Makanan dan minuman cairkan kahak, bagus untuk kuatkan imun. Kahak yang berlebihan dalam tekak dan saluran pernafasan sering menyebabkan rasa tidak selesa, terutamanya semasa selsema, batuk, atau alergi.
Makanan Dan Minuman Cairkan Kahak, Bagus Untuk Kuatkan Imun
Selain rawatan perubatan, beberapa jenis makanan dan minuman semula jadi boleh membantu mencairkan kahak, melegakan saluran pernafasan, dan pada masa yang sama menguatkan sistem imun badan.
Jadi bagi ibu ayah yang mengalami situasi ini, anda perlu tahu pemakanan yang bagus untuk anak batuk berkahak dan elak juga makanan yang boleh menyebabkan kahak semakin banyak.
Berikut adalah beberapa pilihan makanan dan minuman yang disyorkan.
JENIS MAKANAN DAN MINUMAN YANG CAIRKAN KAHAK
Menerusi Facebook Dr Mazliana Mazlan, beliau ada berkongsikan 6 jenis makanan dan minuman yang boleh menjadi ejen pencair kahak.
“Makanan boleh jadi ejen pencair kahak tau. Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak.
“Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.
“Singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.”
“Makanan, bukan ubat.
Ads
“Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.”
1. OMEGA 3
Kandungan omega 3 dapat mengurangkan radang dalam badan anak.
2. BAWANG
Allium dalam bebawang berfungsi sebagai antiradang yang boleh mengurangkan penghasilan kahak.
3. SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau kaya dengan fiber. Ia boleh membantu mencairkan kahak.
Ads
4. AIR KELAPA
Air kelapa merupakan minuman wajib diamalkan semasa anak batuk. Ia dapat membantu kahak mencair dengan cepat.
5. CAPSICUM
Capsicum mempunyai unsur kimia capsaicin yang membantu mengurangkan kahak.
6. MAKANAN ANTIRADANG
Makanan bersup merupakan makanan utama ketika anak tidak sihat. Masukkan semua bahan antiradang ke dalam sup seperti halia, bebawang dan kunyit.
Apabila melihat najis bayi warna hijau lumut pastinya akan menyebabkan kebimbangan, betul tak ibu-ibu?
Jom kita ketahui lebih lanjut mengapa tinja bayi berwarna sedemikian, apakah puncanya dan bagaimana menangani situasi tersebut dalam perkongsian
Mengapa najis bayi warna hijau?
Sebenarnya najis hijau termasuk dalam variasi najis biasa. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), warna najis biasa adalah sebarang warna coklat, tan, kuning atau hijau.
Najis berwarna hijau merupakan perkara normal pada si manja terutamanya bayi baru lahir. Bahkan kanak-kanak yang lebih dewasa juga mungkin mengalaminya.Walaupun keadaan najis berwarna hijau itu menyebabkan kerisauan, namun dalam kebanyakan kes ia berlaku kerana sesuatu yang dimakan oleh anak, vitamin atau ubat yang diambil atau sakit perut yang mengakibatkan cirit-birit.
Memahami simptomnya
Najis hijau mungkin berlaku dengan sendiri atau disertai gejala tertentu bersama ketidakselesaan perut:
Najis yang terbentuk secara normal mungkin tampak kehijauan pada masa-masa tertentu – hijau adalah variasi warna najis normal
Ada kalanya najis kelihatan hitam, tetapi mungkin berwarna hijau gelap
Tinja hijau juga boleh disertai dengan najis cair seperti dalam kes cirit-birit
Punca najis berwarna hijau
Terdapat banyak punca najis berwarna hijau dan jarang disebabkan masalah perubatan serius.
Najis bayi warna hijau lumut
Bayi, khususnya yang baru lahir, berkemungkinan besar mengalami najis hijau ini. Berikut antara kemungkinan puncanya:
Najis pertama bayi yang baru lahir – mekonium – seperti hitam, tetapi mungkin kelihatan kehijauan
Cecair hempedu yang berlebihan
Najis bayi menyusu badan, kerana ia beralih daripada mekonium kepada susu matang
Najis hijau mungkin menunjukkan ketidakseimbangan foremilk/hindmilk pada bayi yang menyusu, yang mengakibatkan si manja mendapat bahagian foremilk (susu berair) yang lebih banyak daripada hindmilk (susu lebih pekat dan berlemak). Walaupun ini boleh menyebabkan ketidakselesaan perut, namun ia tidak menunjukkan masalah bekalan susu atau susu badan
Tinja hijau mungkin menunjukkan intoleransi terhadap makanan dalam diet ibu. Dalam kes ini, bayi mungkin kelihatan tidak selesa atau kembung perut
Najis hijau, terutamanya apabila disertai dengan jaluran darah, mungkin menunjukkan alahan kepada sesuatu dalam diet ibu yang menyusu atau susu formula
Jenama susu formula tertentu
Jangkitan virus atau bakteria boleh menyebabkan najis cair dan kehijauan
Najis bayi warna hijau berkemungkinan disebabkan anda memperkenalkan makanan pejal dalam diet, terutamanya sayuran hijau
Pada kanak-kanak
Anak yang dihantar ke taska atau pusat asuhan dan mula berinteraksi dengan kanak-kanak lain, boleh mendapat virus yang menyebabkan cirit-birit – selalunya cair dan berwarna kehijauan
Apabila anak kecil mengembangkan lelangitnya (palate), mereka mungkin mengalami sensitif makanan yang menjadikan najis kehijauan seperti bayam, sayuran hijau lain dan makanan mengandungi pewarna
Anak lebih dewasa
Seperti punca najis bayi warna hijau dan kanak-kanak, anak yang lebih dewasa juga boleh mengalami tinja hijau disebabkan:
Mengambil makanan hijau
Mengambil ubat atau vitamin
Cirit-birit atau sakit perut
Warna najis yang berbahaya!
Menurut AAP, najis berwarna hijau tidak pernah menjadi punca kebimbangan. Namun, najis hijau dan cair sering menunjukkan masalah cirit-birit yang memerlukan perhatian dan penjagaan pada kanak-kanak di semua peringkat umur.
Terdapat warna najis yang mungkin menunjukkan petanda masalah.
Jika najis anak berwarna putih, merah – khususnya merah terang – atau hitam, anda harus berjumpa pakar pediatrik segera. Ia mungkin tidak berbahaya, tetapi sebaiknya lakukan pemeriksaan.
Merawat masalah najis bayi warna hijau
Seperti dinyatakan pada awal tadi, najis kehijauan bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Tetapi tiada salahnya untuk melakukan pemeriksaan jika wujud kerisauan.
Dalam sesetengah keadaan, doktor mungkin akan melakukan pemeriksaan perubatan, bagi memastikan keadaan anak selamat.
Jika anak kelihatan sangat sakit dan najisnya berwarna hijau, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor segera! Ini kerana sebagai contoh, najis kehijauan yang disertai cirit-birit boleh menandakan penyakit virus atau bakteria.
Sekiranya anak mengalami najis hijau cair selama beberapa hari, mereka mungkin mendapat dehidrasi kesan daripada penyakit yang dialami.
Biasanya kes dehidrasi boleh dipulihkan dengan menghidrat anak. Tetapi seandainya anak tampak lesu atau sukar bangun, mereka mungkin memerlukan rawatan perubatan untuk mengatasi dehidrasi tersebut.
Perubahan pemakanan bantu atasi masalah najis bayi warna hijau
Jika anak mengalami najis hijau disebabkan sesuatu yang dimakan, vitamin atau ubat, anda tidak perlu mengeluarkannya daripada diet hanya kerana risau tinjanya berwarna sedemikian.
Namun, jika makanan, vitamin atau ubat itu menjejaskan mereka dengan cara lain, seperti menyebabkan perut berangin atau sakit, anda boleh mempertimbangkan untuk menyingkirkannya daripada diet pemakanan anak.
Sekiranya keadaan najis hijau itu disertai dengan ketidakselesaan fizikal pada anak, maka sudah tiba masanya untuk campur tangan. Contohnya:
Jika bayi menyusu badan mempunyai najis berwarna hijau dan berbuih, disertai dengan perut berangin dan terjeluak, si manja mungkin mengalami ketidakseimbangan foremilk/hindmilk atau intoleransi makanan atau alahan. Berundinglah dengan pakar untuk penyelesaian terbaik
Sekiranya susu formula menyebabkan najis bayi warna hijau lumut bersama sakit perut, rujuklah doktor untuk menukar jenama susu formula lain
Seandainya anak menghidapi penyakit atau sakit perut yang menyebabkan najis berwarna hijau, dan tidak sihat, lakukan pemeriksaan doktor untuk mengetahui rawatan bagi penyakit atau masalah perut mereka. Anak juga perlu dihidrat semula jika mengalami dehidrasi
Dalam mana-mana situasi yang tidak menyenangkan atau anak tampak sakit, segera bawa mereka untuk pemeriksaan doktor. Sentiasalah mendengar naluri keibubapaan anda apabila melibatkan keadaan kesihatan anak.
Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila anaknya selamat bergelar isteri pada pasangan pilihan hati. Apa yang lebih mengujakan lagi daripada perkara tersebut adalah bila bergelar seorang nenek buat kali pertama.
Penyanyi lagu Kad Ucapanmu, Noorshila Amin berkongsi berita gembira anaknya Nadia telah selamat melahirkan anak pertama pada Isnin yang lalu.
Berita tersebut sekaligus menukar status Noorshila kepada seorang nenek buat cucunya yang pertama di usia 56 tahun.
Meskipun kapsyen yang ditinggalkan cukup pendek, jelas keterujaan dan rasa gembira Noorshila atas kelahiran cucu perempuan pertamanya itu.
Dalam posting yang dimuat naik itu juga, Noorshila mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran tersebut.
Dalam gambar yang menutup gambar cucunya dengan emoji, Noorshila berkongsi anaknya Nadia telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 7.30 malam Isnin dengan berat 3.2kg.
“No caption. Coz m so happy..,” tulisnya ringkas bersama beberapa tanda pagar pada kapsyen gambar tersebut.
di samping itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, penyanyi era tahun 80-an ini terkenal menerusi beberapa lagunya yang menjadi siulan ramai. Antaranya Kad Ucapanmu, Aku Sudah Jatuh CInta dan juga Rambu Ramba.
Tahniah buat Noorshila Amin yang kini dah bergelar nenek. Semoga cucunya membesar dengan mendapat kasih sayang melimpah ruah daripada Uwannanny yang glamor ni.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak bergelar ibu kira-kira lima bulan lalu, Mawar Rashid sentiasa berkongsi perkembangan anak sulungnya, Raden Muhammad Rafael Raden Ahmad Faizal menerusi instagram.
Melalui perkongsian yang dibuat Mawar, rata-rata peminatnya geram melihat gelagat anak lelakinya yang mirip dengan Mawar.
Baru tahu macam nilah perasaan jadi seorang ibu. Lagi besar anak, lagi banyak keletehnya kalau boleh nak tengok je dia membesar depan mata dengan sihat.
Sumber: ig Mawar Rashid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.