Kesihatan

Makanan Proses Buat Anak Tak Suka Nasi. Doktor Pesan Elak Makanan Berperisa

Share

Masalah kanak-kanak susah makan nasi adalah perkara normal yang sering berlaku hari ini. Ramai ibu bapa risau apabila si kecil semakin pandai menolak hidangan nasi.

Sehari dua mungkin boleh tahan lagi dengan perangai anak yang tidak mahu makan nasi tetapi jika sudah masuk seminggu menolak nasi dan hanya makan makanan rapu atau minum susu sahaja, ibu ayah kena serius membuat sesuatu.

Jangan biarkan selera makan nasi si kecil terus hilang dan hanya beranggapan ia akan kembali semula seiring peningkatan usianya.

Ada juga sesetengah ibu bapa mengambil tindakan menggantikan pengambilan nasi dengan roti, biskut atau susu asalkan anak kenyang.

Photo by Shohei Ohara: https://www.pexels.com

Berhentilah melakukan tindakan tersebut kerana anda hanya akan menyebabkan anak kekurangan nutrisi untuk tumbesaran.

Masih belum terlambat untuk ibu bapa bertindak mengubah tabiat tersebut dengan mengikut nasihat dikongsi oleh Dr Mazliana Mazlan ini.

Berhenti Sekejap Makanan Ini!

Elak kejap 3 makanan ni kalau anak susah sangat nak makan nasi.

1. Susu formula (anak lebih 2 tahun)
2. Roti
3. Biskut
3 makanan ni, buatkan anak cepat kenyang sebenarnya.

Elakkan susu berperisa, roti berperisa, biskut berperisa.
Perisa yang sangat tinggi dengan gula, hanya buatkan anak-anak kita kenyang dengan gula. 

Kadang kita tak perasan, anak tak nak makan nasi. Rupanya baru kejap tadi dia minum susu. Patutlah bersungguh betul anak taknak makan nasi kan.

Lepas tu, anak nampak pulak roti dan biskut, makan lagi cicah air coklat. Waktu makan malam, tak nak nasi jugak. Kita pun sampai dah buntu taktahu nak buat apa.

Anak bukan taknak makan nasi tau sebenarnya, tapi sebab diorang dah kenyang, tengok nasi pun dah tak mampu nak makan.

Periksa Dapur Anda

3 makanan ni, susu, roti dan biskut, takkan boleh jadi pengganti nasi sampai bila-bila. Takkan sama dengan nutrisi makanan sebenar.

Anak kena belajar makan nasi, lauk dan sayur, sebagai keperluan nutrisi yang pelbagai untuk tubuh badan mereka.

Anak perlu sihat dengan makan real food kan.

Ramai tau yang PM tanya pasal anak tak

nak nasi, anak picky eater, suka sangat susu, roti dan biskut. Moga dimudahkan urusan semua yang bertanya.

Kita cuba sama-sama check barang makanan di dapur k.

Kalau masih ada 3 makanan ini, dan anak pun memang setiap hari makan, kita cuba stop dari beli. Biar anak tak nampak, biar anak tak makan. Nanti dia lapar, bila kita bagi nasi, laju je macam dia makan coklat gitu.

Nak tackle masalah picky eater, banyak cabang kita perlu beri perhatian. Yang paling mudah, 3 makanan ni kalau dah memang favourite anak, kita cuba stop kejap. 2 minggu pun dah boleh nampak hasilnya, insyaAllah.

Untuk susu formula, anak lepas 2 tahun dah tak perlu sebenarnya. Kita cuba kurangkan sebanyak mungkin dari anak k.

Kita buat sama-sama ya.

Sumber: Mazliana Mazlan

Dengan bayaran RM20, pembukaan akaun Simpan SSPN akan dibuat secara automatik. Lebih menarik, untuk peserta-peserta terawal yang mendaftar akan menerima hadiah istimewa dari Pa&Ma. Jangan tunggu lagi, ayuh daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini

Published by
Hasnita Sawal