Bayangkan bagaimana perasaan ibu ayah ini yang hampir kehilangan anaknya. Sekelip mata sahaja mereka diuji.
Syukur alhamdulillah kerana Allah bagi peluang kedua untuk mereka sekeluarga. Ikuti pengalaman sedih dilalui oleh Puan Farah Rahim yang hampir kehilangan anak tersayang gara-gara batuk berkahak!
Assalamualaikum harini baru mama ada kekuatan untuk cerita apa yang jadi pada 17/3.
Mama abah terus bawak harraz pergi klinik. Kat sana 3 kali kena neb still same dan doc advice terus pergi hospital.
Masa otw pergi hospital, harraz merengek nafas semakin laju dan tiba-tiba harraz macam lembik dengan mulut biru, mata ke atas, Mama panggil pun dah tak respond at the same time perut semakin laju.
Sampai hospital terus tolak masuk dlm zon kritikal. Dalam tu doc cuba macam-macam neb tapi still same, nasib masa tu doc pakar ada lagi.
Mama ni dah macam luruh jantung tengok harraz macam tu. Lastly doc intubate harraz dan terpaksa bagi ubat tidur. Tapi intubate manually sebab tak ada mesin ventilator. pH darah semakin menurun dari 7.4 ke 7, doc cakap kalau turun lagi bawah 7 maybe harraz dah tak ada.
Harraz Makin Tenat
Mama rasa macam nak mati je time tu. Air mata terus mengalir macam paip. Keadaan harraz tersangat-sangat tenat.
Doc try sedaya upaya untuk selamatkan anak mama sebab intubate, doc suruh mama panggil harraz. Tak henti-henti mama panggil tapi harraz dah tak respond kat mama.
Doc suruh mama duduk luar. Kat luar tak henti-henti mama nangis dah macam tak tentu arah dah, kaki tangan semua dah macam tak pijak kat bumi.
Doc cakap harraz betul-betul tenat, masa dah dekat pukul 11 malam tapi still tak stabil. Doc call semua hospital yang ada PICU, sebab kat HKB tak ada mesin ventilator (alat bantuan pernafasan).
Saluran paru-paru harraz dah terlalu sempit sangat untuk dia bernafas so terpaksa bergantung pada mesin ventilator untuk support dia. Semua hospital sampai ke utara Perlis PICU dah penuh.
Sekelip Mata Harraz Terbaring Tak Sedar Diri
Hati mama ni tak berhenti-henti berdoa. Lastly Hospital Ipoh ada katil kosong untuk harraz.
Doc terpaksa tunggu keadaan harraz stabil untuk di transfer ke PICU Hospital Ipoh. Tapi anak mama tak stabil, tersangat kritikal dan risiko untuk perjalanan yang jauh ke Ipoh. Allahuakhbar
Dalam pukul 3.30 pagi mama abah sampai Ipoh, tapi mama tunggu harraz tak sampai-sampai lagi.
Ya Allah betapa risaunyaa mama, tunggu punya tunggu tengok-tengok harraz sampai pukul 4 pagi, terus ditolak ke PICU, Alhamdulillah sepanjang perjalanan harraz tidur lena.
Mama tenung harraz. Dengan sekelip mata je harraz tidur tak sedar diri macam ni dengan wayar penuh 1 badan.
Betul ke harraz anak mama ni. Macam tak percaya yang ni anak mama yang terbaring macam ni.
Siang malam mama berdoa semoga harraz kuat untuk lawan. Mama tau anak mama seorang yang kuat semangat. Ramai sangat yang datang dari jauh untuk jenguk harraz.
Hebatnya seorang ibu tanggung semua Ujian Allah ni terhadap anak mama. Dua hari mama tak makan tak minum tapi mama kuat, mama kuat sebab anak mama pun kuat.
Melepasi Tahap Kritikal
Alhamdulillah leganyaa mama. Doc dah cabut bantuan pernafasan harraz. Indahnya dunia mama dapat dukung harraz, dpt tengok harraz bukak mata.
Malam ni mama dibenarkan bersama dengan harraz di wad. Harraz diam je tak banyak cakap, rengek-rengek ja.
Memang lemah sangat sampaikan nak angkat tangan pun tak larat sebab kesan ubat tidur banyak sangat kat harraz. Tapi setiap 4 jam nurse akan buat suction untuk sedut kahak harraz.
Hari ke-6 baru la nampak harraz aktif sikit. Tapi still tak mau gelak-gelak main-main dengan mama. Hari ke-7 baru harraz boleh discaj. Seronok sungguh dia dapat main.
Punca Sebenar Haraz Sakit
Actually, harraz batuk kahak since masa lepas kenduri akikah 3/2. Tapi on off jugak la sampai 2 kali kena admit. Dah sebulan lebih nafas berbunyi kahak tu.
Banyak sebab harraz batuk kahak. Tahun lepas rumah mak renovate time tu pun dah banyak sangat harraz, dan persekitaran yang tak elok dengan asap rokok.
Lepas ni biar la orang nak kata cewi anak ka apa ka, mama dah elakkan untuk bawak harraz tempat-tempat yag terbuka, tempat orang ramai.
Lepas ni dah tak boleh la kerap nak bawak harraz pi pasar malam ka, uptown ka, expo mana-mana ka, makan kat luaq, terdedah dengan segala asap-asap, bulu kucing dan habuk-habuk. Mama abah memang ada asma, dan now kena jaga anak yag dah ada asma.
Now alhamdulillah, nafas berbunyi tu terus tak ada, kahak pun dah kering. Mama abah nak jaga harraz betul-betul dan bagi sepenuh perhatian.
Segala barang perabot dalam rumah lantai semua abah cuci-cuci dengan dettol. Rumah kena sentiasa bersih tak mau ada habuk-habuk, baju mainan harraz semua dibasuh dengan dettol. Botol susu 2 hari sekali kena rebus.
Doakan harraz sihat walafiat lepas ni. Mama bawak jugak harraz jalan-jalan tapi dalam keta ja heheheh. Sekali sekala boleh la.
Segera Rawat Kalau Anak Batuk Berkahak
So jaga la anak-anak jangan terlalu dedahkn anak dengan dunia luar, tambah-tambah tempat yang ramai orang, dekat playground. Kat luar sana banyak sangat penyakit. Beringat dulu sebelum kena.
Mama abah sayang Harraz Faliq bin Hilman Izzat, semoga anak mama abah sentiasa terus sihat.
Sekarang harraz dah kena pakai inhaler coklat setiap hari. Tapi alhamdulillah, harraz nafas dah ok dah tak laju, nafas dah tak bunyi, kahak dah kering, batuk dah ok, dah terlebih aktif dia lani.