Melatih anak duduk di dalam car seat sememangnya bukan satu hal yang mudah. Dek kerana itulah latihan ini perlu dilatih sejak anak masih kecil lagi kerana dia masih tidak mengerti apa-apa.

Pun begitu melatih bayi juga memerlukan sedikit kemahiran malah kerjasama yang tinggi, baik dari ibu mahupun ayah. Sama-sama perlu sepakat. Inilah yang cuba dikongsikan oleh pelakon dan pengacara Yasmin Hani.

Sambil menyarankan agar semua ibu bapa lebih prihatin untuk mewajibkan anak-anak kecil duduk di dalam tempat duduk khas kanak-kanak atau carseat, Yasmin turut berkongsi tipnya.

“Maksimum 2 Minggu Anak Bising-Bising”, Yasmin Hani Kongsi Tip Latih Anak Duduk Dalam Carseat!

Yasmin yang berkongsi tip itu di instagramnya turut memuat naik satu video kepada pengikutnya. Kata Yasmin, anak mula mengamuk, marah dan menangis kerana tidak mahu berada di dalam carseat adalah hal yang biasa. Ada caranya. Tip paling utama adalah kecekalan hati, jangan mudah merasa goyah bila mana anak mula menangis atau memberontak.

“Ada yang cakap susah la nak letak anak dalam carseat. Dia marah, mengamuk, nangis, jadi daripada dia nangis dan duduk dalam carseat, lebih baik dia diam dan duduk sendiri atau atas riba.

“Hani doakan hati korang cekal dalam nak train anak-anak duduk dalam carseat. Maximum 2 minggu la anak tu bising-bising. Kena tahan sikit la yea cuba dan cuba sampai jadi.

“Ibu bapa kena jadi satu team, bukan dengan mummy duduk, dengan daddy tak duduk dalam carseat haha keliru budak tu..,” katanya.

 

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

Ada yg cakap susah laaaa nak letak anak dalam carseat.. Dia marah, mengamuk, nangis, so daripada dia nangis dan duduk dalam carseat, lebih baik dia diam n duduk sendiri atau atas riba. Hani doakan hati korang cekal dalam nak train anak2 duduk dalam carseat. Maximum 2minggu la anak tu bising2. Kena tahan sikit la yea… Try k.. Try. Try aampai jadi tau.. Hehhee mummy n daddy kena jadi satu team, bukan ngan mummy duduk, ngan daddy tak duduk dlm carseat.. Hahhaa confused budak tu.. Ok apa2 tanya je kat sini k.. Maybe ramai mummy can help oso to share tip nak kasi anak2 duduk diam atau biasa dalam carseat. Selamat maju jaya lah yea.. Hehhee bawak kereta dengan cermat, jiwa selamat. #Carseat #HanisVid #HaniEissa #YasminHani #PesananKhidmatMasyarakat #BiarAnakBisingAsalkanSelamat

A post shared by Yasmin Hani Richardson 雅诗敏 (@yasminhani) on

Pengikut Turut Kongsi Tips

Video berdurasi 3.33 itu memperlihatkan cara yang digunakan Yasmin untuk memujuk anaknya yang tidak mahu dipakaikan dengan tali pinggang keselamatan. Akhirnya pujukan berhasil dengan satu tip mudah.

Pun begitu, Yasmin terbuka jika ada pengikutnya yang mahu berkongsi tip lain untuk anak mereka.

“Maksimum 2 Minggu Anak Bising-Bising”, Yasmin Hani Kongsi Tip Latih Anak Duduk Dalam Carseat!

IKLAN

“Apa-apa tanya je kat sini ok. Mungkin ramai ibu-ibu boleh bantu untuk kongsi tip nak kasi anak-anak duduk diam atau biasa dalam carseat. Selamat maju jaya lah yea bawa kereta dengan cermat, jiwa selamat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata para pengikut Yasmin di instagram turut berkongsi tip yang mereka lakukan pada anak masing-masing sehingga membuahkan hasilnya. Ini beberapa tip yang dikongsikan oleh mereka.

“Maksimum 2 Minggu Anak Bising-Bising”, Yasmin Hani Kongsi Tip Latih Anak Duduk Dalam Carseat!

“Maksimum 2 Minggu Anak Bising-Bising”, Yasmin Hani Kongsi Tip Latih Anak Duduk Dalam Carseat!

“Maksimum 2 Minggu Anak Bising-Bising”, Yasmin Hani Kongsi Tip Latih Anak Duduk Dalam Carseat!

IKLAN

Yasmin atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011 dengan Sha’arin Mohammed Razali Wong. Pasangan serasi ini mempunyai dua orang anak, Noah Ismail Wong, 7 dan Eissa Elzander Wong, 4 tahun.


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

“Maksimum 2 Minggu Anak Bising-Bising”, Yasmin Hani Kongsi Tip Latih Anak Duduk Dalam Carseat!

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Sumber: @yasminhani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI