Orang ramai kini semakin peka dan lebih berhati-hati terhadap kesihatan diri sejak penularan wabak Covid-19 yang bermula penghujung tahun lalu. Seperti juga yang berlaku kepada pelakon Shakilla Khoriri yang mempunyai masalah dengan hidung yang dikatakan telah dialami buat sekian lama.
Buntu dan tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat dengan apa yang melanda dirinya, ibu kepada Ameena Sofia ini membuat satu luahan di lama instagram miliknya. Menurut SHakilla, masalah lendiran hidung yang tersumbat itu sebenarnya sudah lama berlaku.
Akan tetapi keadaan itu semakin melarat sekitar tahun lalu selepas isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali ini melahirkan anak sulung mereka. Apa yang membuatkan dirinya berasa semakin tidak selesa apabila lendir tersebut tidak keluar walaupun sudah dihembus beberapa kali. Yang lebih membimbangkan, deria baunya juga kini semakin hilang.
Sempat menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut berkongsikan pengalaman mereka dengan masalah yang sama. kebanyakkan mereka menyarankan untuk Shakilla merujuk kepada doktor pakar memandangkan masalah yang dihidapi oleh pelakon ini semakin teruk.
Selain mengambil ubat-ubatan, ada juga yang pernah melalui pembedahan khas untuk membuat ketulan berkenaan. Namun itu semua bukan jaminan bahawa masalah tersebut akan berjaya dirawat.
Namun posting tersebut terpaksa di’hide’ oleh Shakilla kerana ramai yang agak sensitif dengan entri yang dibuat. Semoga apa yang melanda Shakilla akan sembuh dan Shakilla dapat menemui rawatan yang sepatutnya untuk masalah hidung yang dialami.
Sumber: Media Hiburan & IG Shakilla Khoriri