Anak-anak yang masih kecil bila nak dapat adik baru memang perangai ‘clingy’ lain macam. Seperti yang dikongsikan pelakon dan usahawan, Mawar Rashid tentang anak pertamanya Raden Muhammad Rafael di Instagram miliknya.
Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shahputri Wan Rashid memuat naik sekeping gambar bersama putera sulungnya yang kini semakin manja dengan mommynya.
Menurut Mawar dia dia berasa agak bimbang tidak dapat menggalas tanggungjawab sebagai ibu dengan sempurna selepas melahirkan anak keduanya nanti yang dijangka pada Januari depan.
Mawar dalam kapsyennya menyatakan Rafael kini semakin manja. Mawar juga bertanyakan kepada pengikutnya sama ada mempunyai pengalaman yang sama dengannya sekarang.
“Rafael ni.. makin adik dia dah nk kluar dari perut mommy, makin dia manje ngan mommy.. sampai nangis tak berhenti, nak mommy die angkat jugak.
.
“You all ade pengalaman macam ni? Macam mana bila dah ada baby baru, and time tu dua-dua anak nangis.. how to handle ya.. share please mommies,” tulisnya.
Posting Mawar mendapat respon dari pengikutnya dan ramai yang berkongsi pengalaman sama seperti Mawar.
Ads
Terdahulu Mawar dan suami, Raff Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata yang kini berusia hampir dua tahun.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah kerap kencing malam bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh. Ia merupakan sesuatu yang mengganggu, apatah lagi jika setiap malam seseorang itu harus ke tandas lebih dari dua kali. Jika seseorang wanita itu hamil, ia normal.
Melalui perkongsiannya di Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu bahawa individu yang sihat dan normal menghasilkan air kencing sebanyak satu hingga dua liter sehari.
Sumber foto: www.freepik.com
KERAP KENCING MALAM
Kerap kencing malam adalah gejala yang mengganggu apabila seseorang itu dikatakan mengalami kencing yang kerap apabila perlu membuang air kencing lebih daripada 6 kali sehari dan perlu bangun daripada tidur melebihi 2 kali semalam untuk ke tandas. Ia berlaku apabila tubuh menghasilkan kuantiti air kencing lebih daripada biasa.
Individu yang sihat dan normal akan menghasilkan air kencing sebanyak satu hingga dua liter sehari. Namun, seseorang yang mengalami keadaan kencing yang kerap pula, buah pinggang menghasilkan air kencing melebihi 3 liter sehari.
Minum air terlalu banyak daripada keperluan tubuh badan boleh menyebabkan penghasilan air kencing yang lebih banyak daripada biasa.
2. Kencing manis (diabetes)
Kencing yang kerap di dalam kuantiti yang besar pada kebiasaannya merupakan gejala awal bagi kedua-dua penyakit diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2 kerana tubuh sedang berusaha untuk membuang glukosa yang berlebihan melalui air kencing.
3. Kehamilan
Saiz perut yang semakin membesar sejak proses kehamilan bermula akan memberikan tekanan kepada pundi kencing. Tekanan yang meningkat ini akan menyebabkan seseorang itu mengeluarkan air kencing lebih kerap daripada biasa.
4. Penggunaan ubat diuretik
Ubat diuretik merupakan salah satu ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Ia akan menggalakkan pengeluaran cecair daripada tubuh badan dan menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil.
5. Strok atau penyakit saraf
Kerosakan kepada saraf yang membekalkan pundi kencing boleh menyebabkan masalah kepada pundi kencing termasuklah peningkatan kekerapan untuk membuang air kencing. Keadaan ini digelar ‘neurogenik bladder’.
Sumber foto: www.freepik.com
6. Masalah prostat
Prostat yang bengkak akan memberikan tekanan kepada uretra (tiub yang membawa air kencing keluar daripada pundi kencing) dan ia akan menghalang aliran keluar air kencing lantas menyebabkan dinding pundi kencing menjadi rengsa dan tidak selesa.
