Selepas menjalani prosedur pembedahan membetulkan bibir pada penghujung Mei lalu, kini anak Lan Solo, Nur Amna Quxandra dah mula menunjukkan perkembangan positif.

Lan yang berkongsikan gambar terbaru anaknya itu jelas menampakkan lagi kecomelan Quxandra yang tersenyum di sisinya.

Melalui entri di Instagram Lan, Quxandra semakin manis dengan senyumannya dan tidak nampak pun kekurangan yang ada pada Quxandra  sebelum ini.

Makin Manislah Xandra Senyum! Wajah Terbaru Anak Lan Solo Lepas Jalani Pembedahan Bibir

Ramai peminat Lan memuji kecomelan wajah terbaru Quxandra dan semakin pandai senyum. Tak kurang juga yang terus mendoakan kesihatan anak keempat Lan ini.

Terdahulu, isteri Lan, Nur Sheila Hassim melahirkan Quxandra pada 24 Februari lalu di sebuah pusat perubatan swasta, di sini.

Sheila mengakui anak keempatnya begitu istimewa tapi tetap disayangi ramai.

IKLAN

Melalui perkongsiannya sebelum Quxandra menjalani pembedahan bibir, Sheila mengakui bibir dan lidah anaknya mudah kering.

Makin Manislah Xandra Senyum! Wajah Terbaru Anak Lan Solo Lepas Jalani Pembedahan Bibir

“Macam Xandra, bila dia tidur…mulut dia sentiasa terbuka ditambah pula bibir dia yang cleft tu. Jadi, lubang udara lebih luas dan angin senang masuk.

‘Jadi, mommy kena selalu basahkan dengan air. Saya basahkan dengan air suam, so far Xandra selesa,” tulisnya di Instagram  (IG).

IKLAN

Makin Manislah Xandra Senyum! Wajah Terbaru Anak Lan Solo Lepas Jalani Pembedahan Bibir

Bagaimanapun, selepas hampir dua bulan menjalani pembedahan tersebut, kekurangan yang ada pada Quxandra dah nampak semakin baik.

Diharapkan Quxandra dapat membesar dengan sempurna bersama kakak dan abang.

Makin Manislah Xandra Senyum! Wajah Terbaru Anak Lan Solo Lepas Jalani Pembedahan Bibir

IKLAN

Sheila juga turut berpesan “Parents yang ada baby cleft, jangan rasa susah dan berat. Banyak saja benda yang boleh kita mudahkan.

“So, enjoy dengan baby kita yang special ni. Bonus tau, orang lain tak ada, kita dapat rasa. Kena selalu positif.

Makin Manislah Xandra Senyum! Wajah Terbaru Anak Lan Solo Lepas Jalani Pembedahan Bibir

Selain Quxandra, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu turut diserikan dengan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Sumber: ig Lan Solo

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI