Makin dikata jangan & tak boleh, makin dia nak. Kaunselor cadang 3 cara ganti katakan tidak kepada anak, boleh elak konflik antara ibu bapa dan anak.

Perkataan jangan & tak boleh dikatakan didengari oleh anak lebih 40 kali sehari. Memang tidak boleh lari, tapi kalau kena caranya, tidak perlu diucapkan pun dua perkataan ini tapi anak boleh menerima dengan mudah.

Kaunselor, Puan Farhan berkongsi 3 cara yang boleh dilakukan kepada anak supaya sesuatu perkara boleh dipersetujui dengan mudah.

Makin Dikata Jangan & Tak Boleh, Makin Dia Nak. Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

Alternatif kepada ayat TIDAK BOLEH/JANGAN

Pagi tadi, saya berhadpaan sedikit konflik bersama Aufa.

Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 7. Saat mahu melangkah ke kereta, Aufa tiba tiba berundur dan dia mengatakan dia mahu ambil baju di dalam rumah. Katanya, nanti dia mahu mandi di pasti. Kalau tidak ada baju, dia tak boleh mandi.

Tapi masalahnya, dia memberitahu perkara itu lambat! Kami sudah bersiap sedia untuk bergerak. Kalau saya buka pagar, dan membenarkan dia mengambil bajunya kami semua akan lambat?

Kemudian, saya berkata

” Tak boleh lah kakak, dah lewat ni nak ambil baju kat dalam rumah”

Aufa pun mula merajuk apabila saya berkata begitu.

“Aufa nakkk jugaaa, nanti Aufa panas kalau tak mandi”

Ketika itu, saya tahu kalau saya ulang perkataan tidak boleh pun dia pasti mahu juga permintaannya ditunaikan.

Lalu, dengan tenang saya berkata

“Ok, boleh. Tapi, esok lah. Aufa kena pastikan sebelum tidur dah letak siap siap baju dalam beg ok?”

Ajaibnya, Aufa boleh terima ayat itu dan kami bergerak ke sekolah dengan tenang.

Rahsianya begini.

Kadang kadang, kita halang anak dari buat sesuatu itu tidak semestinya melalui perkataan tegahan.

-Tak boleh
-Jangan

IKLAN

Makin Dikata Jangan & Tak Boleh, Makin Dia Nak. Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

Kadang kadang perkataan ini boleh menyebabkan anak menjadi lebih defensive. Makin dikata tak boleh, makin dia nak.

Menurut Brenna Hicks, seorang play therapist, anak kecil biasanya mendengar perkataan No hampir 40 kali sehari. Woa.

Banyak sungguh ya kita guna perkataan ini. Iyelah. Kadang kadang mungkin setiap jam sekali kot.

-Jangan bising
-Jangan panjat
-Jangan conteng
-Jangan lari lari
-Jangan menjerit
-Jangan pukul
-Jangan kacau
-Jangan main situ!

Dan banyak lagi yang anda boleh listkan.

IBU BAPA PERLU BIJAK MENGGUNAKAN PERKATAAN TIDAK/ JANGAN/ NO

Jadi, menurutnya lagi kita harus lebih bijak dan tidak terlalu taksub menggunakan perkataan No.

Gunakan pada waktu yang kita benar benar perlukan.

Jadi, ada banyak alternatif lain sebenarnya kita boleh gunakan selain dari mengatakan tidak boleh atau jangan.

Makin Dikata Jangan & Tak Boleh, Makin Dia Nak. Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

#1. Kaedah explain

IKLAN

Contohnya, kalau anak mahu makan coklat. Dia minta kebenaran dari anda.

“Ibu, nak makan coklat”

Jadi, jawapan alternatif yang boleh digunakan adalah seperti

“Boleh kalau adik nak makan coklat. Tapi, adik tahu tak kalau kita makan coklat apa jadi pada gigi kita? Nanti gigi kita mudah rosak tau. Aduh sakitnyaa?

Jadi, bila anda explain begini secara tidak langsung anak akan faham dan tanpa mengatakan tidak boleh pun dia sendiri tidak mahu [Contoh ini akan berkesan jika anak sydah diajar untuk sayang gigi dari kecil]

Makin Dikata Jangan & Tak Boleh, Makin Dia Nak. Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

#2. Beri pilihan

Katakanlah anak anda berebut permainan yang sama.

Daripada anda ulang ayat ” jangan berebut, jangan berebut” adalah lebih baik anda beri pilihan permainan lain kepada anak anda.

“Adik, jom main permainan lain”

Katakanlah anak berebut kereta, beri permainan lori kepada salah seorang dan biarkan mereka main bersama.

Kalau cara ini tidak berkesan?

IKLAN

Jangan beri pilihan ketika permainan yang anak anda mahu itu ada di depan matanya.

Sebaliknya, bawa salah seorang dari mereka ke luar dan cari pilihan permainan lain.

“Jom kita pilih mainan lain dalam bakul kat luar”

Itu lebih mudah untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.

#3. Beritahu apa yang anak sepatutnya lakukan

Saya beri contoh Aufa. Biasanya, dia suka menjerit bila adik kacau permainan dia.

Kadang kadang letih untuk ulang perkataan jangan menjerit, bising!

Jadi, saya ubah cara saya bercakap ke arah yang lebih berkesan.

“Kakak, cakap slow-slow lah dengan adik, kakak menjerit macam tu lagi adik suka kacau kakak. Cuba kakak bercakap baik baik dengan adik, dan kakak tengok macam mana respon adik”

Dan, biasanya memang akan respon dengan baik dibandingkan apabila kakaknya menjerit marah.

Makin Dikata Jangan & Tak Boleh, Makin Dia Nak. Kaunselor Cadang 3 Cara Elak Konflik

GUNAKAN PERKATAAN TIDAK UNTUK PERKARA YANG PERLU SAHAJA

So, cuba lah untuk ubah cara anda bercakap. Reserve perkataan tidak boleh/jangan untuk situasi yang anda rasa benar benar penting seperti

“Jangan main pisau tu”

“Jangan lari ke tengah jalan”

Situasi di atas ini memerlukan anda untuk untuk cepat bertindak untuk menyelamatkan anak anda.

Kalau untuk situasi yang remah, anda tahu anda boleh ubah cara anda bercakap. Harapannya anak akan lebih mudah bekerjasama dan memberi respon yang lebih positif

Sumber: Puan Farhan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI