Makin Pulih Dari Serangan Bell’s Palsy. Faye Kusairi Selamat Lahirkan Bayi Perempuan!

Share

Biar pun berdepan dengan masalah Bell’s Palsy yang dialaminya pada minggu lalu, pelakon Faye Kusairi selamat melahirkan bayi keduanya pada Ahad lalu.

Melalui satu entri di instagramnya hari ini, Faye berkongsi khabar gembira itu buat seluruh pengikut yang mengikuti perkembangannya. Kata Faye lagi, dia dan bayi perempuannya semakin sihat dan kini sudah pun dibenarkan pulang ke rumah.

Malah kata Faye lagi, dia kini sudah semakin pulih daripada masalah Bell’s Palsy yang dialaminya ketika menggosok gigi.

“Assalamualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas. Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan baby berada dalam keadaan sihat. Harini saya dan baby sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah,” katanya berkongsi.

Menerusi entri yang sama juga, isteri kepada pengarah, Azmi Hatta ini turut berterima kasih pada seluruh pengikutnya yang sentiasa memberi sokongan malah tidak putus-putus mendoakan kesihatannya untuk segera pulih dari serangan Bell’s Palsy yang dialaminya.

“Terima kasih buat semua yang tak putus-putus doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell’s Palsy juga selama beberapa hari ni.

“Maaf, saya belum mampu nak attend semua komen mahupun DM. Saya akan cuba juga update from time to time regarding my progress as well as keadaan saya berpantang nanti.

“I will share gambar baby soon bila sudah betul-betul bersedia ya? Buat masa ni, izinkan saya dan baby berehat dan gain back my energy during these few days berpantang.

Thank you all for your support, love, respect and kindness,” katanya lagi.

Menerusi instagramnya juga, Faye turut menyatakan perkembangan dirinya yang sudah menampakkan perkembangan positif. Katanya lagi, mata kanannya kini sudah boleh digerakkan malah boleh ditutup seperti biasa berbanding sebelumnya. Progress yang memberangsangkan.

 

Semoga Faye semakin sihat dan menunjukkan perkembangan yang positif. Selamat berpantang buat Faye.

Terdahulu, Faye Kusairi mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Azmi Hatta pada 9 April 2017. Mereka kini dikurniakan sepasang cahaya mata penyeri kehidupan mereka.

Artikel berkaitan: Muka Sebelah Kanak Saya Lumpuh, Hamil 38 Minggu, Faye Kusairi Terkena Serangan Bell’s Palsy!

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @fayekusairi

Published by
SRM