Ibu-ibu mengandung perlu mengambil berat keperluan nutrisi sepanjang proses kehamilan. Ketika inilah ibu-ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, dan lebih berkhasiat. Keperluan nutrisi seperti protein, kalsium, zat besi dan folate akan bertambah dari sebelum hamil.
Berat badan ibu yang hamil diharapkan untuk bertambah secara sikit demi sedikit, tetapi konsisten, sepanjang kehamilan. Jumlah peningkatan berat badan ibu hamil adalah dalam 5 kg hingga 18 kg bergantung berat sebelum hamil.
Pastikan pemakanan seharian adalah cukup walaupun ibu tidak selera makan atau dalam fasa alahan (morning sickness). Trimester pertama kehamilan adalah sangat penting, kerana pada fasa itulah pembentukan organ bayi sedang berlangsung.
Pada ibu yang mengalami alahan (morning sickness) yang teruk pada trimester pertama kehamilan, makanan yang seimbang dan sihat nampak sangat susah. Namun itulah perjuangan si ibu, bermula dari si anak masih sebesar biji kacang. Semoga segala pengorbanan dan perjuangan ibu sekalian diberkati.
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang ini bukanlah untuk si bayi sahaja, tapi untuk ibu juga. Apabila ibu mengambil nutrisi yang mencukupi untuk keduanya, badan akan dapat memberi nutrisi kepada bayi tanpa menjejaskan keperluan si ibu.
Hujung-hujungnya, proses kelahiran bayi akan menjadi lebih mudah dan mengelakkan ibu mendapat masalah di kemudian hari disebabkan kekurangan nutrisi semasa hamil, contohnya osteoporosis (disebabkan kekurangan kalsium).
Elok Ambil Sepanjang Tempoh Kehamilan
Makanan apa yang penting untuk ibu hamil:
Protein
Protein memberi efek pada tumbesaran bayi secara langsung, termasuklah otak. Ia juga memainkan peranan untuk membentuk tisu pada payudara dan rahim, di mana bayi akan terus membesar. Selain itu protein juga penting dalam meningkatkan jumlah darah.
Kalsium akan membantu badan mengawal cairan dalam badan, juga membantu dalam pembentukan tulang dan gigi bayi.
Contoh makanan sumber kalsium:
Moringa, makanan tenusu (susu, yogurt, keju), tofu, telur, almonds, kubis, salmon, kale, broccoli, bok choy
Kredit foto: Freepik
Zat besi (iron)
Diambil bersamaan dengan sumber garam mineral lain seperti sodium, potassium, dan air, zat besi akan membantu meningkatkan jumlah darah dan mengelakkan anemia.
Folate memainkan peranan penting untuk perkembangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Folate yang mencukupi akan mengurangkan masalah kongenital yang major seperti masalah pembentukan neural tube, termasuk spina bifida. Digalakkan mengambil makanan bersumber folate/supplement folic acid walaupun sebelum hamil.
Contoh makanan sumber folate:
Bayam, lettuce, kubis, yeast flakes, buah buahan citrus, kekacang, celery, carrot, bunga kubis
Vitamin C
Buah dan sayur yang tinggi vitamin C akan membantu dalam penyembuhan luka, pembentukan tulang dan gigi, juga proses metabolik.
Contoh makanan sumber vitamin C:
Ads
Baobab, pelbagai buah buahan, roselle, sayuran hijau, tomato
Lemak/Essential Fatty Acids
Lemak sebenarnya penting untuk ibu mengandung. Bayi akan membentuk lemak, susu ibu sendiri mempunyai 55% lemak. Lemak yang dimaksudkan di sini adalah lemak sihat seperti dalam minyak kelapa dara, minyak zaitun, buah avocado. Ibu hamil juga harus mendapatkan vitamin larut lemak (A,D,E,K), DHA, dan EPA yang secukupnya. Semua ini adalah penting untuk perkembangan bayi.
Chia seeds (omega-3, omega-6), cod liver oil, fish oil
Probiotic/prebiotic
Makanan untuk kesihatan usus ini sangat penting untuk ibu hamil, juga untuk bayi di dalam kandungan. Pastikan ibu-ibu mengandung mengambil sumber makanan ini ya!
Bagi wanita yang sedang mengandung, pengambilan makanan berkhasiat penting sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi.
Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
Pertama : KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak.
Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Kedua : BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak.
Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.
Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga : MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Keempat : BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah. D
Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.
Kelima : MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.
Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam : SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahim.
Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.
Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Pendarahan dan rasa kejang pada ari-ari adalah tanda-tanda awal kehamilan. Selain itu ada 4 lagi tanda-tanda lain yang sebenarnya tanda awal diri berbadan dua tetapi selalunya mama tak perasan.
Pengesanan awal kehamilan boleh membantu mama untuk mengambil langkah awal seperti memulakan pemakanan yang sihat (jika sebelum ini tidak mengamalkan pemakanan sihat), menghindari aktiviti lasak, mengelakkan rawatan kecantikan yang melibatkan bahan kimia di mana sesetengahnya boleh menggugat perkembangan awal janin. Pendek kata, pengesanan awal adalah lebih baik kerana risiko keguguran dapat dikurangkan!
