Makanan jejari sering dihidangkan sebagai snek untuk si manja. Kalau selalu menggunakan ayam sebagai sumber protein, kali ini ibu ini menggunakan isi ikan pula. Amat baik kerana kaya DHA.
DHA atau docosahexaenoic acid yang banyak terkandung di dalam ikan baik untuk perkembangan otak si kecil. Walau pun penggunaan ikan dalam sajian bayi dan kanak-kanak amat baik, namun lebih elok jika bahan mentah yang diguna dipelbagaikan mengikut piramid makanan.
Puan Aza Razif telah berkongsi resepi Cutlet Fish atau Jejari Ikan yang dihasilkan untuk anak kecilnya, Aniq Al-Matiin yang kini berusia 1 tahun 5 bulan. Katanya fish cutlet ini boleh dijadikan finger food atau makanan jejari dan boleh juga dimakan dengan nasi atau bubur. Berikut ialah resipinya;
Fish Cutlet
BAHAN YANG DIPERLUKAN
-Isi Ikan (sy guna ikan merah)
-Ubi kentang
-Lobak merah
-Brokoli
-Bawang merah
-Serbuk bilis
-Serbuk kari
-Telur
-Tepung gandum unbleached
-Tepung jagung
-Garlic powder
-Serbuk kunyit
LANGKAH PENYEDIAAN
TIP DARI PUAN AZA RAZIF
-Isi ikan boleh digantikan dengan apa-apa sahaja yang sesuai. Boleh digantikan dengan ayam/ daging / udang.
-Ibu-ibu boleh adjust guna barang-barang yang ada di rumah / boleh alter letak apa-apa bahan lain lagi.
-Boleh buat banyak-banyak & disejuk beku (frozen).
Sumber: Puan Aza Razif
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.