Makanan Proses Tinggi Omega 6, Nak ‘Balance’ Kena Beri Anak Makanan Tinggi Omega 3 & 9. Baru Kurang Radang Dalam Badan

Share

Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega memang digalakkan pada kanak-kanak untuk tumbesaran mereka yang lebih baik. Ada 2 jenis minyak yang tinggi Omega boleh ibu ayah gunakan untuk kurangkan radang dalam badan.

Malah pengambilan dua minyak ini juga dapat membantu anak-anak yang mempunyai masalah seperti ADHD, Autisme, dan lain-lain. ikuti penjelasan daripada Dr Mazliana Mazlan.

2 Jenis Minyak Tinggi Kandungan Omega

Dua jenis minyak yang anak-anak boleh makan untuk kurangkan radang dalam badan.

Minyak zaitun tinggi omega 9.

Minyak ikan tinggi omega 3.

Pemakanan anak-anak kita harini, tinggi dengan kandungan OMEGA 6 yang mana ianya adalah sumber radang pada badan anak.

Omega 6 dari mana? Dari baaaaaaanyak makanan proses yang anak kita makan. Bukan senang kan nak elak.

Kandungan omega 3, 6 dan 9 ni perlu seimbang, supaya kesihatan anak pada tahap yang optimum.

Minyak ikan omega 3 jugak, bagus sangat untuk otak anak. Bagi anak makan 1 sudu kecil waktu pagi sebelum anak pergi sekolah. Kalau makan malam, tak tidur anak korang nanti sebab sel otak makin aktif.

Minyak zaitun, tak kisah makan waktu bila pun. Sekali sehari pun dah cukup. Pun 1 sudu kecil jugak sehari.

Korang boleh bagi anak makan minyak ni, seawal usia anak kenal makanan. Minyak zaitun extra virgin olive oil tu nak masukkan dalam makanan anak pun boleh.

Ratio EPA dan DHA yang baik untuk anak-anak. Minyak ni dari ikan kecil, bilis dan sardin. Bila dah buka, simpan dalam peti. Rasa lemon asli, tapi ada sedikit bau ikan

Dua jenis minyak ni, bukan untuk anak je. Untuk kita yang dewasa ni pun boleh makan sekali. Sebab badan kita sebenarnya lagi banyak radang dari anak kan. Ambil 1 sudu besar sekali sehari pun ok.

Minyak dari tanah palestin, tanaman tak ada racun serangga dan chemical.

Satu lagi, saya selalu sarankan, untuk pesakit cilik saya, yang ada masalah lambat bercakap, Autism, ADHD dan masalah lain yang sewaktu dengannya.

Korang yang diuji dengan anak yang ada masalah macam ni jugak, boleh cari maklumat berkenaan Nemechek Protokol. Ada diterangkan cara nak gunakan dua minyak ni untuk anak. Ramai yang yang serasi dan nampak perubahan positif pada anak. Mana tahu, serasi dengan anak korang jugak.

Omega 6 dan Omega 3 yang tak seimbang dalam pemakanan moden zaman sekarang.
Dalam Nemechek protocol, semuanya untuk kurangkan radang.
80 peratus dari 407 anak-anak, dapat kesan yang positif lepas 21 bulan ikut Nemechek Protocol.
Buku pun ada, korang boleh cari k. Di FB pun ada group perkongsian yang korang boleh join jugak.

Dua minyak ni, minyak yang terpilih dari pelbagai brand minyak ikan dan minyak zaitun yang ada. Saya guna dua jenis minyak ni, dah lebih 4 tahun, alhamdulillah.

Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Follow saya di sini jugak

instagram.com/mazliana.mazlan

t.me/sembangsihat

sumber: Mazliana Mazlan

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SAHR