Anak yang mudah marah atau sentap tak tentu pasal ni sebenarnya ada masalah emosi. Sama ada dia terlalu penat atau terlalu stres sehingga emosi meletus.
Jangan tunjuk bos pula!
Dalam hal ini, apa yang perlu ibu bapa lakukan. Adakah kena naik suara untuk bagi anak berhenti dari merajuk atau buat perangai. Ingat anak yang cepat marah sebab emosinya tak stabil. Ibu bapa kena faham apa pendekatan yang boleh buatkan mereka rasa sedemikian.
Perkongsian dari Mohd Fhais yang juga seorang penulis mengenai tip keibubapaan boleh dijadikan panduan.
Semalam annur rania balik dari sekolah saya dah perasan dia bad mood dan kurang aktif. Pada pandangan saya dia letih otak sebab ada exam di sekolah.
Panggil main kat luar rumah pun dia tak nak. Selalu pantang di pelawa, laju je dia keluar. Barangkali memang penat betul tu. Saya biarkan saja.Sampai ke malam begitu. Malah makin parah. Tup tup tiba waktu nak makan dia meletus!
Mamanya suruh dia ambil kerusi bawa meja makan duduk sekali dengan aisy. Aisy pula pantang dengar, dia pula berlari nak ambil kerusi tu.
Masa tu rania dah mengamuk. “Kan mama suruh kakak ambil, aisy tak payah ambil”
Tak bergerak gerak juga. Saya pun datang angkat kedua dua kerusi bawa ke meja makan. Ingat dah selesai drama tadi, rupanya tidak.
Annur rania dengan tidak semena mena tinggi suara,
Ads
“Kenapa papa ambil kerusi tu, kan mama suruh kakak ambil?”
Lepas cakap terus berlari masuk bilik, meniarap atas katil, kepala tangkup ke bantal, di selangi dengan tangisan sayu teresak esak.
Saya pun apa lagi, memang la rasa marah membuak buak. Dah la dia yang buat perangai, kita tolong redakan keadaan, kita pula kena marah, lepas tu dia pula yang menangis. Tak boleh jadi ni!
Dalam kepala otak memang tak fikir lain dah, rasa nak tunjuk siapa bos!
Bergegas masuk bilik, buka pintu dengan suara garang saya panggil ANNUR RANIA!
Berderau jantung, meleleh air mata dan sayu rasa hati bila saya nampak annur rania angkat kepala melihat saya dengan raut wajah yang sangat sedih sekali.
Ads
Tak sampai 2 minit pun menangis tapi air mata bercucuran macam hujan dan kelopak mata atas bawah kemerah merahan tu tanda ini tangisan responsif bukan manipulatif.
Mulanya dia pandang muka saya kaku tanpa kata apa-apa.
Saya pun cuba sekali lagi, kali ni saya turunkan nada suara dan tukar dari bercakap kepada bertanya, “Rania ok?”Terus dia berlari ke arah saya dan peluk dengan kuat sekali. Tangisan yang bunyi sayu tadi dah jadi bergema. Kuat dan lantang. Lepaskan la nak, lepaskan semua emosi yang terpendam tu. Jangan di simpan lagi!
Sambil menangis sambil berkata,
“Rania minta maaf papa, rania tak sengaja”, rania
Ads
“Ok sayang, papa dah maafkan tapi jangan buat lagi tau!”, saya
“Ok papa”, rania
Happy ending. Rania pun terus keluar makan dengan aisy. Walaupun makan tak habis, tapi drama tadi habis. Sungguh melegakan.
Kadang kadang kita lupa yang anak kita ni dah tak ada siapa siapa lagi. Dia hanya ada kita je dalam dunia ni.
Gembiranya dia balik pada kita. Sedih pun dia balik pada kita juga. Serba serbi kita tempat dia tuju segalanya.
Jadi kita dahulu kena fahami anak. Bila dia sedih mesti ada sebab, bila dia marah marah mesti ada sebab. Mustahil emosi boleh bergolak sendiri kalau tak ada angin.
Anak tak perlukan bos yang sentiasa betul tapi anak perlukan mak ayah yang sentiasa ada untuk di peluk dan di cium saat diperlukan.
Makin marah, makin kuat peluk anak kerana itu adalah bius ketenangan setiap anak.
Sumber: Mohd Fhais
Anak pun manusia juga ada hati dan perasaan bukan robot!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memang betul apa yang dilihat akan ditiru. Selalu melihat kedua ibu bapa bersolat membuatkan Dhuhaa Sophea mula minat untuk menyertai mereka.
Dhuhaa Sophea Stumbrys yang pernah viral di laman sosial kerana kecomelannya pernah dinobatkan sebagai bayi tercantik di dunia sekitar tahun 2017. Anak perempuan berdarah kacukan Rusia- Malaysia ini kini menetap di Stockholm, Sweden.
Dhuhaa yang kini sudah pun menginjak ke usia 2 tahun 11 bulan. Ibunya yang merupakan bekas model muslimah, Siti Safura sering berkongsi di laman sosial Instagram tentang perkembangan terbaru Dhuhaa.
Bapa kepada Dhuhaa adalah seorang mualaf yang memeluk agama Islam beberapa tahun sebelum mendirikan rumah tangga.
Pada usia yang masih kecil, Dhuhaa berminat untuk sama-sama mengikuti Safura dan bapanya, Asadullah Stumbrys solat. Malah obsesi positif ini menyebabkan si kecil ini peka dengan azan dan terus mengajak ibu bapanya bersolat.
Waktu ni , Daddy tengah ajar Sophea solat since sekarang dia suka sangat join kami solat.
DENGAR AZAN AJAK DADDY SOLAT
Setiap kali dengar azan di phone kami, terus dia melompat-lompat ajak daddy solat ( kalau Daddy ada kat rumah ) tapi bila waktu azan Daddy tak ada kt rumah, dia akan tanya Mommy, “ Daddy go to masjid? “ sebab biasanya Daddy selalu bawa dia ke Masjid sama-sama.
BAPA KATA U NEED TO COVER YOURSELF, DHUHAA MENJERIT MINTA TUDUNG
So semalam Daddy cakap , “ if u want meet and talk to Allah SWT , u need always to cover yourself with hijab and always be clean. And we need to take wudhu’ .
Sebelum nak practice solat tu, dia jerit-jerit kat Mommy minta nk hijab . Sweet sangat tengok dua beranak ni belajar solat.
IBU NAK HADIAHKAN TELEKUNG KANAK-KANAK UNTUK DHUHA SEMPENA ULANG TAHUN
Jadi Mommy terfikir nak tanya ada tak sesiapa tau kat sini yg jual telekung sekali sejadah untuk kanak-kanak, Mommy nak hadiahkan untuk Sophea sempena birthday dia September depan .. .
Kalau ada please komen kat bawah so Mommy boleh usha & pilih mana yang berkenan then i will send DM to u.. mana tau ada juga ibu bapa lain yg nak cari pakaian solat untuk anak-anak kecil dorang kan.
Anak kita berbeza-beza dan punya keistimewaan masing-masing. Namun amat berbeza dan istimewa bagi buah hati kesayangan rakyat Malaysia, adik Ainul Mardhiah yang cukup istimewa dalam semua segi.
Terbaru menerusi Instagramnya ibunya, Nurul Erwani Zaidi, ibu kesayangan Ainul ini berkongsi peribadi Ainul yang cukup istimewa malah tidak dijangka.
Kongsi ibunya, Ainul memilih untuk membaca dan melihat Yassin kepunyaan ayahnya berbanding buku-buku cerita yang dibelikan untungnya. Anak bijak.
“Ainul ni memang seorang yang tak dijangka tau! Sebab apa mama Ainul cakap macam ni sebab berbeza betul perwatakan dia dengan budak lain ya.
“Setiap hari ada je akal dia yang dia nak buat. Contohnya macam dalam video ni lah. Hari ni dia boleh pulak selongkar almari walidnya lepas tu terjumpa buku Yasin.
“Dia bawa buku Yasin tu dan duduk atas kerusi. Yang peliknya mak dia ni punyalah sediakan rak buku cerita untuk dia, satu buku pun dia tak pernah nak bawak ke kerusi sampai tengok macam tu ya. Selalu kena paksa baca je. hahaha,” katanya bercerita.
Biar pun masih tidak tahu membaca namun usaha Ainul dan tertarik dengan kalimah suci Allah situ sudah menyentuh hati kita.
Rupanya sepanjang Ainul sakit, antara amalan ibunya adalah dengan mengamalkan selawat nurul mubin. Begitu juga dengan Yasin 7 Mubin.
“Mama Ainul nak kongsi sikit, selawat nuril mubin ni mama Ainul selalu amalkan dalam hati masa Ainul sakit dulu sampailah sekarang.
“Selain dari baca Yasin 7 mubin, selawat ni juga penguat mama supaya mama yakin Ainul pasti diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik dan juga dipanjangkan umur Ainul oleh Tuhan.
“Alhamdulillah, Tuhan tu maha mendengar. Kita boleh sama-sama amalkan juga ya,” kongsinya lagi.
Terdahulu tidak hanya menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan yang berada di dalam mulutnya suatu ketika dahulu bahkan Ainul juga turut diuji dengan jangkitan kuman. Semoga anak kecil ini terus sihat dan membesar dengan baik.
Musim cuti PKP ni banyak betul muncul resipi baru di media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Pasti ramai yang terjebak untuk membuat lebih-lebih lagi bahan yang digunakan sangat mudah didapati di dapur rumah dan tidak perlu banyak bahan yang diperlukan.
Malah jika tiada, ada yang antara masyarakat kita sanggup mencari di pasaraya asalkan dapat mengikuti trend resipi masa kini. Antara resipi yang viral dan mudah semestinya Dalgona Coffee. Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja dan yang paling penting lebih murah berbanding kita beli di cafe-cafe minuman kopi yang ternama dan rasanya ‘sebijik’ kedai mai.
Namun tak semua resipi sesuai untuk semua golongan masyarakat. Jika sebelum ini anda memang alah terhadap kopi ataupun anda bukan penggemar kopi. Kami sarankan agar anda tidak mengikuti trend ini. Tak semua orang ‘serasi’ dengan kopi jadi anda bertukarlah kepada minuman coklat dan minuman lain. Buatlah Dalgona Milo, pun boleh What!
Bukan hanya netizen sahaja terpengaruh dengan resipi viral ni, golongan selebriti pun tidak terkecuali untuk mencuba. Antaranya Betty Rahmad. Jom kita baca perkongsian Bety selepas dia mencuba Dalgona Coffee.
Terpengaruh dengan socmed punya pasal haritu terjebak dengan #dalgonacoffee Siapa yang belum try & tak biasa dengan coffee please read this.
Nak share experience i haritu lepas minum air viral ni, mula-mula hyper lepas tu jantung laju. Bila jantung dah laju macam-macam benda negative dalam kepala dengan situation dunia sekarang.
Pastu malam susah nak tidur, paranoid sampai rasa ada anxiety. But i thought i was overthinking until i read this. Haiyaaaa sampai harini badan rasa banyak angin!
So now i tau punca dia adalah #dalgonacoffee No more!!!🤦🏻♀️ Ada tak yang rasa macam i? #sayainsaf #nomoredalgonacoffee
Haa Betty nampaknya dah insaf dengan tanda pagar #sayainsaf. Ada tak papa mama yang dah taubat memang tak akan minum lagi dah Dalgona Coffee? Ataupun ada yang dah mula jatuh cinta dengan Dalgona Coffee?
Pendapat penulis pula sebagai penggemar Coffee, Dalgona Coffee lebih jimat berbanding beli diluar dan boleh buat beberapa kali malah boleh buat untuk seluruh ahli keluarga.
Tapi AWAS! minuman berkafien sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jangan pula kita bagi pada anak. Hanya sesuai untuk orang dewasa. Untuk si kecil buatlah air buah-buahan tanpa gula. Itu lebih baik.
Bagi yang pertama kali ingin mencuba, penulis sertakan resipi padu Dalgona Coffee viral;
RESEPI DALGONA COFFEE
Bahan bahan:-
Serbuk kopi/Nescafe
Susu segar
Gula
Air panas
Ais (pilihan)
Cara: (A)
Ambil bekas dan campurkan 3 sudu kecil serbuk kopi, 4 sudu kecil gula , 4 sudu kecil air panas dan pukul dengan whisk utensil/mixer sehingga pekat dan likat.
Cara: (B)
Ambil gelas letak ais kalau taknak ais terus letak susu segar. Kemudian tuang (A) atas susu tu. Dah siap! Selamat mencuba semua.
Tips kurang manis : Pakai gelas besar biar susu lebih hehe nanti rasa sebati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.