“Malu Lah Bawa Bekal” Untuk Sediakan Bekal, Bukan Bangun Terus Siap! Perlu ‘Effort’ Isteri

Share

Ramai golongan isteri yang tak kisah untuk bangun awal menyediakan makanan untuk keluarga, bekalan untuk suami dan anak-anak.

Kerana air tangan isteri lebih baik dan sedap! Namun ada sesetengah golongan suami malu untuk membawa bekal kerana takut di perli rakan sekerja. Seperti perkongsian ini, hargailah jika ada isteri yang sudi untuk masak buat keluarga tercinta, banyak pengorbanan untuk pastikan setiap ahli keluarga sentiasa kenyang.

“Malu la bawa bekal.. Kau suami orang, dah lelaki dewasa, bukan budak-budak!” terkejut tengok masih ada orang yang komen berbunyi sebegini.
Hmm…

Untuk sediakan bekal ni, bukan bangun pagi terus siap. Tetapi banyakkkkkk pengorbanan yang dibuat. Ada orang yang kena sediakan bahan atau masak malam sebelum tidur. Pagi tu bangun dan lengkapkan masakan, masukkan ke dalam bekas, bla bla bla.

Ada orang yang bangun 1 jam atau 2 jam lebih awal nak sediakan bahan dan nak memasak tu. Sediakan bekas nak masukkan bekal, bla bla bla.
Ada orang yang kena buat perancangan nak sediakan bekal apa tu seminggu terus. Hari cuti hujung minggu buat perancangan, pergi kedai atau pasar, siangkan ayam ikan, masukkan ke dalam bekas untuk sejukbeku, tak dapat cuti pun, bla bla bla.

Bukan mudah. Jadi tak perlulah mengata, menyindir, memerli, atau seumpamanya. Dia sedang buat kebaikan. Kalau kita ni jenis tak suka bawa bekal atau malu atau apa saja, diam sajalah. Jangan condemn dia.

Kita ni dah la tak buat macam dia, lepas tu kita berkata-kata mengguris hingga dia mungkin berhenti buat kebaikan tu.

“Sayang, Abang tak nak bawa bekal dah sebab kawan-kawan mengata dan menyakat la… Malu la…” ni luahan si suami.
“Mama Papa, adik tak nak bawa bekal ke sekolah, sebab kawan-kawan mengusik…” ini luahan si anak.

Jahat gilerrrr la orang yang mengata dan memerli. Dia bawa bekal bukan bawa bom. Dia bawa bekas aiskrim bukan salah apa pun. Mengata pasal bawa bekal.
Mengusik pasal bawa bekal dalam bekas aiskrim atau bekas murah.

Akhir sekali isteri dia berhenti buatkan bekal.Akhir sekali mak ayah dia berhenti berikan bekal.Semua disebabkan mulut-mulut orang yang suka bercakap bukan-bukan.

Kan lebih baik kalau diam saja. Saya terasa, sebab saya pernah disindir bawa bekal ke tempat belajar dan tempat kerja. Saya terasa, sebab saya pernah disindir sediakan bekal sekolah untuk anak-anak. Saya terasa, sebab saya pernah disindir selalu share saya masak apa untuk bekal sekolah anak-anak. Orang yang follow Facebook saya ni tahulah ada netizen-netizen yang komen pelik-pelik hanya kerana saya lelaki dan setiap hari saya share saya sediakan sarapan pagi untuk keluarga dan bekal sekolah untuk anak-anak… Saya tak buat salah kat mereka tu pun. Kalau 100 kali kena, ada la 1 atau 2 kali saya respon sindiran tu. Saya pun manusia biasa je… Hehehe.

Sesungguhnya hanya orang yang sediakan bekal sahaja yang faham susah-payah nak sediakan bekal.
Sesungguhnya hanya orang yang pernah disindir kerana sediakan bekal sahaja yang faham sedihnya disindir.
Sesungguhnya bawa bekal, makan bekal dan sediakan bekal adalah tidak salah, dan tidak wajar untuk diperli.

Ya, saya faham ada rakan sekadar mengusik saja. Bukan menyindir pun. Baguslah rakan itu sekadar mengusik. Tetapi Tuan-Puan kena sedar, manusia yang menyindir adalah wujud dan tulisan saya ditujukan kepada golongan sebegini sahaja. Dan kita kena faham, ada masanya usikan juga bertukar menjadi sindiran negatif dan menyebabkan seseorang itu berkecil hati, sakit hati, menangis dan mengalami depression.
Berkata baik, atau diam saja.

Kredit : FB Syahr Musafir

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa