“Malulah Menangis!” Kesan Buruk Halang Anak Lelaki Menangis. Tangisan Itu Satu Bentuk Komunikasi

Share

Adakah anda biasa mendengar kata-kata ini? Bagi anda yang lelaki, anda biasa mendengarnya terutama semasa kecil. Sebenarnya ini adalah satu pembohongan.

Good boys or big boys do cry!
Bila anak anda menangis, baik lelaki ataupun perempuan bukanlah bermaksud dia anak yang tidak baik. Mengapa kita hendak kaitkan baik dengan tidak menangis dan jahat dengan menangis?

Anak itu sedang berkomunikasi
Tangisan hanyalah cara anak mencanangkan ketidakpuasan hatinya. Anak itu sedang berkomunikasi dengan kita, ibu bapanya. ANAK ITU SEDANG BERKOMUNIKASI! Jika dimarah semasa dia sedang berkomunikasi, lama-lama dia akan berhenti berkomunikasi dengan anda. Adakah itu yang anda mahukan, sayang? Tentu tidakkan. Bila tiada komunikasi, maka tiadalah pertalian!

Itu lagi satu perkara yang sangat kita khuatiri juga, bukan? Apa bakal terjadi jika kita dan anak-anak kita tiada pertalian kukuh? Bila anak mengangis begitu kuat atau meraung, kita boleh minta dia kurangkan kadar suaranya. Kita boleh minta dia berhenti menangis. Namun janganlah kaitkan dengan samada dia baik atau jahat.

Kerana ini amat mengelirukan anak itu. Bagaimana jika terjadi suatu hari nanti, dia terlihat anda menangis, adakah itu bermaksud anda tidak baik? Pertama mengapa Ibu tidak menggalakkan anda mengatakan kata-kata begini kerana ianya sesuatu yang amat mengelirukan anak-anak kita.

Bila anda sering mengatakan kata-kata begini, cuba bayangkan suatu hari kita bercerita kepada anak kita tentang seorang yang kita kagumi contohnya Nabi Muhammad s.a.w. Cerita semasa baginda kecil, semasa kematian ibu dan datuk baginda dan baginda menangis.

Ini diantara contoh yang boleh mengelirukan anak kecil kita. Kita kata Nabi s.a.w itu seorang yang baik. Tapi mengapa baginda menangis? Begitulah yang akan anak itu fikir. Jadi ini boleh menjadikan salah sangka.

-Kata-kata seperti Berulang Akan Menjadi Satu Kepercayaan
-Kata-kata seperti Good Boy Don’t Cry bila disebut berkali-kali akan menjadi satu kepercayaan di dalam diri anak-anak kita. Kesannya ia masuk ke belief system anak itu.

Bila ini terjadi akan ada dua kemungkinan;

Satu, kerana dia perlu menangis dan juga kuat menangis, maka dia mestilah bad boy…itu satu kepercayaan yang mungkin dia akan ambil tanpa kita berniat untuk itu terjadi. Kedua, sebab mahu pastikan dia good boy, dia pendam rasa sedih atau sakit. Dia pendam perasaannya. Kerana dia tidak hargai perasaannya, maka lama-lama dia lupa untuk berperasaan.

Jadi bila sudah besar, dia tidak tahu untuk menyatakan sedih dan tidak berani untuk menangis. Masalahnya, bukan itu sahaja perasaan yang dia tidak mampu zahirkan. Suka, gembira dan kasih dan sayang pun payah untuk dia rasa dan zahirkan.

Tiga Cara Tangani Anak Menangis

Oleh itu jika tidak mahu anak menangis melalak contohnya boleh buat begini:-
1. Tanya dengan ikhlas kepada apa yang menyebabkan dia menangis. Jika dia tidak tahu, bolehlah beri ‘menu list’ sebab.
Contoh;

“Sayang, apa yang menyebabkan sayang menangis?” Atau .
“Sayang sedih? Sayang marah? Sayang have bad dream?”

2. Bila sudah tahu, barulah ‘offer’ bantuan.
3. “Kalau mama peluk okay tak? atau nak mama duduk dekat abang jer?”

Ibu dan anak bongsu Ibu, Fia

Kisah Anak Bongsu Ibu
Semasa anak Ibu yang bongsu tu masih kecil, bila dia letih, demam atau sedih dia akan menangis. Dan bila Ibu tanya memang dia tidak boleh memberitahu. Jadi Ibu akan katakan kepadanya…“Fia boleh merengek pada mummy, merengeklah, mummy peluk Fia. Fia tak perlu menangis kuat sebab, I am here and I love you”.

Sekarang ni dia sudah 20 tahun. Dia bercerita kembali kepada Ibu bahawa ia sangat membantu dia mengendalikan perasaannya pada masa itu, bila Ibu izinkan dia mengeluarkan frustration dengan cara merengek. Sebenar tidaklah susah sangat kita hendak menenangkan anak-anak kita.

Yang penting kita jangan suka sangat melabelkan anak kita itu dengan nama-nama yang akan menjadi identiti yang tidak membantu dia dan kita langsung. Contohnya, memanggil anak kita cengen.

Ingat ya, kata-kata kita boleh menjadi doa yang tidak kita sengaja. Seperti yang Ibu katakan bahawa kesabaran memerlukan skil mengendalikan ‘state’ kita. Dan untuk kita boleh mengendalikan ‘State’ kita, kita perlu skil dan ilmu.

Salam Sayang,

Sumber:
Ibu Rose

Published by
NuFa