Ujian kehamilan merupakan cara yang paling terbaik dan berkesan untuk memeriksa sama ada anda hamil atau tida. Namun begitu, terdapat beberapa tanda yang boleh anda periksa sendiri untuk mengetahui sama ada anda hamil atau tidak.
#1 Pendarahan pada vagina dan kekejangan perut
Keadaan ini normal berlaku sekiranya bayi telah terbentuk di dalam rahim anda. Keadaan ini terjadi kerana telur yang telah disenyawakan dengan sperma perlu mengimplan masuk ke dalam uterus anda justeru menyebabkan berlaku sedikit pendarahan pada vagina serta kekejangan perut.
Anda juga boleh memeriksa jika ada terdapat sebarang perubahan pada bentuk dinding vagina anda. Perubahan ini adalah tidak bahaya. Namun jika perubahan ini membuat kawasan vagina anda berbau dan tidak selesa, anda perlu membuat ujian bagi mengelakkan sebarang infeksi.
#2 Kesakitan pada payudara
Kehamilan akan menyebabkan ketidaktentuan hormon dalam badan. Ini akan mengakibatkan payudara anda membesar dan membengkak. Kawasan puting anda juga akan menjadi lebih gelap dari sebelumnya. Perubahan ini berlaku ketika anda sedang berada dalam trimester kedua kehamilan anda di mana badan anda sudah biasa dengan sebarang perubahan hormon yang berlaku.
#3 Kepenatan
Selain kekurangan kandungan gula dalam badan serta tekanan darah rendah, kepenatan juga mungkin terjadi akibat peningkatan hormon progesterone yang muncul ketika seseorang wanita itu sedang hamil.
Keadaaan ini selalunya akan hilang ketika trimester kedua kehamilan namun akan kembali ketika di hujung waktu kehamilan ketika perut anda sudah memboyot.
#4 Muntah-muntah
Kebanyakan wanita hamil akan mengalami keadaan ini beberapa bulan selepas hamil, namun ada juga wanita yang akan mengalaminya lebih awal. Keadaan ini juga dialami oleh ibu hamil tanpa mengira waktu sama ada siang atau malam.
#5 Perubahan selera makan
Kebanyakan ibu mengandung akan mengalami keadaan ini. Mereka akan mengidam sesuatu makanan yang sangat khusus atau membenci makanan kegemaran mereka.
Keadaan ini adalah sangat unik dan saintis sendiri tidak dapat membuat kesimpulan tentang perubahan selera makan ini. Namun dipercayai perubahan selera makan ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku dalam badan disebabkan oleh kehamilan.
#6 Ketidaktentuan emosi
Perubahan hormon semasa kehamilan akan menjejaskan sel neuron dalam otak wanita sekaligus menyebabkan ketidaktentuan emosi. Setiap wanita akan mengalami keadaan ini dengan berbeza bergantung kepada individu.
Perubahan emosi ini mungkin menunjukkan bahawa anda sedang hamil. Namun sekiranya perubahan emosi ini menjejaskan tahap kesihatan anda, anda perlu berhubung dengan pakar secepat mungkin.
Menyentuh tentang menambah bilangan anak, nyata ramai antara kita akan pastikan benar-benar bersedia bukan sahaja dari sudut ekonomi malah emosi dan mental juga.
Namun, jika sudah tertulis direzekikan untuk memiliki anak meskipun dalam tempuh jarak yang dekat, siapalah kita untuk menolak rezeki yang cukup istimewa dariNya.
Baru-baru ini viral juga berkenaan satu video di Tiktok, seorang isteri bernama Jessica Olivia yang menunjukkan keputusan alat pregnancy test kepada suaminya yang ketika itu sedang berada di atas katil sambil menjaga anak kedua mereka yang berusia 3 bulan.
Apabila si suami diberikan alat tersebut, wajahnya terus berubah daripada wajah ceria melayan si anak bertukar kecewa dan cuak. Apa tidaknya, risau memikirkan isterinya telah mengandung lagi sedangkan anak maasih kecil.
Lebih kelakar lagi, si suami dilihat seakan sukar menerima berita tersebut dan beberapa kali beristighfar dengan berita yang diterimanya itu.
Sedangkan ini semua adalah helah si isteri untuk melihat reaksi si suami andai kata dia mengandung dalam jarak waktu yang terdekat dengan kelahiran sebelum ini.
Melihat reaksi spontan suaminya begitu, tak disangka pula menimbulkan rajuk di hati isterinya pula.
Video ini meraih jumlah tontonan yang ramai dan wargamaya turut terhibur melihat gelagat dan reaksi pasangan suami isteri ini. Sementara itu ramai juga yang meninggalkan komen berkongsi pengalaman masing-masing.
Tragedi menyayat hati menjelang Syawal, apabila tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa serta adik bongsu mereka maut dalam kemalangan ngeri...