Ingat kehadiran isteri adalah lorong rezeki buat suami. Setiap kali suami membuat isteri menangis dan terluka, tentu sahaja rezeki itu akan mula ‘jauh’. Ramai yang tak menyedari dengan menganggap isteri itu hanya sekadar peneman hidup.
Ramai yang ambil mudah hal ini dan bersikap acuh tak acuh. Fahamilah kehadiran isteri ini sebenarnya mulia di mata Allah.
ARTIKEL MENARIK [Isteri Kurang Me Time, Mudah Stres! Seminggu Suami Bagilah Isteri Betul-Betul Rehat]
MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini. Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada Allah. Mengadu dengan penuh linangan air mata, dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“Ya Allah ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. Ya Allah ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik,yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh,bertanggungjawab,penyayang,suami yang prihatin,suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak”
Isteri antara syurga atau neraka buat suami.
Sumber: Muhammad Hassan @ EncikMatt
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.