Ramai yang anggap makan vitamin boleh buat ibu hamil gemuk dan bayi dalam kandungan besar. Itu salah! Sepatutnya jangan culas untuk mengambilnya kerana ini untuk elakkan masalah perkembangan janin.

Vitamin prenatal ni penting sebab ibu mengandung memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa untuk pastikan keperluan ibu dan janin dipenuhi.

Makan Vitamin Diberikan Doktor Masa Hamil Tak Menyebabkan Bayi Besar Dan Berat Ibu NaikAntara supleman yang sesuai untuk ibu-ibu hamil ialah :
ASID FOLIC > mengelakkan risiko spina bifia dan kecacatan tiub neutral
OBIMIN > multivitamin yang sesuai untuk wanita mangandung adalah yang tidak mengandungi Vitamin A atau retinol.
VITAMIN PRANATAL > amalan diet seimbang sememangnya amat mustahak dan wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau prenatal vitamin ini juga penting untuk menampung nutrien penting yang diperlukan oleh si manja. Vitamin pranatal seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya dibekalkan kepada bakal ibu oleh doktor mengikut keperluan kehamilan masing masing.

JANGAN RISAU IA TIDAK MENYEBABKAN KEGEMUKAN DAN BAYI BESAR
Wanita hamil akan berubah fizikal dan hormon dan kadang kadang tu boleh mnyebabkan perubahan dan ketahanan fizikal dan juga emosi. Pengambilan vitamin pranatal ni hanyalah sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung. Jadi, ibu-ibu tak perlu risau dan jangan culas ya.

IKLAN

TAPI

Tak semua vitamin boleh diambil oleh ibu mengandung tau. Jom baca vitamin apa yang ibu mengandung kena elak.

Antaranya :
vitamin A atau retinol > kemungkinan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan juga keracunan hati.
Gamma Linolecic Acid atau GLA > dikhuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan merbahaya
kepada kandungan.

IKLAN

Makan Vitamin Diberikan Doktor Masa Hamil Tak Menyebabkan Bayi Besar Dan Berat Ibu NaikWaktu bila nak ambil vitamin?
Kebanyakan suplemen dan vitamin digalakkan untuk diambil selepas makan pada waktu pagi.

Cara ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya dari fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga sepanjang hari.

IKLAN

Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan
kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.

Jangan bertindak sendiri, dapatkan nasihat dari pakar farmasi atau doktor sebelum mengambil supplemen atau vitamin dan dapatkan maklumat berkaitan secukupnya.

Sumber: Klinik Dr Asmah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI