
Dengan peningkatan jumlah penumpang semasa musim perayaan, aspek keselamatan penerbangan menjadi keutamaan. Malaysia Airlines telah mengeluarkan peringatan kepada semua penumpang mengenai peraturan baharu penggunaan powerbank dalam penerbangan bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.
Bermula 1 April 2025 Hanya Dua Powerbank
Bermula 1 April 2025, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua powerbank dengan kapasiti antara 100 hingga 160Wh. Lebih penting, powerbank mesti sentiasa berada bersama penumpang dan tidak boleh disimpan di dalam beg kabin atau bagasi.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini, termasuk kebakaran akibat penggunaan powerbank yang tidak terkawal.
Elak Kebakaran dalam Penerbangan
Sebelum ini, insiden kebakaran dalam penerbangan Air Busan yang berpunca daripada peranti elektronik telah mendorong syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines melarang penggunaan powerbank dalam penerbangan mereka.
Demi keselamatan diri dan penumpang lain, pastikan anda mematuhi peraturan ini ketika pulang beraya atau bercuti bersama keluarga. Selamat perjalanan dan selamat sampai ke destinasi!
Sumber: Malaymail
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Disangka Hidup Bahagia Bersama Bapa, Rupa-rupanya Anak Kembar Dipaksa Tidur di Kaki Lima Flat

Seorang ibu meluahkan rasa hancur hati selepas mendakwa anak kembarnya yang masih berusia sekolah rendah tidak terbela sehingga terpaksa bermalam di kaki lima sebuah flat di Pulau Pinang.
Menurut wanita tersebut, selepas bercerai dia menyerahkan jagaan anak kepada bekas suami kerana menyangka mereka akan lebih terjamin di bawah penjagaan bapa kandung serta isteri baharunya. Namun sangkaannya meleset apabila muncul bukti anak-anak itu diabaikan.
Percaya Anak Dijaga, Rupanya Sebaliknya
Katanya, sewaktu perceraian berlaku, dia dalam keadaan tidak stabil dan berdepan masalah kewangan. Demi kebaikan anak, dia memilih untuk menyerahkan hak jagaan kepada bapa mereka yang mempunyai rumah tetap, pekerjaan stabil dan mampu menyekolahkan anak-anak.
“Saya ingat anak-anak bahagia dalam pelukan babah dan mak tiri mereka. Saya fikir mereka makan cukup, dijaga elok, rupa-rupanya sampai tahap tidur di kaki lima. Hati mana yang sanggup lihat keadaan begitu?” luahnya menerusi hantaran di Facebook.

Ada Bukti Kukuh, Sedia Bawa ke Pihak Berkuasa
Wanita itu menegaskan, dakwaannya bukan sekadar kata-kata kosong. Dia mendakwa memiliki bukti bergambar yang menunjukkan keadaan anak-anaknya, malah sudah bersedia untuk membawa kes berkenaan kepada pihak berkuasa.
“Jangan main-main dengan soal anak kecil. Akta Kanak-Kanak 2001 jelas menyatakan kebajikan mereka dilindungi,” ujarnya.
Laporan Polis Telah Dibuat
Dalam hantaran terbaharu, wanita berkenaan memaklumkan dirinya sudah membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau. Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
“Alhamdulillah, biarlah polis buat kerja mereka. Saya tak boleh cakap apa-apa lagi sementara siasatan berjalan. Yang salah tetap salah. Luluh hati saya bila melihat keadaan anak-anak,” katanya lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti Terengganu Diiktiraf Malaysia Book of Records, Cipta Rekod Pertandingan Mewarna

Pasti Terengganu diiktiraf Malaysia Book of Records, cipta rekod pertandingan mewarna. Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Terengganu mencipta sejarah tersendiri apabila seramai 14,865 murid menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 baru-baru ini diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR).
Pasti Terengganu Diiktiraf Malaysia Book of Records, Cipta Rekod Pertandingan Mewarna
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, pengiktirafan itu diumumkan sempena Perasmian Penutup Program Warna Warni Semarak Merdeka (Acara-Acara Sambutan Sempena Hari Kebangsaan) Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2024 di dataran jambatan angkat.

Menurutnya, pertandingan mewarna itu diadakan bagi menterjemahkan erti kemerdekaan sekali gus menyemai perasaan kasih dan cintakan tanah air dalam kalangan murid.
“Kita bersyukur dan berbangga kerana usaha ini membuahkan hasil apabila Pasti Terengganu diiktiraf MBOR dengan rekod peserta paling ramai menyertai pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
“Kita harap pertandingan mewarna yang dianjurkan ini dapat menyerlahkan lagi bakat serta menyemarak semangat kemerdekaan dalam kalangan anak-anak kita,” katanya.
Berdasarkan rekod, seramai 14,865 murid Pasti Terengganu menyertai pertandingan mewarna diadakan di seluruh cawangan Pasti pada 28 Ogos lalu.
Antara Pasti terlibat ialah Pasti kawasan Besut dengan seramai 1,218 peserta, Setiu (1,206), Kuala Nerus (1,884), Kuala Terengganu (1,914), Marang (2,750), Hulu Terengganu (1,133), Dungun (2,021) dan Kemaman (2,739).
Jelas Maliaman, program tersebut juga bertujuan merapatkan hubungan antara murid dan guru serta memberi impak positif dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
“Lebih membanggakan program itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa dan tenaga pengajar Pasti yang memberi sokongan penuh untuk acara bersejarah itu.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang terbabit dalam penganjuran acara ini termasuk pengusaha, ibu bapa, guru dan anak-anak,” katanya.
Beliau berkata, aktiviti seumpama itu dapat membantu menggilap bakat dan keyakinan yang tinggi dalam kalangan peserta bermula ketika usia paling muda.
“Tugas ini bukan mudah sebab itu kita kagum dengan guru-guru Pasti yang dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
“Apabila anak-anak ini besar kelak, mereka akan menjadi insan yang berbakat dan membesar dalam keupayaan mereka sendiri,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Baru 4 Tahun, Ambil Masa 15 Minit Namakan 147 Negara Melalui Bendera. Pecah Rekod MBOR!
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bella Park Umum Hamil, Video Tangisan Syukur Bersama Suami Buat Ramai Sebak!

Setelah sekian lama menanti, akhirnya pempengaruh yang juga usahawan, Bella Park mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak pertama bersama suaminya, Haikal Anuar.
Menerusi media sosialnya, Bella memuat naik video ketika cuba berkongsi perkhabaran gembira itu kepada suaminya.

Tambah Bella lagi, dia dan suami begitu terharu tambah pula anak sulungnya menerusi perkahwinan pertamanya sudah lama mengimpikan seorang adik.
“Alhamdulillah, kami dua emosi sangat sebab terus terbayangkan Nenel.
“Dia kan dah 10 tahun umur, dia memang teringin adik sangat-sangat,” tulisnya Bella menerusi kapsyen itu.

Melalui video yang dikongsikan Bella, ibu kepada seorang cahaya mata ini meletakkan kit kehamilan di dalam sebuah bekas sebelum berkongsi kegembiraan itu dengan suami.
Kedua mereka dilihat mengalirkan airmata sebagai tanda rasa syukur atas kurniaan rezeki yang dinantikan sekian lama.

Bella juga menerusi videonya turut sama mendoakan agar pejuang garis dua sentiasa bersemangat tidak putus asa untuk mendapatkan zuriat.
“Bella doakan semua yang tengah TTC akan diberikan zuriat secepat yg mungkin, Amin,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Bella dan Haikal mendirikan rumah tangga pada 1 Februari lalu. Bella turut mempunyai seorang cahaya mata menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Muhammad Danial Nazran atau lebih dikenali sebagai Nenel, 10 tahun yang juga anak autism.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


