Pemakanan yang berkhasiat amat penting untuk memastikan kandungan ibu hamil sihat. Semasa mengandung, bukan sahaja jumlah pemakanan anda perlu ditingkatkan, tetapi apa yang anda makan.
Secara umumnya, wanita hamil memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari amat penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Sumber foto: www.freepik.com
Ini kerana apa yang ibu makanan turut sama dikongsi oleh bayi yang dikandung. Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda.
Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi. Malah jika berlakunya peningkatan berat badan dan tidak dikawal, ibu juga akan menghadapi pelbagai masalah lain seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.
Sehubungan itu, doktor akan menasihatkan ibu-ibu supaya mengambil makanan dalam jumlah atau kuantiti yang sedikit tetapi tingkatkan kadar kekerapan pemakanan.
Apa yang pasti, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi yang pada asasnya anda perlu mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan.
Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat. Biar sedikit tetapi kerap.
7 panduan mengenai nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil
Ads
1.Vitamin B kompleks – menjaga sistem otot, saraf dan jantung, supaya berfungsi dengan normal. Sumber makanan: Birijin, kekacang, sayur hijau, produk tenusu (susu) dan telur.
2.Vitamin D – untuk pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi. Sumber makanan: Minyak hati ikan, susu dan kuning telur.
Sumber foto: www.freepik.com
3.Vitamin E – bagi pembentukan sel-sel darah merah yang sihat. Sumber makanan: Gandum, kekacang, minyak sayur dan sayur hijau.
4.Protein – sumber zat pertumbuhan sel. Sumber makanan: Daging, kekacang, ikan dan telur.
Ads
5.Asid folik– Untuk perkembangan sistem saraf, dan sel darah. Keperluan asid folik semasa tempoh kehamilan adalah 800 mcg sehari terutamanya pada 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangan nutrien ini boleh membawa kepada gangguan pembentukan otak yang boleh menyebabkan kecacatan pada susunan saraf atau pun otak bayi. Sumber makanan: Bayam, brokoli, pisang dan tomato.
6.Zat besi – mengelakkan berlakunya anemia di kalangan ibu mengandung. Sumber makanan: Bayam, kangkung, daging dan hati.
7.Kalsium – bagi proses pembentukan tulang, dan gigi bayi serta menghalang ibu dari mengalami osteoporosis. Sumber makanan: Sayur hijau, kekacang, susu dan produk tenusu.
Ketika seseorang wanita sedang hamil, dia perlu sentiasa berada dalam keadaan positif dan menggembirakan. Sebaiknya elakkan rasa tertekan atau sedih semasa dalam tempoh kehamilan. Selain menggangu tahap kesihatan si ibu, emosi semasa hamil boleh mempengaruhi anak dalam kandungan.
Ibu hamil perlu ada dalam persekitaran yang membahagiakan serta sentiasa disayangi untuk memastikan emosinya stabil dan sentiasa ceria.
Kalau tak mahu bayi anda nanti kuat meragam, sentiasa gembira dan ceriakan diri anda sepanjang mengandung. Sebenarnya memang ada fakta mengatakan ibu yang gembira dan selalu ketawa semasa mengandung akan melahirkan bayi yang juga ceria dan gembira! Berikut beberapa fakta benar tentang pentingnya ibu hamil untuk sentiasa gembira dan ceria.
# Paras hormon kortisol yang tinggi (hormon stres yang bertanggungjawab untuk tindak balas dalam badan) ketika mengandung ada kaitan dengan bayi yang kuat menangis dan kurang tidur selepas dilahirkan.
# Stres kronik ketika hamil juga ada kaitan dengan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah. Kepada ibu hamil, sila beri perhatian kepada emosi diri sendiri. Begitu juga dengan orang yang paling rapat iaitu suami.
# Satu kajian yang dilakukan oleh Pennsyvlania State College of Medicine mendapati ibu yang bahagia dan mendapatkan banyak sokongan dari orang terdekat akan menurunkan risiko kolik berlaku pada bayi baru lahirnya.
# Emosi positif ibu mempengaruhi keadaan bayi yang dilahirkan. Emosi positif boleh berlaku sekiranya ibu banyak tersenyum dan ketawa. Jadi ibu mesti selalu berdamping dengan orang-orang yang positif dan ceria serta boleh membuatkan ibu merasa bahagia dan gembira sentiasa.
Kajian menunjukkan ibu yang merasa bahagia setelah melahirkan bayi mempunyai bayi yang menangis kurang dari tiga jam dalam sehari.
Bagi menyokong isteri yang sedang hamil, para suami boleh menunjukkan rasa sayang kepadanya. Tunjukkan yang anda peka dengan perasaan dan keperluannya. Emosi yang terkawal akan menggalakkan pertumbuhan bayi dalam kandungan lebih sihat.
Tya Arifin mengakui sekarang merupakan masa yang tepat untuk dirinya hamil anak kedua.
Menurut menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia dan suami, Asyraf Khalid sudah bersedia dan tidak merancang tunggu lama-lama menimang cahaya mata seterusnya.
“Alhamdulillah ini merupakan rezeki bagi kami untuk mendapatkan anak kedua.
“Kami memang tidak bercadang untuk tunggu lama-lama untuk anak seterusnya kerana sekarang merupakan masa yang tepat untuk Arif dapat adik.
“Insya-ALLAH bila lahir anak kedua ini nanti Arif sudah berusia dua tahun lebih.
“Saya juga tidak mengalami sebarang alahan yang teruk kali ini berbanding ketika mengandungkan Arif dulu,” katanya kepada Gempak.
Sebelum ini Tya berkongsi berita gembira ini dengan mengumumkan di Instagram yang dirinya sedang hamil empat bulan dan Arif akan menjadi abang.
Berita gembira ini telah mendapat ucapan tahniah dari semua peminatnya dan Tya turut mengharapkan doa dari orang ramai agar dia dan kandungannya sentiasa sihat.
Sumber: ig Tya Arifin & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang orang mengandung ni mengidam macam-macam. Bukan saja makanan, ada juga yang teringin nak buat perkara pelik. Sesetengah perkara tersebut mungkin kedengaran agak sukar untuk dibuat namun selagi tak memudaratkan atau bertentangan dengan syarak, suami pasti akan cuba untuk memenuhinya.
Seorang wanita hamil berkongsi kisahnya di akaun TikTok wanyanjee yang mengidam untuk memegang seekor memerang. Kebetulan dia dan suami berjalan-jalan di zoo, pekerja di sana memberi peluang untuk dirinya memegang haiwan comel tersebut.
Demi memenuhi permintaan si isteri, suaminya meminta kebenaran dari pekerja zoo. Memahami situasi wanita hamil yang mengidam, pekerja zoo tersebut menangkap salah seekor memerang untuk diberikan kepadanya.
Sekarang ni harga emas makin naik, ramai yang berkira-kira nak beli. Tapi lain pula cerita dengan pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime, memang selalu mencuri...