Anak yang kerap demam dan tidak sihat selalu membuatkan kita resah dan bimbang. Salah satu cara yang kita perlu perbetulkan adalah mengawal pemakanan anak.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, makanan tinggi proses paling penting dielakkan. Sebolehnya kurangkan! Cara ini buat anak makin sihat dan imun pun makin tinggi.
Antara cara express untuk jaga kesihatan keluarga adalah dengan usaha tekan dan tahan nafsu makan.
Ibu ayah, dengan berpuasa dan pantang makanan tinggi proses ada anak-anak, banyak kebaikannya.
Antara lima kebaikan kita akan nampak sedikit demi sedikit bila usaha pantang makan minum tinggi proses untuk anak.
Ads
1. Anak jarang tak sihat dan imun makin kuat, bila kita jadikan makanan halal dan tayyib (baik) sebagai makanan harian.
Makanan tinggi proses banyaknya adalah makanan tinggi radang. Masuk dalam tubuh anak, antara faktor terbesar anak kerap tak sihat dan lambat semnuh.
2. Kualiti tidur malam makin baik, mudah nak tidur awal, tak senang mengantuk waktu belajar di sekolah. Makanan berkualiti bantu nyenyakkan tidur anak.
3. Fokus anak makin tajam, ingatan makin kuat bila kita kurangkan makanan tinggi proses. Makanan macam ni sedikit demi sedikit melemahkan otak anak.
Ads
4. Anak makin mudah dilentur, kurang tantrum, kerana tak ada makanan syubhah yang masuk ke usus menjadi darah daging. Anak akan makin mendengar kata.
5. Anak-anak tak malas nak belajar tentang ibadah. Makin rajin solat tanpa disuruh, makin suka baca Quran, makin kerap dengar zikir dan selawat. Semuanya akan lebih mudah bila masuk makanan yang halal, suci dan bersih ke perut anak.
Kita cuba usaha sama-sama ya. Didik anak ni tak mudah. Sangatlah susah. Banyak ujian, sana dan sini.
Ads
Dan paling utama, mulakan dengan diri kita dulu, banyakkan berpuasa, dan kurangkan makanan tinggi proses. Kita sendiri pelik nanti, lama-lama anak akan mengikut.
“Lemah longlai” begitulah situasi yang dihadapi keluarga ini apabila makan cendawan yang tumbuh liar di tepi rumah.
Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai mas.ita, dia pada awalnya menyangka cendawan tersebut selamat di makan dan mengambil keputusan untuk memetik dan memasak cedawan tersebut.
Video yang dikongsi olehnya tular dan meraih perthatian ramai. Tambahnya lagi, dia berkongsi kisah ini agar menjadi pengajaran buat yang tidak mengetahui tentang cendawan beracun.
“Semoga memberi pengajaran buat kita semua, agar kita dapat kenal pasti cendawan yang boleh makan dan tidak boleh makan, sangat bahaya muntah sampai nak pengsan, lemah longlai, suami teruk sikit sebab makan banyak, anak disuap sedikit dan saya makan sikit”
“Saya saja nak buat content masak-masak. Apabila di teliti pada cendawan tu macam cendawan busut tapi bukan.
“Kemudian saya tengok cendawan tu macam pau, lembut sangat..tapi bahagian bawah cendawan ni bewarna hijau pucat dan ada (bentuk) cincin dekat bawah.
“Saya pun ragu-ragu boleh makan ke cendawan ni tapi teruskan juga memasak sebab dah lama tak makan cendawan.”
“Lepas tu tunggu apa lagi kan, saya pun rasa. Memang okay dan sedap macam cendawan busut.”
“Selepas makan tengah hari tu, kami sakit. Tak sempat saya nak cari di google, rupanya memang betul sah cendawan tu tak boleh makan.. beracun!
“Suami terus saya buang cendawan tu sebelum anak-anak kami yang lain makan. Saya panik, suami saya dah lemah longlai tak boleh nak pandu kereta jadi saya telefon 999.
Mas dan anak turut mengalami sakit akibat termakan cendawan tersebut walapun dalam kuantiti sedikit.
Rata-rata warga maya berkongsi pendapat serta nasihat buat semua.
Bila dah masuk enam bulan mama memang dah teruja nak bagi anak-anak makan. Dari awal memang dah usha apa menu yang sesuai untuk diberi kepada anak-anak. Yang penting ia berkhasiat dan baik untuk tumbesaran mereka.
Bila anak dah boleh makan, itulah masanya untuk ibu-ibu terokai pelbagai makanan untuk diberikan kepada si kecil yang baru belajar makan. Dalam satu perkongsian oleh pakar pemakanan Fizah Sobri menerangkan bila masanya yang sesuai untuk ubah tekstur makanan anak supaya risiko tersedak atau tercekik dapat dikurangkan.
JANGAN TUNGGU GIGI TUMBUH BARU NAK UBAH TEKSTUR MAKANAN.
Kes cekik, kes tersedak ada terjadi dan ini akan menjadi sumber ketakutan dan kerisauan kepada mommies dan daddies untuk ubah tekstur makanan anak terutamanya yang antara 6-12bulan.
Tapi jangan tunggu ada gigi baru nak ubah tekstur.
Sebab 1. Kadar pertumbuhan gigi adalah berbeza dengan setiap anak. Ada anak yang cepat dan ada anak yang lambat. Ada kes tumbuh gigi 4 bulan ada yang tumbuh gigi usia 1 tahun, takkan nak bagi makan bertekstur waktu macam tu? 2. Gusi baby memang dah kuat..hanya ibu kut yang merasa sebab kalau anak gigit waktu breastfeeding..adoiii menangis.. Gusi mereka kuat nak kunyah makanan..tapi bukan maksud makanan macam kita..tapi makanan yang bertekstur. 3. Baby perlu berkembang dan stimulasi seiiring dengan umur mereka ye Kenapa kena tukar tekstur?
Kenapa tak boleh dari puri terus ke makanan macam dewasa?
Apa kaitan tekstur dengan skill anak untuk bercakap?
Perkembangan skill baby adalah paling cepat antara 0-2 tahun Kita sebagai ibu bapa perlu membantu skill tersebut untuk berkembang Makanan akan melatih anak anda menggunakan lidah
6-7 BULAN PURI, CAIR, KISAR HALUS
– baby belajar merasa makanan dan telan – sesuai ketika memperkenalkan makanan/sesuatu yang baru kepada baby 6 bulan – transition dari susu ke makanan pelengkap – jangan risau kalau baby taknak makan banyak untuk umur 6-7 bulan 1-2 sudu besar pun dah cukup – tujuan sekarang memberi rasa makan bukan untuk mengenyangkan dan memperkenalkan makanan selain susu
7-8 BULAN : LENYEK, KISAR KASAR
– bayi perlu kuat kan lidah dan keluarkan air liur yang lebih banyak untuk menelan makanan tersebut – lidah dah mula sensori rasa, itu sebab pada fasa ini baby banyak kutip benda dan letap dalam mulut sebab macam tu baby ‘rasa’ – sensori di lidah jauh lebih banyak dari tangan – transition dari makanan puri/cair/kisar kepada lenyek sekejap je bila bayi antara 7-8bulan – kuantiti makan dah semakin banyak untuk penuhi keperluan baby iaitu antara 2-3 sudu besar sekali makan
8-10 BULAN : CINCANG KASAR
– kuatkan lidah baby untuk men’golek’ makanan dari kiri ke kanan dan seterusnya dari depan ke belakang untuk menelan – melatih guna gigi dan gusi yang kuat untuk mengunyah – makanan ada tekstur yang kasar tapi tak terlalu kasar agar baby dapar cabaran untuk mengunyah ketika makan – kuantiti 3-5 sudu besar sekali makan – dah campur carbohydrate + protein + fiber dalam setiap hidangan
10 -12 BULAN : POTONGAN KECIL/KIUB LEMBUT – bukan sahaja fokus untuk menguatkan lidah tetapi juga fine motor skill bila anak boleh kutip dan letak dalam mulut – anak akan mula bercakap sikit (buat bunyi baby) tak lama lagi – kuantiti 5 – 7 sudu besar – memberi ‘fun’ dan keseronokan waktu makan kepada baby, sambil makan sambil bereksperimen
12 BULAN KE ATAS – Sama seperti makanan dewasa – anak dah advanced,siap boleh duduk di meja makan dan suap sendiri – jika beri lain dari menu, baby boleh soal kenapa makanan dia lain dari orang lain dan akan meminta juga makanan dari pinggan kita – sebolehnya teruskan no salt sugar sehingga 2 tahun. Ubahla tekstur makanan anak secara perlahan juga bukan secara mendadak Apa apa yang baru kita perkenalkan secara berperingkat untuk elak masalah seperti sembelit berlaku. Contoh 3x makan puri semasa nak introduce tekstur baru Hari pertama bagi 1x makan lenyek 2x puri Keesokan hari 2x lenyek dan 1x puri Seterusnya 3x lenyek
Jangan risau rumah bersepah atau lantai makan lagi banyak dari anak..tu senang je nak kemas tapi nak bagi anak enjoy makan tu lagi susah😉
Anak liat nak makan, mama dah masak macam-macam pun tetap anak tak nak makan. Kadang-kadang timbul rasa stress sebab mama dah usaha untuk bangkitkan selera makan anak tapi tetap tak menjadi. Sedih bila sedikit pun anak tak nak jamah.
Situasi ini boleh dikatakan hampir separuh ibu-ibu yang mengalaminya. Puan Nur Fazeela Ishak berkongsi petua semulajadi untuk meningkatkan selera makan anak. Selamat mencuba mama!
Aduhai, liatnya nak suruh anak makan. Habis semua diluek kan. Kita pun naik ‘tension’. Setiap kali disuruh makan macam nak berperang! Bukan yang baby saja, anak yang dah besar pun sama juga. Baru makan sikit dah buat muka lemah nak muntah la sakit perutla. Macam-macam alasan bagi asik nak mengelak je..Penat mak-mak ni kerah otak nak masak menu istimewa buat anak-anak sudahnya yang dijamahnya alahai tak sampai 3suap pun…”
Mak-mak mesti risau kalau anak kurang makankan. Dah macam-macam resipi dicuba. Malah, pelbagai hiasan pun dah dihias pada makanan. Yela ingatkan dah buat cantik-cantik anak akan tertarik nak cuba makan. Tapi…… Langsung tak jalan!
KENAPA ANAK KURANG MAKAN?
Tahu tak salah satu penyebab anak kurang makan adalah sistem penghadaman yang kurang efektif. Sebab itulah, biasanya seorang yang kurang atau tidak makan sayur-sayuran dan sering sembelit sering dikaitkan dengan kurang selera makan. Anak-anak biasanya begitu, bukan?
Menurut sebuah akhbar tempatan, perubatan Tradisional Cina pula mempercayai gangguan fungsi hati boleh menyebabkan gangguan selera dan pencernaan. Mereka yang kerap mengalami sembelit sebenarnya dipercayai mengalami gangguan fungsi hati, iaitu organ utama yang membantu tubuh mendetoksifikasi.
Bagi membantu mak-mak yang tension ni zie nak share 7 Petua Bahan Semulajadi yang boleh menambah selera makan anak
1. ANGGUR
Anggur adalah antara buah-buahan yang memiliki zat asidik yang membantu tubuh badan mencernakan makanan dengan baik, ia dikatakan dapat meningkatkan rasa lapar dan sekaligus menaikkan selera makan. Dapatkan anggur daripada pelbagai warna dan saiz supaya anak lebih berminat untuk mencubanya.
2. EPAL
Seperti anggur, epal juga mempunyai kandungan zat yang hampir sama dalam membantu fungsi penghadaman agar lebih efektif. Caranya dengan mengisar epal dan jadikannya sebagai jus atau ‘smoothie‘ jika anak lebih suka memakan makanan jenis pencuci mulut. Kadang-kadang anak yang tak suka makan ni boleh dipujuk dengan minuman, betul tak?
3. TOMATO
Sesetengah sayuran seperti tomato mempunyai kuasa untuk mengembalikan selera makan. Tambahkan tomato segar dalam makanan yang mungkin diminati oleh anak-anak seperti pizza, spageti, atau apa-apa kuah yang boleh dinikmati bersama nasi. Kalau anak-anak suka memakannya begitu saja, tentulah lebih baik!
4. ‘BANANA MILKSHAKE’
Gabungan pisang dan susu ini amat berkesan untuk memacu selera makan anak. Ia mengandungi enzim-enzim perncernaan yang menjadikan tubuh lebih efektif untuk memproses makanan. Jadi, badan akan bersedia untuk menerima lebih lagi makanan selepas mengambilnya. Untuk hasil yang lebih berkesan, gunakan susu badam dan tambahkan sedikit halia, madu, dan jus lemon ke dalam susu kemudian kacau then bolehla beri anak minum. Wahh, memang menarik minat anak-anak, gabungan semua bahan-bahan ‘super food’ dalam satu gelas!
5. SNEK MAKANAN KERING
Seelok-eloknya, perkenalkan snek berkhasiat yang boleh diambil di antara waktu makan. Buah-buahan kering tanpa gula atau garam berlebihan seperti kismis, kurma, buah tin, kacang badam, walnut dan kacang cerdik ‘pistachio’, adalah antara snek yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Selain itu, pengambilannya secara kerap turut mampu menambah selera anak yang kurang makan.
6. HALIA
Halia mengandungi sejenis cecair yang mampu mempertingkatkan fungsi penghadaman. Ia juga membantu membuang gas dalam badan yang dihasilkan semasa proses penghadaman. Oleh kerana rasanya yang agak pahit dan pedas, cara paling mudah untuk diberikan kepada anak ialah dengan memasukkan hirisan kecil dalam masakan. Dalam kuantiti yang sedikit, ia mampu menaikkan rasa dan menjadikan makanan seperti sup dan bubur ayam yang lebih beraroma.ermm semestinya dapat membangkitkan selera anak-anak.
7. LADA HITAM
Taburkan sedikit lada hitam dalam pelbagai makanan, contohnya ‘garlic bread’.Lada hitam dapat membantu usus untuk membuang ‘angin’ yang menjadi penyebab anak kurang makan.Sesuai juga dimasukkan dalam sup selain boleh digunakan sebagai perasa untuk memanggang atau menggoreng.
Anak kurang makan tidak bermaksud anak tidak normal. Mungkin tubuh badannya sudah memenuhi keperluannya atau mungkin juga anak anda baru ber’cerai susu’ dan dalam proses mengenali makanan tersebut. Memang sukar berhadapan dengan anak sebegini. Jadi, layankan dahulu karenah anak sementara mereka belajar menyukai makanan
Yang penting mak-mak JANGAN MENGALAH. Cuba dengan KONSISTEN pasti akan nampak hasilnya. SELAMAT MENCUBA!!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.