Ibu bapa yang diuji dengan anak istimewa sememangnya mempunyai semangat juang yang tinggi. Kesabaran mereka juga tiada batasnya demi membesarkan anak-anak syurga mereka. Namun ada masanya kekuatan semangat ini luntur dek cacian orang terhadap mereka.
Bahkan mereka dituduh pula tidak pandai mendidik anak. Begitulah dengan kisah yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, SharkyLemon JavaLava apabila dia sendiri melihat situasi di mana seorang ibu dikutuk kerana membawa anak istimewanya keluar berjalan.
Just nak share satu peristiwa..
Ibu yang ada anak istimewa kena herdik dengan makcik bawang baru keluar kampung…
Kisahnya macam ni…, Saya dan family dalam perjalanan pulang ke KL dari kampung. Berhenti di satu R&R di satu negeri ni..
Saya dengan anak lelaki umur 4tahun masuk ke tandas..Masa masuk tu dah bunyi bising suara budak lelaki duk mengamuk nangis…lepas siapkan anak saya, nak keluar…dengar lagi budak tu mengamuk dalam tandas… Then, dengar sorang makcik ni cakap..
“Dah tahu anak cacat bawak ke sini jugak… Buat malu..Menyusahkan orang…kenapa tak buang je dari dalam perut..” -makcik tu guna dialek daerah…
Saya terdiam…Rasa nak tonyoh² mulut makcik kampung tu ngan sneakers ni haaa…Saya tunggu ibu ngan anak yang duk tantrum tu keluar…Nak tengok, betul ke budak tu istimewa..
Dalam 15minit tunggu, keluar la budak tu dengan ibunya… Makcik tadi sambil duk tunggu turn nak masuk tandas duk menjebik mulut buat muka sambil pandang kat dua beranak tu…
Saya ni jenis Iman tipis sikit bab² menghina anak orang ni…Terus saya cuit makcik tu..
“Kenapa makcik,?? Ada masalah ke dengan dieorang?”
“Takder laaa..dah tau anak macam tu..kurung je la dalam umah..buat malu je bila dah mengamuk kat tempat ramai orang..jenis mak bapak tahu buat anak macam tu la…”
Saya pandang muka ibu tu.. Seriously saya yakin ibu tu dengar..
“Makcik ada anak berapa orang?”
“Takder rezeki lagi orang kata..jenuh cara macam² buat.. tak lekat jugak…sekarang dah berumur ni malas dah la pikir pasal anak..ada la tu rezeki lain datang…”
“Ooo…takpe makcik..ada sebab Allah tak tiupkan roh ke rahim makcik, sebab makcik mulut jahat..tahu jimak jee…kot pregnant dapat tahu dari dalam perut lagi dapat anak istimewa bila scan, terus makcik buang dalam longkang ke jamban ke…ye la kan…takkan nak jaga anak macam tu kan..mana nak letak muka kan.. kesian makcik…dah la tua..busuk hati mulut jahat… nanti saya mintak air jampi kat mana² bagi makcik minum.. buang keladak dalam jiwa tu..mana tahu kot hati dah bersih makcik pun dapat anak…kan…kita tak tahu kan…”
“Menatey tino kure ajar nih…mung tahu aku sapo ehh budok???” – binatang perempuan kurang ajar nih..kau tahu aku siapa??
“Tahu…makcik bawang..Saya pergi dulu ya..”
Dia duk maki² saya dalam dialek dia..
Saya pergi kat ibu tu..
“Akak sabar ye…ni syurga akak…abaikan mulut makcik puaka macam tu..”
Akak tu senyum dan cakap dia dah biasa.. lagipun makcik tu bukan orang lain… Mak sedara dia jugak…
Ya Allah….Kalau saya tahu tu mak sedara akak tu lagi teruk saya bantai dengan mulut puaka saya ni haaaa…. mengata sedara sendiri…
Tolonglah…Tak kira siapa pun anda janganlah mulut tu ringan berkata² jahat kat anak² istimewa.. tak takut kifarah ke???? Tak faham dengan sesetengah mentality manusia macam tu..macam takder rasa sympathy empathy langsung….
Semoga urusan ibu ayah yang ada anak² istimewa ni dipermudahkan…
Pasangan yang dikurniakan anak istimewa ini memerlukan kata-kata positif dari orang ramai. Anak-anak istimewa harus diberi layanan yang sama seperti anak normal. Semoga lebih ramai masyarakat kita yang prihatin terhadap kepayahan ibu bapa ini dan memberi mereka sokongan sepenuhnya.
Sumber: SharkyLemon JavaLava