Terkini, kira-kira 4 jam lalu (ketika artikel ini ditulis), Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq memuat naik satu posting di Instagram  yang akhirnya menjawab teka-teki ramai. Menerusi kapsyen makna tersirat itu, Ahli Parlimen Muar itu berkongsi bahawa beliau sebenarnya sudah lama menantikan detik untuk berkongsi satu berita gembira dengan para pengikutnya.

Menurut Saddiq, beliau telah menandatangani kontrak bersama stesen radio popular ERA FM dan bakal menyertai Team 3Pagi ERA sebagai penyampai terbaru. Pengumuman ini sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang terkejut, teruja dan tak kurang juga yang tertanya-tanya tentang hala tuju karier politiknya selepas ini.

Tambahnya lagi, beliau telah memaklumkan kepada pihak stesen radio bahawa 100 peratus daripada gajinya sebagai penyampai akan disalurkan sepenuhnya sebagai biasiswa kepada 20 orang mahasiswa dari keluarga kurang berkemampuan di Muar. Inisiatif ini, katanya, adalah usaha kecil untuk membuka lebih banyak peluang pendidikan buat anak muda di kawasannya.

Namun siapa sangka, di tengah video sebaliknya berlaku dengan kerjasama itu.

“Saya kena jujur dengan anak semua.”

“Mama Abuyah Pun Plan Nak Datang Untuk Pengumuman Hari Ini…”  Syed Saddiq Luah Era FM Batal Kerjasama Ada ”Sebab-Sebab Tertentu’

“Minggu lepas saya janji nak kongsi berita gembira.
Berita yang sejujurnya, saya sendiri tak sabar-sabar nak umumkan….(watch the full video)”

“Mama Abuyah Pun Plan Nak Datang Untuk Pengumuman Hari Ini…”  Syed Saddiq Luah Era FM Batal Kerjasama Ada ”Sebab-Sebab Tertentu’

“Trust Allah’s plan. every setback builds a stronger man.”

Katanya lagi dalam video berkenaan, beliau telah memaklumkan kepada pihak stesen radio bahawa 100 peratus daripada gajinya sebagai penyampai akan disalurkan sepenuhnya sebagai biasiswa kepada 20 orang mahasiswa dari keluarga kurang berkemampuan di Muar. Inisiatif ini, katanya, adalah usaha kecil untuk membuka lebih banyak peluang pendidikan buat anak muda di kawasannya.

Ads

Bukan itu sahaja, turut mendedahkan akan  menyampaikan hiburan yang bersifat mendidik menerusi konsep edutainment bersama ERA FM. Namun hasrat itu tidak kesampaian apabila pihak stesen radio memaklumkan bahawa kerjasama tersebut tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu.

“Runding dah, sign kontrak pun dah. Photoshoot, videoshoot semua dah jalan.

“Mama Abuyah Pun Plan Nak Datang Untuk Pengumuman Hari Ini…”  Syed Saddiq Luah Era FM Batal Kerjasama Ada ”Sebab-Sebab Tertentu’

“Mama dan Abuyah pun dah plan nak hadir untuk pengumuman hari ini. “

“Mama Abuyah Pun Plan Nak Datang Untuk Pengumuman Hari Ini…”  Syed Saddiq Luah Era FM Batal Kerjasama Ada ”Sebab-Sebab Tertentu’

“Malah, anak-anak Muar yang bakal terima biasiswa pun dah dimaklumkan,” katanya luah dalam nada kecewa.

Menurut Ahli Parlimen berusia 33 tahun itu, keputusan mengejut itu dimaklumkan kepadanya oleh team ERA semalam tanpa penjelasan lanjut yang konkrit.

Ads

Walaupun mempersoalkan maksud di sebalik “sebab-sebab tertentu” itu, Saddiq mengakui beliau tidak terlalu kecewa dan tetap tenang, yakin bahawa rezeki yang lebih baik pasti akan datang daripada Allah SWT.

“Mama Abuyah Pun Plan Nak Datang Untuk Pengumuman Hari Ini…”  Syed Saddiq Luah Era FM Batal Kerjasama Ada ”Sebab-Sebab Tertentu’

Lebih mengejutkan, beliau turut memaklumkan bahawa pihak ERA FM tetap menunaikan bayaran kontrak yang telah ditandatangani, dan beliau akan menyumbangkan 100 peratus jumlah tersebut ke dalam Tabung Biasiswa Muar seperti yang telah dirancang.

Ads

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Sumber: syedsaddiq

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI