Kehamilan

“Makin Flawless Kulit Muka” Hamil Anak Kedua, Farah Nabilah Banyak Makan Buah & Minum Air Kosong

Share

Pelakon, Farah Nabilah baru-baru ini telah mengumumkan kehamilan anak kedua ketika usia kandungan masuk enam bulan.

Terbaru, dia berkongsi perbezaan kehamilan kedua yang berbeza berbanding kehamilan anak pertama.

“Alhamdulillah second baby ni pun tak ada masalah, cuma lowblood. Tu Bukan masalah kulitlah tapi macam alhamdulillah tak ada apalah, dia macam lagi flawless.”

Farah atau mesra dipanggil Fawa turut berkongsi amalan ketika hamil terutama cara untuk mengatasi keinginan makan ais krim yang manis-manis.

“Selain daripada vitamin C yang doktor bagi, minum air kosong yang banyak dan makan buah-buahan.”

“Sebab nak kurangkan makan benda-benda manis tu, saya makan dan minum jus buah”

“Nak kata sulit tu tak sangat, cuma sakit belakang dan kena pegang baby. Lagi satu dia lebih mencabar berbanding yang pertama”

Farah dan suami, Amirul Yunus telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Andre Omar yang kini berusia 3 tahun.

Published by
NuFa