Seri ibu mengandung memang lain macam. Auranya boleh buat ibu nampak ‘glowing’ dan lebih cantik dari kebiasaan. Selepas mengumumkan kehamilan keduanya baru-baru ini, Bella Astillah yang berkongsi gambar di akaun Intagram miliknya mendapat perhatian.
Gambar yang menggayakan baju raya berwarna hitam itu menunjukkan perut Bella yang semakin membesar dan jelas terpancar seri ibu hamil di wajah polosnya.
Posting tersebut mendapat perhatian rata-rata pengikutnya yang mana dilihat begitu teruja memberikan komen positif dan mendoakan agar proses kehamilan serta kelahiran bayi yang dikandung akan dipermudahkan.
Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku curang bersama wanita lain.
Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.
Ads
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia tiga tahun.
Terbaru, Bella mendedahkan dia sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan Aliff.
Tahniah diucapkan buat pemilik jenama Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman dan suami, Muhammad Hafiz Abdul Hamid yang bakal menimang seorang lagi cahaya mata perempuan dalam hidup mereka.
Ibu dua cahaya mata yang mesra di sapa Yana ini mengimpikan kehadiran seorang anak lelaki namun reda dengan susunan Allah buatnya dan suami.
Menerusi Instagramnya, Yana berkongsi jantina anak ketiganya itu menerusi kek yang berwarna merah jambu dan biru. Simboliknya kek istimewa itu turut dipotong menerusi patung ibu hamil yang terdapat di bahagian atas kek berkenaan.
Ibu cantik jelita ini bagaimanapun reda direzekikan untuk menimang seorang lagi cahaya mata perempuan.
“Bila suami beraksi jadi bidan bersalin, pecah stretch mark aku haha!
“Januari hari tu masa pergi umrah mintak nak anak laki, March tahu pregnant tapi Allah nak bagi gegirl jugak kali ni. Takpe lah , kita accept je sebab plan Allah lagi hebat dari plan kita kan,” kongsinya.
Yana bagaimanapun turut berkongsi satu hadis mengenai tiga anak perempuan yang membuatkan hatinya teruja untuk menyambut seorang lagi cahayamata baru dalam keluarga mereka.
“Awal awal sedih jugak sebab memang siapa-siapa pun impikan anak lelaki kan. Tapi bila ada yang share pasal 1 hadis ni ;
“Sesiapa yang memiliki 3 anak perempuan dan kamu bersabar dengan mereka, dan kamu membesarkan mereka menggunakan harta kamu, maka mereka (3 anak perempuan) akan menjadi penghalang kepada kamu (ibu ayah) dari api neraka kelak” ❤️
“Sape kat sini ada 3 anak gegirls?,” tulisnya di Instagram.
Merancang untuk mempunyai anak antara perkara yang penting dalam sesebuah perkahwinan. Merancang anak bukan bermakna menolak rezeki tapi ianya untuk kesihatan si ibu agar fizikal dan mental si ibu dapat berehat dengan baik.
Namun jika sudah berusaha merancang tetapi akhirnya termengandung, terimalah rezeki tersebut dengan hati yang terbuka. Mungkin ada hikmah dan rezeki yang Allah sudah tetapkan. Ikuti perkongsian ibu kepada lima cahaya mata ini.
Jadi ibu kepada ramai anak pada umur 25 tahun, Dari 2012-2017 xpernah berhenti beranak, Selama 5 tahun hanya fikir tentang anak dan diri sendiri sahaja. Tak berkawan dengan orang.
Hakikatnya bukannya mudah. Semua xpernah tahu, xpernah mengerti akan penatnya diri ini.
Tapi Allah sebaik-baik perancang. Setiap kelahiran seorang anak pasti datang rezeki besar tanpa diduga. Tanpa berkurang sedikitpun nikmat dariNya.
Sebab tu bila orang tanya xpenat ka anak ramai, penat tu memang penat, Stress marah mengamuk tu perkara biasa. Menangis waktu pagi bila kelima2 anak nak pergi sekolah itu dah perkara wajib dah. Sebab itu suami kena jadi no 1 supporter isteri.
Tp lama-lama saya enjoy saya suka saya bersyukur anak ramai sebab rasa nikmatnya hidup ini bila anak ramai. Sebab tu bila orang nak beranak ramai saya sokong.
Masa untuk diri sendiri sangat terhad. Segala-galanya hanya fikir tentang anak. Tapi bila anak sedang membesar kita dah punyai waktu yang cukup untuk diri sendiri. Kesusahan waktu dorang kecil hanya 5 tahun sahaja. Sekarang dah punyai waktu untuk diri sendiri, kerja dan sebagainya.
So bila orang yang Ter-mengandung sila jangan stress, Hanya fikir anak dalam perut kita bukan kita yang buat, Allah yang wujudkan, DIA sebaik2 pemberi, Percayalah hikmah dan kebahagiaan xdapat dijual beli dikelilingi anak2 apabila kita meningkat tua.
Rezeki manusia tidak boleh diramal, ia kuasa Allah SWT. Tetapi tidak salah kita mencuba dan berikhtiar untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Asalkan konsisten dan berdisiplin, setiap apa yang dirancang pasti membuahkan hasil dengan izin dari-Nya.
Begitu juga dengan perkongsian ibu ini, Nur Fareehah Ismail. Selepas mempunyai dua orang anak lelaki, dia teringin mendapatkan ‘geng’ untuk dirinya. Dengan itu, dia dan suami bekerjasama untuk sama-sama mendapatkan anak perempuan.
Lepas ja dapat second baby boy. First baby pun boy. Teringat sangat nak matchy matchy dengan anak girl. Teringin nak peluk baby girl. Memang aim fa berharap sangat next baby girl.
Nuh masuk je setahun lebih Fa rasa dah ready untuk next baby. Sebab masa Nuh tak sempat nak bertips bagai tup tup sebulan lepas DNC pregnant Nuh. Rezeki cepat Allah bagi pengganti baby fa keguguran sebelum Nuh.
Tapi my period ni irregular. So macam mana nak lekat. Macam mana nak planning Tapi Fa tahu kalau tu rezeki insyallah. Semua Allah bagi kan. Doa jangan tinggal.
Ni antara tips fa baca and apply disamping berdoa jugak untuk dapatkn baby girl.
Nak pulak laki kak fa ni suka sangat makan seafood. Kak fa memang control dia dari ambil seafood. Kak Fa suruh dia lebihkan makan daging.
OPK ni sama bentuk macam UPT. Tapi OPK untuk check waktu subur. Lepas je period August. fa terus test waktu subur setiap hari uols. Yes setiap hari sekali. Waktu pagi dalam 10am-12pm (please jangan minum air banyak ye time sebelum test). Test sampai double line tu both naik terang sama. (Korang baca la dekat plastik packaging dia).
Beli yg murah dah shoppe tu je. 1 RM1 ke murah dari tu. Beli banyak-banyak. Dah tahu waktu subur atau dekat ja. Korang bersama la setiap hari kalau boleh kan. Sebab telur active sehari sahaja. Sperm active 3 hari macam tu. So tu kerjasama korang la dengan husband k.
Ni jangan la percaya bulat-bulat. Sekadar ikhtiar ja. Tak salah mencuba. Tapi jangan terlalu percaya. Kak fa cuba jugak kalau nak baby girl masa tu dengan umur kak fa, kak fa kena ikhtiar dari bulan bila. Korang check la sendiri ya.
Setiap kali lepas solat Kak Fa akan amalkan baca doa untuk mendapat anak perempuan. Tak tinggal memang sentiasa amalkan doa.
Ni fa ada terbaca. Benda ni pasal kromosom XX & XY lelaki perempuan. Nak explain panjang tak pandai. Yang Fa baca elok bersama dari sebelum waktu subur lagi. 🤭 ni macam orang Yang irregular period wajib buat opk setiap hari. Kalau tak kita tak tahu waktu subur.
Nak mudah lekat ni. Makan kena jaga. Jauhkan fast food, junk food. Benda berlemak benda manis. Masa ni fa kurangkan gula kaw kaw. Nak anak girl lebihkan kalsium & magnesium macam susu, ikan bilis , yogurt, badam, bayam, oat, brokoli, gajus. Jauhkan makanan tinggi garam.
Korang boleh la cuba & ikhtiar ye kalau teringin nak anak perempuan. Kita doa banyak- banyak. Anak ni rezeki Allah bagi. Kalau tak dapat jantina yang kita harapkan, jangan bersedih. Allah kurniakan rezeki yang terbaik untuk kita. Semoga anak-anak kita berjaya dunia akhirat and sentiasa dilindungi-Nya.
Aamiin.
#kakfashare
Ini hanyalah sekadar ikhtiar yang dilakukan oleh Fareehah dan suaminya. Setiap usaha mereka berdua disertai dengan doa yang tidak putus-putus kepada Allah SWT supaya dipermudahkan segala urusan kehamilan. Untuk anda yang sedang merancang untuk mendapatkan anak perempuan, mungkin boleh mencuba kaedah seperti yang dikongsikan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui 10 tanda anak gifted yang sering ibu ayah terlepas pandang. Panduan penting untuk memahami potensi luar biasa anak dan cara membimbing mereka dengan betul.