“Mama, Abah Tak Sayang Kakak. Selalu Layan Adik & Baby”. Ibu Sebak Baca Luahan Anak Sulung

Share

Dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, ada ketikanya kita terlepas pandang dan tak perasan ia menguris hati anak-anak. Biasanya bila ada anak lebih seorang, ibu bapa akan memberi tumpuan pada anak yang kecil dengan anggapan anak besar dah boleh berdikari.

Mungkin tanggapan ini betul di mata kita tetapi dalam hati anak, kita tak tahu dia sebenarnya rindu nak peluk, dilayan dan bergurau dengan ibu bapa sama seperti adik-adik yang lain.

Kita anggap ini biasa tapi untuk anak yang dalam fasa ini dia merasa ibu bapa tak sayangkannya kerana kurang diberi perhatian. Harus diingatkan keadilan dalam memberi kasih sayang penting bagi elakkan anak-anak terus simpan tanggapan negatif dalam dirinya.

Begitulah yang dialami oleh seorang ibu apabila menerima satu nota dari anak sulungnya yang mendakwa dirinya seakan ‘dipinggirkan’ oleh kedua ibu bapanya.

Luahan jujur anak sulung

Nak share luahan anak sulung petang ni. Tengah-tengah rehat tiba-tiba anak sulung bagi satu cebisan kertas yang sangat tersentuh hati saya. Mungkin kita sebagai seorang ibu terlepas pandang pasal ni.

Kadang-kadang kita rasa dah bagi kasih sayang sama adil tapi bagi dia kurang. Mama mintak maaf sayang. Mintak maaf ye, hanya orang terengganu je faham kata-kata yang anak saya tulis ni. Kami org terengganu.

Berdasarkan perkongsian Nur Amira Jusoh di Facebook, dia memuatnaik satu nota yang ditulis oleh anak sulungnya. Dalam nota tersebut terkandung luahan hati seorang anak kecil yang mendakwa dirinya seakan dipinggirkan oleh kedua ibu bapanya.

Malah, anak kecil ini beranggapan ibu bapanya telah memberi kasih sayang yang lebih kepada dua orang adiknya berbanding dirinya.

Dalam kesempatan itu, Nur Amira sempat menasihati para ibu bapa diluar sana supaya lebih peka dan tidak terlepas pandang mengenai perkara ini.

Hal ini kerana, kadangkala ibu bapa beranggapan bahawa mereka sudah memberikan kasih sayang yang seadilnya tetapi kemungkinan bagi anak-anak ianya masih kurang.

Fahami isi hati anak

Peluklah selalu

Sumber: Nur Amira Jusoh

ARTIKEL MENARIK [Bila Sekolah Tak Jadi Buka, Banyaknya Anak Rugi, Mak Ayah Bantulah]

LAGI ARTIKEL MENARIK [DIY Box Belajar, Bagus Tingkatkan Kemahiran Motor Halus & Koordinasi Mata Anak]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy