Mengekalkan bentuk badan dengan berat ideal seperti sebelum mengandung pastinya cukup sukar. Bagi Yatt Hamzah, dia mengakui untuk mengekalkan beratnya selepas bersalin seperti bersalin anak pertama dan kedua, jauh bezanya dengan sekarang.
Kata Yatt jika dahulu, di usia awal 20an, dia berjaya mengekalkan semula beratnya dengan mudah namun kini tidak lagi. Faktor usia sudah semestinya menjadi penyebab.
Malah kata Yatt menerusi Instagramnya, selepas bersalin anak kelimanya, beratnya sudah pun turut sebanyak 15kg.
” Memang makin ramai anak, makin susah nak kurus ya? Masa ni lepas berpantang anak ke 4, baby #SuciHawaZulaikha. Berat masa ni 65kg turunlah dalam 13-14kg lepas berpantang.
“Masa kak Nia 11 tahun dulu lagi power, badan lebih kurus dan slim lepas bersalin daripada sebelumnya. 49-50kg masa tu memang melidi.
“Yelah masa tu zaman aktif berlakon drama memang eloklah kurus slim takdelah nampak macam tong dalam TV.
Ads
“Sekarang berat 70kg lagi ni haa, tapi turun banyak lebih 15kg sebab masa bersalin haritu dekat 90kg,” kongsi Yatt.
Berat makin susah nak turun
Kata ibu kepada lima orang cahaya mata ini lagi, di usianya yang kini sudah pun memasuki 40 tahun, dia mengakui agak sukar menurunkan berat badan. Tambah pula dia langsung tidak mengambil suplemen untuk kurus dan hanya mengamalkan pemakanan sihat sahaja.
Tambah Yatt lagi, sesekali dia akan bersenam dan amalkan cara hidup sihat.
Ads
“Fuhh, mencabar betul Bonda anak 5 di usia 40an ni nak lose weight. Bonda pula bukan jenis ambil-ambil ubat atau supplement kurus.
“I always believe in eating clean and exercising in order to lose weight. There’s no such thing as short cut kalau nak kurus.
“Kena rajin bersenam dan amalkan cara hidup sihat. Supplement semua tu sebagai booster sahaja. Yang paling penting bersenam dan jaga makan.
“Mak-mak boleh amalkan tips ni, pagi-pagi atau petang boleh stroll anak-anak kat taman. Tolak baby sambil berlari-lari anak sikit. Jangan laju-laju kang terbalik anak tu naya,” kongsi Yatt lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak kerap tak sihat, selalu berhingus atau berkahak cuba tengok gaya pemakanan anak. Ini antara salah satu faktor penyumbang yang ramai ibu tak tahu mengenainya.
Ada beberapa jenis makanan yang menggalakkan kahak atau hingus, punca keradangan dan menghalang proses penyembuhan dengan efektif.
Menerusi Facebook Ainini Zainal ini antara yang dikongsikan buat pengetahuan ibu bapa.
Makanan Yang Menggalakan Kahak/ Hingus, Punca Keradangan Dan Menghalang Proses Penyembuhan Dengan Lebih Efektif (Penyebab Sistem Imun Rendah)
gula, tidak kira gula putih ataupun organik.
MSG – sama ada di dalam susu formula (kenali nama-nama lain bagi MSG), bahan penyediaan makanan seperti kicap, kiub ayam, stok ayam komersil, sos cili komersil, sup cendawan komersil, makanan segera, makanan ringan, mee segera.
lain-lain makanan berasaskan gluten (daripada tepung gandum, barli dan rye) – mee kuning, spaghetti, pasta berasaskan tepung gandum
gula gula, coklat, aiskrim
oat – oat walaupun bukan mengandungi gluten, ia mengandungi avenin, sejenis protein menyerupai gluten.
makanan mengandungi pengawet dan aditif (baca label makanan)
makanan mengandungi pewarna/perasa tiruan (baca label makanan)
minuman bergas, tin, kotak, botol, ice blended berwarna warni
susu segar atau susu tepung daripada sumber haiwan, tidak kira organik sekalipun.
hasil tenusu – susu, keju, yogurt, mentega, ghee dan sebagainya. Telur juga menghasilkan mukus tapi bukan kategori yang ‘berat’
jem, jelly, pencuci mulut tinggi gula
bijirin sarapan
makanan bergoreng, terutamanya daripada minyak bunga matahari, jagung dan Canola (juga rujuk isu GMO)
soya
corn syrup (biasanya ada di dalam susu formula, roti, aiskrim dan yang berkaitan)
french fries (bergoreng, isu GMO dan kentang memang penyebab kahak)
minuman serbuk sama ada dikatakan bagus untuk kesihatan atau apa saja kerana isunya adalah kandungan-kandungan bahan seperti gula, MSG, maltodextrine, soya, perasa tiruan dan sebagainya
nugget, sosej, meatball, burger patties, bebola ikan/sotong/udang/ayam, ‘crab stick’ komersil yang tinggi MSG, pengawet, aditif, pewarna/perasa tiruan.
minuman all in 1
PS :
Bagi makanan sumber semulajadi seperti pisang dan kentang, ia bukannya makanan terproses, juga bukan makanan tidak sihat. Tetapi perlu dihindari ketika berhingus dan berkahak.
Kentang daripada USA mempunyai isu GMO, kentang asal, khasiatnya banyak.
Cuma kurang sesuai diambil ketika berhingus/berkahak.
Kentang daripada China mempunyai isu majoriti tanah di China yang bertoksik dan penggunaan racun serangga yang merisaukan.
Apa mahu makan?
Selain yang disebutkan.
Pastikan sumber semulajadi.
1. Nasi. 2. Bubur ayam/ikan + sayur. 3. Bihun sup menggunakan chicken broth soup. 4. Sup ayam. 5. Buah-buahan (selain kentang dan pisang, ketika kurang sihat.) 6. Sayur-sayuran. 7. Halia, bawang, kunyit, halba, habbatus sauda, serai (gunakan dalam masakan.)
Keywordnya: masak sendiri menggunakan bahan-bahan sihat.
Makanan yang segera memang menyenangkan.
Tapi dapat bayangkan tak betapa besar mudaratnya?
Kek, brownies, cookies, atau apa saja yang bebas gluten dan menggunakan gula organik sekalipun, ketika demam, selesema, batuk, JAUHKAN.
Bukan selama-lamanya pun, apa salahnya ketika sakit, kita hentikan seketika.
Apatah lagi bagi anak-anak kita yang belum faham sepenuhnya tentang industri makanan hari ini sangat membahayakan.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi kadang-kadang hanya berminat untuk menyusu sebelah payudara sahaja. Apabila diberikan sebelah kiri, dia hanya menyusu sekejap sahaja. Ia juga mungkin punca pengeluaran susu tidak seimbang di mana susu payudara kanan lebih banyak daripada sebelah kiri (apabila di pam). Adakah hal ini normal atau boleh memudaratkan? Bagaimana cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasinya?
Ia agak normal apabila sesetengah bayi terutamanya yang baru lahir menggemari sebelah payu dara sahaja apabila menyusu. Lazimnya, bayi akan menolak, meragam atau menyusu dengan sekejap sahaja apabila disusukan di payu dara yang tidak digemarinya. Amalan ini boleh menyebabkan payu dara besar sebelah (lopsided) dan akan dapat diatasi setelah bayi bercerai susu kelak.
Pengeluaran susu tidak seimbang antara kedua-dua belah payu dara adalah disebabkan beberapa faktor.
Kadang kala trauma kelahiran akan menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk menyusu di sebelah payu dara akibat ketidakselesaan atau kesakitan pada kawasan tertentu di kepalanya (biasanya melibatkan alat bantuan kelahiran – vakum dan forsep).
Bengkak di sebelah payu dara. Payu dara yang bengkak menyebabkan bayi berusaha keras untuk cuba melekap dengan baik. Kesan kepayahan yang dialami, dia cenderung untuk menggemari payu dara yang mudah melekap.
Jika anda mengalami mastitis di sebelah payu dara, bayi mungkin tidak mahu menyusu menerusinya kerana rasa yang berbeza (lebih masin disebabkan peningkatan kandungan sodium). Malah, rasa susu di sebelah payu dara yang jarang dikosongkan juga boleh menjadi lebih masin.
Keadaan fizikal payudara. Perbezaan keadaan areola/puting agak biasa berlaku (puting tenggelam/leper). Keadaan ini menyebabkan bayi lebih mudah dan gemar melekap pada payu dara yang berkeadaan normal.
Perbezaan aliran susu. Bayi lebih suka menyusu daripada payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih baik. Ada kalanya refleks pancutan susu terlalu perlahan atau terlalu laju atau bekalan susu berkurangan juga boleh menjadi masalah.
Ibu gemar menyusukan bayi dengan sebelah payu dara. Antara sedar atau tidak, anda mungkin lebih kerap menawarkan sebelah payu dara. Biasanya perkara ini berlaku pada waktu malam apabila puan tidak sedar kerana terlalu letih atau mengantuk. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan bekalan susu di kedua-dua belah payu dara. Bekalan susu pada payu dara yang jarang diberikan akan berkurangan!
Pembedahan atau kecederaan. Jika salah satu payu dara pernah cedera atau dibedah, ia mungkin mempengaruhi bekalan atau aliran susu pada payu dara tersebut.
Perlu diingatkan juga bahawa bayi perlu dipujuk dan bukan dipaksa! Oleh itu, teknik memujuk amat penting dalam usaha mengembalikan minatnya untuk menyusu di sebelah payu dara yang tidak digemari.
Cuba susukan bayi ketika dia baru bangun tidur dan belum benar-benar sedar atau ketika dia sedang mengantuk. Bayi akan lebih mudah bekerjasama dan bertindak secara spontan.
Mulakan penyusuan pada payu dara yang kurang digemarinya terlebih dahulu. Apabila pancutan refleks berlaku, alih ke payu dara sebelah lagi tanpa mengubah posisi kepalanya. Sebagai contoh, mulakan dengan posisi Cradle Hold kemudian alihkannya kepada posisi Football Hold. Puan juga boleh praktik posisi penyusuan yang lain.
Menyusu dalam suasana yang selesa (lampu malap atau berkeadaan sunyi dan sepi)
Cuba menyusu sambil berjalan, menggendong atau ayunkannya perlahan-lahan sehingga bayi menerima payu dara yang kurang digemari.
Jika bayi lebih gemar payu dara yang mempunyai aliran susu yang lebih laju, lakukan urutan (breastcompression) untuk mempercepatkan aliran susu di payu dara yang mana aliran susunya perlahan. Jika sebaliknya, kepit (ScissorHold) di bahagian areola untuk memperlahankan aliran susu. Untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih banyak di payu dara yang mana alirannya perlahan, anda boleh memerah dengan tangan atau mengepam payu dara tersebut untuk memastikan bekalan susu yang berkekalan.
Kesabaran adalah kunci kejayaan. Teruskan usaha! Bayi anda mungkin akan menerima kembali payu dara sebelah kiri sedikit masa lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai suami yang takut untuk menemani isteri mereka bersalin. Tapi sebenarnya, anda tidak perlu takut dan jangan biarkan isteri anda bersalin seorang diri tanpa ditemani. Kerana saat sukar itu kadang-kadang memerlukan suami di sisi. Jadi temanilah isteri anda.
Bila suami di sisi, isteri akan dapat lebih kekuatan untuk bersalin. Kesakitan memang tidak boleh dikurangkan, tapi dengan adanya emotional support dan physical support dari suami akan membuatkan isteri lebih kuat. Ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq razif di facebooknya;
Kenapa Saya Tengok Isteri Bersalin?
Saya yang baru dipulas pulas dan diremas remas oleh isteri yang sedang bertarung di dewan bersalin.
Ya Rabbi! Sakit!
TAPI ENTAH KENAPA MAKIN DIA PULAS PULAS DAN REMAS TANGAN SAYA NI, SAYA JADI MAKIN SEBAK DAN BAHAGIA.
Setiap kali saya nampak matanya terpejam menahan sakitnya kontraksi, makin saya hulur tangan saya ni.
Pulas-lah!
Remas-lah!
Gigit-lah sayang!
Asalkan ia boleh mengurangkan kesakitan sayang!
Tapi hakikatnya tak berkurang pun. Dia tetap bertarung dengan kesakitan tu sendirian. Habis tu, kenapa saya berdegil juga nak tengok sendiri proses isteri saya bersalin tu??
– Saya nak bagi ’emotional support’ pada isteri saya sebenarnya. Walaupun saya tak mampu nak bagi painkiller pada jasadnya tetapi kehadiran saya tu sendiri adalah painkiller pada emosinya
– Saya nak tingkatkan Empati diri saya juga sebenarnya. Simpati semata-mata tak cukup. Ada masanya lelaki macam saya ni terlalu sibuk. Kesibukan terlampau boleh butakan mata hati kita sendiri sebenarnya.
– Tanpa empati, saya takkan boleh rasakan keletihan dan kesakitan isteri saya yang menjaga anak anak saya ketika saya jauh daripada rumah
– Saya juga nak bantu isteri saya ketika dalam dewan bersalin tu. Alhamdulillah semalam sempat juga la saya ‘wudhukkan’ dan bantu isteri saya solat Zuhur beberapa minit sebelum dia bersalin
– SAYA JUGA BERTANGGUNGJAWAB NAK BAGI ‘PHYSICAL SUPPORT’ PADA ISTERI SAYA MASA KAT DALAM TU. BAYANGKAN MASA TU ISTERI SAYA BOLEH NAK GIGIT JARI DIA SENDIRI. HAMPIR BERDARAH JARINYA! MUJUR SAYA GANTIKAN TANGAN DIA DENGAN TANGAN SAYA!
– Masa tu isteri saya tengah mengalami ’emotional hijacking’ akibat kesakitan melampau. Dia dah tak boleh fikir rasional dah masa tu.
Saya sebagai suami la yang kena bantu. Tu la kenapa kami dicipta berpasangan. Untuk saling membantu dan melengkapkan!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.