Waktu mengandung ni, selera ibu memang macam-macam. Ada benda yang kita tak suka makan sebelum hamil, tiba-tiba jadi kegemaran pula bila berbadan dua ni. Ada juga jenis makanan yang kita tak pernah makan, tapi teringin pula nak merasa waktu mengandung.

Makan Tapai Waktu Hamil Ada Risiko Jejaskan Sel Otak Anak, Doktor Jelaskan Hal Ini
Sumber foto: www.freepik.com

Ada sesetengah makanan yang kita idamkan tu tak ada masalah untuk dimakan, ada yang perlu diambil secara bersederhana tapi ada juga yang tak digalakkan kerana mungkin ada kesan sampingan kepada si ibu atau bayi dalam kandungan.

Salah satu makanan yang mungkin ibu hamil teringin nak makan adalah tapai. Namun, ia tak disarankan kepada wanita mengandung. Tapai adalah makanan yang diperbuat daripada sumber kanji seperti nasi, pulut atau ubi kayu yang dimasak dengan ragi dan dibiarkan untuk beberapa ketika untuk proses penapaian.

Sebenarnya proses ini menguraikan kanji kepada gula dan menukarkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida. Sebab itulah tapai tak elok dimakan ibu hamil kerana ia mungkin boleh menjejaskan kesihatan ibu atau kandungan.

Makan Tapai Waktu Hamil Ada Risiko Jejaskan Sel Otak Anak, Doktor Jelaskan Hal Ini
Sumber foto: www.shutterstock.com

Dr Zubaidi Hj Ahmad ada menerangkan tentang pengambilan tapai ketika hamil. Ikuti penjelasan beliau ini.

MAKAN TAPAI KETIKA HAMIL

Soalan: “As salamu alaikum doktor. Bolehkah saya makan tapai pada usia kehamilan 36 minggu? Ada apa-apa kesan mudarat kepada bayi dalam rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”

Ads

Jawapan: Wa alaikum mus salam.
Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alkohol termasuk tapai beras dan ubi. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol. Penghasilan alkohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.

Makan Tapai Waktu Hamil Ada Risiko Jejaskan Sel Otak Anak, Doktor Jelaskan Hal Ini
Gambar hiasan internet

Agak sukar menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan. Namun saya menasihatkan puan agar tidak mengambil makanan yang mempunyai alkohol walaupun sedikit semasa hamil sekurang-kurangnya untuk tiga bulan pertama kehamilan puan.

Baca Juga:

“Never Use Word MANDUL.” Belum Hamil Lepas Kahwin Lama, Jumpa Doktor Untuk Tahu Masalah

Ads

Ada Banyak Jenis Posisi Bayi Dalam Kandungan, Ini Yang Pakar O&G Kongsikan!

Makanan Terbaik Untuk Ibu Hamil, Bagus Untuk Tumbesaran Bayi!

Ini kerana tapai mengandungi sedikit alkohol yang dibenarkan, dan sangat cepat sampai bayi dalam rahim melalui plasenta. Bagi wanita yang agak sensitif, memakan tapai menyebabkan kelahiran keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pramatang di akhir kehamilan.

Ads

Jika puan mengambil terlalu banyak tapai semasa hamil, ia boleh merosakkan sel-sel otak dan sistem saraf bayi puan. Apabila besar, dibimbangi anak puan akan mengalami masalah pembelajaran dan masalah memori.

Jadi jika ambil sedikit saja tapai sesekali, ia tidak memudaratkan, sementara makan dengan banyak akan menyebabkan kemudaratan.

Rujukan: Falgreen Eriksen HL, Mortensen EL, Kilburn T, et al. 2012. The effects of low to moderate prenatal alcohol exposure in early pregnancy on IQ in 5-year-old children. BJOG 119(10):1191-200.

#HealthDrZubaidi

Sebaik-baiknya jika makanan tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, eloklah dielakkan ketika sedang mengandung. Jika teringin juga, dapatkan nasihat dari doktor yang bertauliah.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI