Penyakit yang berkaitan dengan rahim wanita semakin sering didengan pada hari ini. Malah penyakit kanser serviks atau pangkal rahim merupakan kanser ketiga tetinggi dikalangan wanita Malaysia selepas kanser payudara dan kolorektal.
Biasanya penyakit yang berkaitan dengan rahim sering dikaitkan dengan golongan wanita yang berusia 40-an ke atas namun apa yang didedahkan oleh Dr Hamid Arshat ini perlu diambil berat oleh semua wanita.
Dalam perkongsian terbarunya di Facebook, Dr Hamid Arshat menyarankan semua wanita untuk mengamalkan makanan yang sihat sejak dari awal terutamanya bagi yang sudah berkeluarga untuk mengamalkan amalan pemakanan yang sihat kepada anak-anak sejak usia muda.
DOAKAN PESAKIT SAYA INI SEMBOH SEGERA
SEMAKIN RAMAI WANITA MENGALAMI KEROSAKKAN RAHIM PADA UMUR MUDA.
- Penyakit tumbuhan dalam rahim, Fibroids dan adenomyosis, pada suatu ketika dulu menimpa wanita2 umor 40an tahun.
Zaman sekarang dalam umor 20an tuhun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut. - Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut, sering ia didahului dengan penyakit endometriosis.
Dalam endometriosis, tisyu2 darah haid (endometrium) tumbuh diluar rahim. Adenomyosis tisyu2 tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda2 lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
Gejala2 ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur. - Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang Hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan2 kencing dan buang najis. - Kedua2 jenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak2 perempuan ada risiko. Berwaspada.
- Jika anak2 gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakkan dan ambil langkah2 awal untuk mengawal dan mencegah.
- Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.
Penting sangat makanan2 yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur2 dan buahan. Kawal dan cegah makan fast dan junk food. Ramai ibu2 ambil jalan mudah bila anak2 menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemokkan anak dan kelemahan immunity anak2 menyebabkan mereka ditimpa berbagai2 penyakit.
MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK2 KECIL.
sumber: Dr Hamid Arshat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terjatuh Ketika Bermain & Alami Gegaran Otak, Allah Masih Bagi Mama Peluk Awliya
Betullah orang kata anak yang tengah nak membesar, kena bagi perhatian lebih sikit. Bukan apa kadang-kadang anak ni belum tahu bahaya atau tak. Terleka sekejap pelbagai kemungkinan boleh jadi.
Bagi segelintir ibu bapa, ada yang beranggapan setakat anak terjatuh sikit-sikit tu tak ada masalah tapi kena beringat juga kerana risau kesannya. Walaupun tiada kecederaan atau pendarahan, kemungkinan perkara di luar jangkaan boleh terjadi.
Melalui perkongsian seorang ibu, Nuna Razak melalui Facebooknya, dia ada menceritakan detik cemas yang berlaku pada anak perempuannya selepas terjatuh ketika bermain dan mereka sekeluarga menganggap jatuh biasa kerana tiada luka serta menangis pun hanya sekejap.
Masa main terjatuh, menangis sekejap
29 November 2019, tibalah hari yang menjadi sejarah dan mimpi ngeri kami sekeluarga. Pagi hari itu, Awliya bangun tidur seperti biasa, cergas, ceria dan selera makan seperti biasa. Lepas selesai makan dia pun bermainlah seperti biasa di bahagian depan laman rumah. Tak lama dengar dia menangis mengadu ada jatuh tapi cara dia menangis tu tak lah teruk atau meronta-ronta menjerit kesakitan. Jadi kami ingat cuma jatuh ringan je lah sebab kami yang dewasa tak nampak bagaimana dia jatuh.
Pada pukul 3 petang selepas suami balik solat jumaat, Awliya masih macam biasa je tapi dia merengek mengantuk nak tidur tapi bila diajak tidur dia tak nak. Kemudian, bila dia dah mula mengamuk hempas-hempas barang Nuna ambil dukung dia ajak tidur. Tak lama tu dia ketiduran dipelukan Nuna. Tak sampai 5 minit tidur Awliya bangun semula sambil merengek then dia kembali baring tapi dalam keadaan sujud.
Time ni macam tak pelik lagi sebab bila cakap dengan dia, Awliya masih respon lagi sebab husband betulkan posisi dia kepada baring. Kebetulan Aliyah merengek so Nuna cakap dekat husband, ‘Ambillah Aliyah ni biar mama tidurkan Awliya’. Nuna baring sebelah Awliya dalam posisi mengiring sambil peluk dia, tapi time ni Awliya asyik pandang atas je. Bila tanya kakak ok tak? Dia jawab ‘takut’ dengan suara seakan lemah, masa ni Nuna dah rasa pelik sikit.
Sekelip mata seperti tak sedarkan diri
Sekelip mata Awliya jadi seperti tak sedarkan diri tapi matanya terbuka luas. Nuna bangun dan baringkan badan dia secara terlentang. Goyang-goyangkan badan dia sambil panggil nama dia berharap dia akan menyahut, tapi dia tak juga nyahut dan matanya masih terbuka luas dan pandang atas. Badannya pula memang lembik seperti orang pengsan. Nuna panggil husband tengokkan Awliya.
Husband pun panggil dan goyang-goyangkan badan Awliya tapi tiada respon langsung walaupun mata dia terbuka luas. Husband dukung terus bawa ke sinki dapur, basahkan muka dia banyak kali tetap tak ada respon dan badan memang lembik habis. Kami berdua meluru panggil ibu Nuna tengokkan Awliya. Ibu ambil dukung dia panggil nama dan goyangkan badan pun sama juga terus ibu cakap bawak ke klinik cepat. Husband dengan ibu je pergi klinik, sementara tu Nuna stay dekat rumah tunggu abah balik ambil untuk bawa ke klinik.
Sesampai di klinik husband bagi tahu, Awliya kembali stabil, dia menangis macam mengantuk. MO masa ni peliklah nampak normal je Awliya masa ni tapi selepas ibu ceritakan Awliya memang collapse dan lembik , MO tetap juga buat untuk refer ke hospital untuk check punca kenapa dia dalam keadaan tak bermaya tapi mata terbuka. Sedang MO buat refer letter, husband bawa Awliya duduk di kerusi menunggu depan klinik.
Muntah dan terus pengsan
Tiba-tiba Awliya muntah dengan banyaknya kemudian dia terus pengsan. Sedar keadaan tu MO terus suruh baring mengiringkan dia masa tu juga Awliya terus kena sawan satu badan kejang dan keras. Keadaan memang jadi kelam-kabut masa tu MO capai tangki oksigen dan inject ubat kancing gigi. Tak lama kemudian, badan Awliya kembali lembut dan dia terus ditidurkan dan MO pasangkan oksigen sebab masa ni paras oksigen Awliya memang amat rendah dan takut risiko oksigen tak sampai ke otak.
Ibu Nuna ada bagi tahu semasa Awliya terkena sawan, mata Awliya pandang ke atas tetapi anak matanya bergerak seperti mengikut sesuatu dengan mata terbeliak. Ibu Nuna dan husband memang tak lupa apa yang mereka nampak. 6.30 petang, ambulans pun sampai. Setelah petugas siapkan semua dokumen, husband pun naik ambulans dengan Awliya. Kami semua follow dari belakang. Tapi semasa dalam perjalanan Awliya kembali sedar dan bertindak agresif dan menangis meronta.
Masuk zon merah
Sesampainya di hospital terus Awliya di masukkan ke Zon Merah, masa ni Awliya masih dengan husband tapi masih menangis berikutan kepalanya sakit. Nurse masukkan ubat bontot untuk redakan sakit kepalanya. Tak lama kemudian Awliya tertidur sendiri. Semasa Awliya tidur doktor maklumkan pada husband Awliya akan dibawa untuk full CT Scan untuk ketahui masalah dan punca Awliya jadi begini. Sebelum masuk ke bilik CT-Scan, nurse bagi ubat tidur sikit sebab takut Awliya terjaga apabila sedang scan nanti.
Doktor suspek alami gegaran otak
9 malam doktor maklumkan pada husband bahawa Awliya akan ditahan 1 malam untuk dipantau dalam masa 24 jam jika berlaku lagi simptom sawan, muntah atau pengsan. Doktor suspek kemungkinan Awliya mengalami gegaran otak. Dari result CT scan doktor bagi tahu otak dan kepala Awliya dalam keadaan baik tiada sebarang trauma, darah beku atau sebarang tanda yang musykil lah senang cerita. Lagipun masa ni doktor tengok Awliya dah kembali stabil dan aktif. Tiada lagi simptom-simptom menangis meronta atau pasif masa tu.
Kemudian jam 11 malam, husband dan Awliya naik ke wad, masa ni Nuna dan abah serta baby Aliyah je berada di hospital. Ibu dan anak lelaki Nuna, Adam dah balik dulu sebab masa ni Adam dah ketiduran. Abah Nuna bekalkan roti dan air susu kotak je yang boleh sebab nak tapau kedai banyak tutup dan belikan tapau mamak husband tak nak. Abah Nuna bagi tahu time ni Awliya memang dah nampak ceria dan aktif. Sesampainya abah dekat wad hantar bekalan Awliya tegur abah seperti biasa selera makan pon seperti biasa.
Alhamdulillah lega lah hati Nuna ni sebagai mama. Setelah selesai hantar bekalan, kami pun balik menuju ke Kahang. Pada malam tu doktor ada ke katil Awliya bertanya husband keadaan Awliya sama ada normal atau ada tanda yang pelik atau meragukan. Husband bagi tahu yang dia dah kembali normal main gelongsor, lompat-lompat dan ketawa. So doktor cakap baguslah kita tengok lagi esok macam mana.
Alhamdulillah, Awliya kembali pulih
Pagi esoknya, doktor round patient dia tengok Awliya aktif dan ceria. Dia pun kata bagus adik ni kuat dan ceria je. Husband sempat seloroh cakap ni kalau kat rumah garang macam Kak Yong doktor. So, sampai Nuna datang wad pun memang nampak Awliya kembali ceria dan aktif. My cheeky Awliya is back. Alhamdulillah, Ya Allah!
Sebelum discharge doktor bagi tahu tentang keputusan darah dan CT scan semua normal tiada apa apa yang perlu dirisaukan. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Apa yang dapat disimpulkan doktor suspek Awliya gegaran otak. Mungkin sebab jatuh dibahagian kepala, ye memang Awliya ada mengadu jatuh tapi jatuh kat anggota mana dan macam mana memang kami tak tahu sebab kami tak nampak. Tu silap dan kecuaian kami as a parents tak dapat nak pantau setiap pergerakan dia, walau mulut ni berpuluh ribu kali sebut ‘hati – hati’, ‘main baik-baik’.
Seandainya kami tak bawa Awliya terus ke klinik untuk rawatan yang betul tapi sebaliknya bawa untuk ikhtiar kaedah perubatan lain. Memang kami akan menyesal seumur hidup sebab Awliya ada risiko mati otak apabila oksigen tak sampai ke otak dalam tempoh tertentu. Dengar pun takut apatah lagi kami yang alaminya.
Jika anak jatuh segera bawa ke hospital
Nuna kongsikan sedikit apa yang doktor sampaikan kepada Nuna. Sekiranya anak jatuh tapi kita tak nampak jika ada tanda seperti sawan, muntah-muntah, demam tinggi, pengsan atau lemah segerakan lah bawa anak anda ke hospital untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Di hospital mereka akan pantau anak kita dan lakukan beberapa scan atau X-ray serta ujian darah. Di hospital memang cukup kelengkapan untuk ketahui apa yang tubuh anak kita akan alami kesan dari jatuh itu. Dari luar memang tak nampak tapi dalaman kita tak tahu.
Jadi jangan pandang mudah dan remeh bila anak mengadu jatuh atau anda nampak dia jatuh dan alami simptom di atas. Segera bawa ke hospital. Semoga perkongsian pengalaman yang Nuna lalui ini dapat beri manfaat kepada ibu bapa yang lain. Doakan kami semua diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Sumber: Nuna Razak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Bersalin Tak Semestinya Susu Terus Keluar, Ini Sebabnya Yang Mama Perlu Tahu
Apabila plasenta anda berpisah daripada rahim semasa proses kelahiran, tahap hormon progesteron dalam tubuh anda akan ketara menurun, seterusnya menyebabkan pengeluaran kolostrum dan susu badan.
Bayi baru lahir akan menerima kolostrum sebagai susu awal dalam tubuh ibu. 2 hingga 4 hari kemudian, susu badan anda akan ada dan menjadi cecair pertama.
“Akan tetapi, bagaimana jika pengeluaran susu badan saya terlalu sedikit untuk bayi?” – kebanyakan ibu bertanyakan mengenai soalan ini.
Artikel ini menyediakan anda punca paling lazim yang menyebabkan kekurangan penghasilan susu badan selepas bersalin.
Faktor berkemungkinan tiada susu badan selepas bersalin
1. Faktor kelahiran
- Pendedahan kepada tekanan kerap dan berpanjangan: Lebihan hormon stres yang dibebaskan sebelum dan semasa kelahiran disebabkan oleh kesukaran untuk bersalin atau penggunaan forseps atau C-sections boleh menyebabkan penurunan dramatik kuantiti susu ibu dan mengelakkan susu badan daripada keluar.
- Kehilangan darah yang banyak: Lelehan darah bersalin disebabkan keadaan kesihatan seperti pendarahan postpartum atau sindrom Sheehan syndrome boleh menyekat kemampuan otak untuk mengawal hormon laktasi.
- Plasenta atau tisu plasenta halus terlekat: Jika plasenta terlekat dalam badan anda, paras progesteron tidak akan menurun. Maka, tiada isyarat susu awal dihantar kepada otak.
- Salah jajaran vertebra tulang belakang.
- Kelahiran pramatang: Jika bayi anda lahir sebelum tarikh jangkaan bersalin, tisu kalendar anda belum cukup matang untuk memulakan pengeluaran susu.
- Penggunaan ubat penahan sakit.
- Bayi berat semasa lahir.
2. Keadaan perubatan
Keadaan kesihatan ibu juga menjadi penyumbang besar kepada kuantiti dan kualiti pengeluaran susu selepas bersalin:
- Diabetes: Ibu yang mengalami diabetes tetap atau diabetes sementara semasa hamil (atau diabetes gestasi) boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu.
Ini kerana penyusuan susu ibu amat bergantung kepada paras insulin. Ibu yang mengalami sebarang bentuk diabetes bermakna anda tidak boleh mengawal paras insulin anda, menyebabkan tubuh anda tidak mampu untuk mengawal pengeluaran susu badan.
- Terlebih berat badan atau obesiti: Sama ada ia disebabkan gangguan metabolisma yang wujud sebelum hamil (seperti hyperthyroidism) atau disebabkan gaya hidup, ibu pasti berisiko tinggi mengalami kekurangan prolaktin jika bacaan BMI sebelum hamil adalah melebihi 26.
- Sista lutein teka ovari gestasi: Ini merupakan keadaan luar biasa di mana tubuh menghasilkan jumlah testosteron berlebihan yang boleh menumpaskan pengeluaran susu yang betul semasa tempoh selepas kelahiran.
Bagaimanapun, paras testosteron akan beransur berkurangan selepas 3 hingga 4 minggu dan susu badan akan mula keluar apabila paras testosteron menurun kepada sekitar 300 mg/dL.
Dapatkan Bees Talk Pure Honey Value Set
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/health-food/bees-talk-pure-honey-value-set-20159518?utm_source=pama&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”flat” background=”#ef402d” size=”6″]Bees Talk Pure Honey Value Set[/su_button]
3. Pengurusan penyusuan
Penting untuk setiap ibu untuk mula memerah susu menggunakan tangan dalam tempoh beberapa jam terawal selepas kelahiran, untuk merangsang pengeluaran susu dan mencegah pembengkakan payudara (akibat susu penuh).
Pembengkakan payudara adalah keadaan yang boleh menjurus kepada kekurangan susu badan.
4. Faktor lain yang berpotensi
- Pengunaan ubat tertentu semasa kehamilan dan kelahiran berkait dengan pengurangan pengeluaran susu.
- Risiko penghasilan susu terbantut akan meningkat seiring dengan usia ibu.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Tak Kalau Kepala Anak Berkerak & Berkuping? Cuba Ikhtiar Ini Untuk Hilangkannya
Masalah kulit kepala berkerak (craddle cap) kerap berlaku di kalangan bayi. Selain kelihatan kurang menarik, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi bagi kes yang teruk.
Craddle cap lazimnya terjadi kepada bayi yang berambut nipis. Ia kelihatan seperti kelemumur. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik.
Permasalah ini juga dikenali sebagai kerak kepala, kerana selain penampilan bayi tidak menarik, kerak tersebut menyebabkan bayi jadi gelisah, gatal dan bau kepala bayi yang kurang menyenangkan.
Tetapi dalam kes-kes yang teruk, kerak kepala itu boleh menjadi radang atau mendapat infeksi. Biasanya rawatan menggunakan krim anti fungus. Bagi kes kerak kepala yang minor cukup sekadar menggunakan minyak dan membasuhnya dengan cecair pembersih.
BAGAIMANA IA TERJADI
Kerak kepala ini muncul kerana pengeluaran minyak di bahagian kepalanya yang kemudian akan mengering dan mengelupas. Ada juga pendapat mengatakan bahawa hormon yang diterima bayi dari ibunya diakhiri kehamilan berlebihan sehingga mengakibatkan masalah tersebut.
Dalam minggu-minggu pertama bayi biasanya beberapa orang bayi mengalami pembentukan kerak di bahagian kepala bayi. Ia seakan serpihan kulit seperti kelemumur. Jangan anggap ia perkara yang remeh. Ini kerana jika kerak ini semakin banyak dan tebal akan semakin sukar menghilangkannya.
MESTI ELAK 5 PERKARA INI BILA KEPALA BAYI BERKERAK!
1.Cuaca atau suhu yang panas di ruangan yang membuat bayi berkeringat.
2.Pemakaian topi bayi tempoh masa yang lama.
3.Meletakkan bedak di kepala bayi.
4.Jika kerak sangat tebal, jangan mencuci kepala bayi setiap hari kerana kepala bayi akan semakin kering.
5.Jangan memaksa mengelupas kerak dalam keadaan kering kerana akan membuat kepala bayi terluka.
PETUA CUCI KERAK DI KULIT KEPALA BAYI
Berikut ialah langkah demi langkah menghilangkan kerak kepala bayi. Disarankan untuk melakukannya sebelum atau sewaktu memandikan bayi.
- Sediakan minyak kelapa, berus rambut bayi dan tuala kecil. Santan kelapa atau minyak zaitun juga boleh digunakan.
- Letak sedikit minyak pada tuala kecil dan gosokkan pada kulit kepala bayi.
- Lakukan gosokanlembutdi atas kepala bayi pada kawasan yang didapati mengandungi kerak kepala. Lakukan secara perlahan dan lembut untuk mengelak kulit kepala bayi luka atau melecet.
- Biarkan minyak itu meresap dalam tempoh minimum 15 minit sehingga 1 jam. Dalam tempoh itu biarkan bayi anda bermain dengan permainan kesukaannya.
- Selepas tempoh itu, gosok pada bahagian kerak kepala yang telah disapukan minyak tadidengan menggunakan berus khas bayi. Buat gosokan secara bulatan berulang kali secara lembut. Hati-hati, kulit kepala bayi masih lembut.
- Setelah itu, basuh rambut bayi menggunakan air untuk mengeluarkan kerak kepala yang masih melekat pada rambut nipis bayi. Untuk lebih berkesan gunakan sedikit syampu atau sabun bayi dan tuala basah untuk mengeluarkan sisa-sisa kerak kepala bayi anda.
- Selepas kepala bayi dikeringkan, sapukan sedikit minyak kelapa atau minyak zaitun untuk melebatkan rambut bayi anda. Ia seakan menjadi minyak rambut bayi anda. Lakukan pembersihan lagi jika kerak masih ada keesokan harinya.
- Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika ia masih berlarutan atau merebak ke muka atau leher anak anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI