat orang sudah mencukupi.
“Paling penting, jaga amanah itu supaya apabila mereka dewasa kita tidak dipersalahkan kalau ada bahagian terlepas pandang ketika mereka sedang membesar,’ katanya kepada Gempak.
Berbahagia dikurniakan dua cahaya mata Emirza Mukhri, 5, dan Ezra Mikahail, 6 bulan, Muaz seronok melihat perkembangan kedua-dua arjuna hatinya itu.
“Saya tidak lagi keluar melepak sampai lewat malam sebab mahukan waktu tidur yang cukup dan disebabkan itulah pada hujung minggu saya memperuntukkan masa untuk bersenam dan beriadah bersendirian di taman berhampiran tempat tinggal saya.
“Selain mempertingkatkan stamina, berlari juga misalnya menjadi ‘me time’ bagi saya sebenarnya,” katanya.
Biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain. Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.
Kenapa pentingnya bagi anak makan ikan berbanding lauk lain. Dr Mazliana Mazlan ada jawapannya.
60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA.
Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.
Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.
Kredit Gambar: Azie Kitchen
Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.
Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.
Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan. Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.