Kes kanak-kanak yang viral dipatuk ular baru-baru ini membuatkan kita mula rasa risau membiarkan anak main di luar rumah. Hal-hal yang tidak dijangka semacam ini berlaku tanpa kita duga. Haiwan berbahaya bukan hanya dalam semak, kini di luar rumah pun haiwan berbisa seperti ular sudah mula menampakkan diri.
Bahaya untuk anak-anak kita yang bebas bermain di luar rumah. Namun jika ini terjadi, ibu bapa haruslah cepat-cepat bertindak. Ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari untuk menyelamatkan nyawa anak. Bimbang anak terkena patukan ular berbisa.
Meremang rasanya bila terbaca kisah kanak-kanak dipatuk ular yang viral baru-baru ni. Kecil lagi budaknya baru 3 tahun. Sebaya je dengan umur anak saya.
Ikutkan cerita, kanak-kanak tersebut duk mengadu sakit kaki masa masuk ke rumah lepas main basikal. Maknya ingat mungkin sebab terjatuh basikal. Itu kan biasa bila anak kita mengadu itu ini dan kita fikir sikit aje tu.
Tapi makin lama, kaki yang sakit tu makin membengkak dan sakit sampai tak boleh berjalan. Bila dibelek-belek baru nampak ada kesan gigitan. Aaah sudah. Hati si mak dah mula rasa tak sedap.
Rupa-rupanya bila diperiksa basikal anak tadi rupanya ada seekor ular tengah berlingkar betul-betul pada rantai basikal!
Apa lagi, berdesup teruslah bawak anaknya tu berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan kecemasan.
Kejadian begini sebenarnya payah kita nak jangka kerana bila-bila masa je boleh berlaku. Jarang terjadi tapi kita semua wajib cakna.
Ular sekarang tak hanya ada di semak samun saja. Di parking kereta, tepi pasu bunga pun kadang mereka rilek saja melepak santai.
Jadi bila situasi terkena gigitan haiwan berbisa begini terjadi pada anak-anak kita apa yang kita perlu buat?
1. Arahkan anak untuk kurangkan pergerakan pada anggota yang tercedera supaya dapat cegah bisa patukan daripada merebak. Lagi bagus kalau kita pasangkan anduh atau splint.
2. Sebaiknya dukung si kecil kita tu sekiranya nak dipindahkan ke tempat lain dan jangan benarkan dia berjalan sendiri.
3. Tanggalkan semua perhiasan kalau ada. Jam tangan ke, cincin ke atau gelang daripada anggota badan yang dipatuk sebab biasanya anggota tersebut akan membengkak. Masa tu lagi payah nak tanggalkan.
4. Jika terdapat pendarahan, cover dan tekan sikit dengan kain bersih. Tapi jangan ikat anggota yang tercedera menggunakan tourniquet.
5. Jika semburan racun ular terkena mata, segera bilas mata dengan air yang banyak.
6. Cepat-cepat bawa si kecil tu ke fasiliti kesihatan untuk rawatan lanjut. Kalau boleh, tolong ingat jugak maklumat penting seperti bagaimana rupa ular, panjang, warna, rupa bentuk kepala, badan dan ekor demi memudahkan doktor dalam menentukan rawatan “antivenom” jika perlu.
Bab ni penting sangat untuk kita semua belajar dan tahu. Tolong #share ilmu ni dengan kawan-kawan yang lain jugak ye.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Jangan lupa untuk saksikan power talk istimewa #Nifightagainstcancer yang akan berbincang tentang topik kanser pada 18 November 2020 ini!
Artikel berkaitan: Anak Mengadu Sakit Kaki Dipatuk Ular Berlingkar Di Rantai Basikal Ketika Bermain!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI