Kebocoran maklumat sulit dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengundang kebimbangan ramai ibu bapa. Bukan sahaja menggugat kelancaran siasatan, malah menyebabkan saksi remaja yang terlibat mengalami trauma mendalam.

Menurut laporan Sinar Harian, Peguam Datuk Ram Singh mendedahkan, beliau sendiri bertemu remaja berkenaan bersama ibunya pada Jumaat lalu dan mendapati kedua-duanya berada dalam keadaan tertekan serta menangis akibat pendedahan maklumat sulit tersebut.

Maklumat Sulit Kes Zara Qairina Bocor, Saksi Trauma: Ibu Menangis Bersama Anak
Ram Singh membuat laporan polis di Balai Polis Luyang, Kota Kinabalu. Gambar kecil: Zara Qairina

“Kebocoran maklumat itu menimbulkan ketakutan serta tekanan emosi kepada saksi pelajar. Saya sendiri telah menemui saksi dan ibunya… mereka dalam keadaan trauma serta menangis akibat pendedahan tersebut,” katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Luyang kira-kira jam 4.14 petang.

Menurutnya, maklumat sulit yang sepatutnya hanya direkodkan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu telah didedahkan secara tidak bertanggungjawab di media sosial, malah tular melalui aplikasi WhatsApp serta TikTok.

Ads

“Pendedahan tersebut mengandungi nama penuh, alamat rumah, nombor pengenalan diri, malah video di TikTok turut memaparkan nama-nama kelima-lima kanak-kanak yang dituduh dalam kes ini,” jelasnya.

Datuk Ram Singh menegaskan, kebocoran maklumat seperti ini bukan sahaja mendedahkan saksi kepada risiko keselamatan, malah melanggar undang-undang berkaitan perlindungan saksi dan kanak-kanak, khususnya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Beliau meminta polis menyiasat segera pihak yang bertanggungjawab agar prosiding inkues tidak terus tergugat.

Ads

Maklumat Sulit Kes Zara Qairina Bocor, Saksi Trauma: Ibu Menangis Bersama Anak

Ads

Sementara itu, prosiding inkues di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu ditangguhkan selepas keterangan saksi kelapan, Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd Sagap, 31. Koroner Amir Shah Amir Hassan turut meluahkan kekecewaan selepas dimaklumkan mengenai kebocoran pernyataan saksi remaja pertama yang telah tersebar di media sosial.

Untuk rekod, Allahyarhamah Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah agama pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) keesokan harinya.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Pa&Ma menyeru semua pihak lebih berhati-hati menjaga privasi kanak-kanak. Mereka bukan sekadar saksi; mereka juga anak-anak yang sedang belajar membesar dan perlukan perlindungan kita semua.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI