Musim sekarang ni kalau batuk je dah mula risau kan? Kadang baru elok je batuk, beberapa minggu lepas tu batuk semula. Lagi perit batuk berkahak atau batuk kering yang ambil masa untuk baik. Rasa nak bernafas pun tak selesa.
Bagi anda yang alami masalah batuk tak hilang-hilang, boleh cuba petua ini. Perkongsian Puan Roszimah Ismail ini berdasarkan pengalamannya sendiri.
Hanya menggunakan bahan semulajadi iaitu lemon, madu dan bunga cengkih ia boleh membantu masalah batuk dan tak lah bergantung pada ubat semata-mata. Kita ikhtiar mana tahu serasi untuk semua ahli keluarga yang mengalami masalah sama.
Hari nie nak kongsi resepi untuk menghilangkan batuk. Alhamdullilah serasi bagi saya. Dah berbotol makan ubat batuk tapi tak hilang juga. Last-last ikhtiar guna bahan-bahan semulajadi. Alhamdullilah menjadi.
RESEPI AIR LEMON
Bahan-bahan:
– 4 biji lemon
– 1 bungkus gula batu tebu
– 1/2 sudu teh garam
– 2 bunga cengkih
– 3 sudu besar madu
Cara-caranya:
– Basuh lemon dengan garam, kemudian basuh.
– Potong lemon kepada 4 bahagian kemudian hiris nipis-nipis dan buang biji sekali.
– Tumbuk gula batu tebu…bagi dia pecahan kecil (tujuannya senang larut)
– Ambil periuk kemudian masukkan gula batu, lemon, garam dan cengkih
– Masak sehingga gula larut. Kemudian matikan api dan tambah madu.
– Dah sejuk simpan dalam peti ais.
**P/S: Kalau nak minum ….ambil 1 sudu besar campur dengan secawan air suam. InsyaAllah semoga bermanfaat.
Kredit: Roszimah Ismail
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!