Ketidakselesaan ini akan menyebabkan pundi kencing mula mengecut walaupun ia mengandungi sedikit sahaja air kencing dan akan menyebabkan seseorang itu mengeluarkan air kencing dengan lebih kerap.
7. Interstitial Cystitis
Seseorang yang mengalami keadaan ini akan berasa sakit dan rengsa pada pundi kencing. Keadaan ini tidak diketahui puncanya. Antara gejala-gejala yang ditunjukkan termasuklah keperluan yang mendesak untuk membuang air kecil.
8. Pemanis tiruan, alkohol, kafein & makanan lain
Alkohol dan kafein boleh memberikan kesan seperti diuretik yang boleh menyebabkan seseorang itu kencing dengan lebih kerap. Minuman berkarbonat, pemanis buatan (seperti Splenda atau Equal) dan buah sitrus telah dikenal pasti dapat memberikan rasa rengsa kepada pundi kencing, menyebabkan seseorang itu kencing dengan lebih kerap.
RAWATAN UNTUK KEKERAPAN KENCING
1. Pengubahsuaian diet
Mengelakkan sebarang makanan yang mengganggu pundi kencing atau boleh memberikan kesan diuretik seperti kafein, alkohol, minuman berkarbonat, coklat, dan pemanis tiruan. Pengambilan makanan berserat tinggi juga penting kerana masalah seperti sembelit boleh turut menyebabkan pundi kencing menjadi lebih aktif.
2. Memantau pengambilan cecair
Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk memastikan fungsi tubuh badan dapat dijalankan dengan baik. Namun, pengambilan juga haruslah dikawal dengan baik. Sebagai contoh, mengelakkan daripada meminum air satu jam sebelum tidur, untuk mengelakkan kencing pada waktu malam.
Sumber foto: www.freepik.com
3. Latihan Kegel
Latihan ini akan membantu di dalam menguatkan otot-otot di sekeliling pundi kencing dan uretra untuk meningkatkan kawalan pundi kencing, mengurangkan urgensi dan kekerapan kencing. Melatih otot pelvis selama lima minit tiga kali sehari boleh membantu di dalam mengawal pundi kencing.
Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki 32 minggu. Zahirah yang kini berada di Perth, Australia ditemani suami, Aiman Hakim Redza dan keluarga kelihatan gembira sebelum tempoh melahirkan yang tinggi lagi beberapa minggu.
Melalui instagram, Zahirah dilihat sering berkongsi beberapa keping gambarnya sepanjang berada di Perth. Bersantai bersama keluarga, tidak kurang juga melakukan pelbagai aktiviti riadah.
Menerusi satu entrinya di instagram, ibu hamil yang semakin berseri-seri ini berkongsi kenaikan beratnya yang kini naik sehingga 10 kilogram (kg) sepanjang hamil.
“32 yang penuh sabar, kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” katanya berkongsi.
Dalam perkongsian itu, Zahirah turut memuat naik fotonya bersama Aiman sedang berada di tepi pantai. Semoga keadaan Zahirah baik-baik sahaja sepanjang menanti detik melahirkan kelak.
Dalam pada itu, perkongsian gambar Zahirah tersebut mendapat reaksi dan komen dari seluruh peminatnya. Semuanya rata-rata tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung pasangan ini.
Warganet juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Zahirah nanti dipermudahkan Allah SWT. Tak sabar rasanya untuk melihat Zahirah dan Aiman junior. Pastinya secantik ibu dan bapanya.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya. Pasangan ini sepakat untuk melahirkan bayi pertama mereka di Perth, Australia.
Rezeki manusia tidak boleh diramal, ia kuasa Allah SWT. Tetapi tidak salah kita mencuba dan berikhtiar untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Asalkan konsisten dan berdisiplin, setiap apa yang dirancang pasti membuahkan hasil dengan izin dari-Nya.
Begitu juga dengan perkongsian ibu ini, Nur Fareehah Ismail. Selepas mempunyai dua orang anak lelaki, dia teringin mendapatkan ‘geng’ untuk dirinya. Dengan itu, dia dan suami bekerjasama untuk sama-sama mendapatkan anak perempuan.
TIPS PREGNANTKAN BABY GIRL
Lepas ja dapat second baby boy. First baby pun boy. Teringat sangat nak matchy matchy dengan anak girl. Teringin nak peluk baby girl. Memang aim fa berharap sangat next baby girl.
Nuh masuk je setahun lebih Fa rasa dah ready untuk next baby. Sebab masa Nuh tak sempat nak bertips bagai tup tup sebulan lepas DNC pregnant Nuh. Rezeki cepat Allah bagi pengganti baby fa keguguran sebelum Nuh.
Tapi my period ni irregular. So macam mana nak lekat. Macam mana nak planning Tapi Fa tahu kalau tu rezeki insyallah. Semua Allah bagi kan. Doa jangan tinggal.
Ni antara tips fa baca and apply disamping berdoa jugak untuk dapatkn baby girl.
1) Husband tak boleh makan seafood
Nak pulak laki kak fa ni suka sangat makan seafood. Kak fa memang control dia dari ambil seafood. Kak Fa suruh dia lebihkan makan daging.
2) Irregular period please check setiap hari waktu subur guna OPK
OPK ni sama bentuk macam UPT. Tapi OPK untuk check waktu subur. Lepas je period August. fa terus test waktu subur setiap hari uols. Yes setiap hari sekali. Waktu pagi dalam 10am-12pm (please jangan minum air banyak ye time sebelum test). Test sampai double line tu both naik terang sama. (Korang baca la dekat plastik packaging dia).
Beli yg murah dah shoppe tu je. 1 RM1 ke murah dari tu. Beli banyak-banyak. Dah tahu waktu subur atau dekat ja. Korang bersama la setiap hari kalau boleh kan. Sebab telur active sehari sahaja. Sperm active 3 hari macam tu. So tu kerjasama korang la dengan husband k.
3) Kalendar cina
Ni jangan la percaya bulat-bulat. Sekadar ikhtiar ja. Tak salah mencuba. Tapi jangan terlalu percaya. Kak fa cuba jugak kalau nak baby girl masa tu dengan umur kak fa, kak fa kena ikhtiar dari bulan bila. Korang check la sendiri ya.
4) DOA
Setiap kali lepas solat Kak Fa akan amalkan baca doa untuk mendapat anak perempuan. Tak tinggal memang sentiasa amalkan doa.
Ni fa ada terbaca. Benda ni pasal kromosom XX & XY lelaki perempuan. Nak explain panjang tak pandai. Yang Fa baca elok bersama dari sebelum waktu subur lagi. 🤭 ni macam orang Yang irregular period wajib buat opk setiap hari. Kalau tak kita tak tahu waktu subur.
6) Eatclean
Nak mudah lekat ni. Makan kena jaga. Jauhkan fast food, junk food. Benda berlemak benda manis. Masa ni fa kurangkan gula kaw kaw. Nak anak girl lebihkan kalsium & magnesium macam susu, ikan bilis , yogurt, badam, bayam, oat, brokoli, gajus. Jauhkan makanan tinggi garam.
Korang boleh la cuba & ikhtiar ye kalau teringin nak anak perempuan. Kita doa banyak- banyak. Anak ni rezeki Allah bagi. Kalau tak dapat jantina yang kita harapkan, jangan bersedih. Allah kurniakan rezeki yang terbaik untuk kita. Semoga anak-anak kita berjaya dunia akhirat and sentiasa dilindungi-Nya.
Aamiin.
#kakfashare
Ini hanyalah sekadar ikhtiar yang dilakukan oleh Fareehah dan suaminya. Setiap usaha mereka berdua disertai dengan doa yang tidak putus-putus kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan kehamilan. Untuk anda yang sedang merancang untuk mendapatkan anak perempuan, mungkin boleh mencuba kaedah seperti yang dikongsikan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah mengharukan bayi tersangkut pokok selepas banjir di Palembayan menggemparkan Indonesia apabila bayi tiga bulan ditemui hidup sebagai satu-satunya yang terselamat. Sebuah keajaiban yang membangkitkan harapan komuniti.