Kita tak paksa anak kecil kita di bawah usia enam tahun untuk berpuasa tetapi semasa kecil inilah ibu bapa harus latih si kecil untuk berpuasa. Tak kisahlah separuh atau suku hari, latih anak kita untuk bangun sahur dan seterusnya menahan lapar.
Ada beberapa jenis makanan yang dikenal pasti mampu buat anak bertahan lebih lama. Bukan memaksa tetapi tip yang dikongsikan oleh Puan Rose Hanizan, Pegawai Diatetik KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu Kelantan ini boleh anda praktikkan buat anak.
Bagi melatih anak kecil kita berpuasa, ibu bapa juga mengambil kira kemampuan mereka untuk menahan lapar dan dahaga di samping memberikan tenaga dengan pemakanan seimbang bagi membantu daya tahan anak kita.
Ibu bapa perlu memberikan zat yang cukup, seimbang dan pelbagaikan jenis makanan. Malah ibu bapa perlu pandai memilih makanan yang sesuai untuk anak masing – masing supaya mereka makan dengan penuh berselera.
Seeloknya banyakkan masakan di rumah berbanding membeli makanan di luar seperti bazar atau pasar. Makanan luar nampak menyelerakan tetapi kita belum tentu lagi tahu akan kebersihan dan kandungan zat dalam makanan tersebut.
Di antara tips yang boleh dikongsikan untuk memastikan anak – anak kita dapat berpuasa dengan baik adalah seperti berikut:
Ads
Tip Masa Sahur * Pastikan ibu sediakan makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau biskut pada anak-anak. Makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks ini dapat mengurangkan rasa lapar kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan
* Pastikan ada sumber protein seperti ikan, ayam atau telur kerana ia juga lambat dicerna dan anak akan rasa kenyang berpanjangan.
* Wajib berikan anak susu ketika sahur supaya anak kekal cergas sampai petang.
* Jangan lupakan sayur untuk anak.
Ads
* Sebolehnya elakkan makanan bertumis atau berlemak pada anak semasa sahur. Lemak akan menyebabkan perut rasa tidak selesa dan mempercepatkan rasa lapar.
* Makanan berminyak juga kerana buat anak lebih cepat penat.
* Pastikan juga anak makan sedikit buah, mungkin jadikan oat bersama buah-buahan di dalamnya. Buah dapat kurangkan rasa lapar di siang hari.
* Ibu harus pastikan tidak memberikan anak dengan makanan yang tinggi garamnya seperti ikan masin, jeruk, belacan, kicap terutamanya semasa bersahur. Ini bagi mengelakkan rasa dahaga yang teramat sangat ketika bulan puasa.
Ads
Tip Masa Berbuka * Minta anak-anak berbuka dengan kurma dahulu untuk pastikan tenaga mereka cepat kembali.
* Elakkan memilih deretan makanan yang terlampau manis.
* Minta anak minum air kosong pada kuantiti yang banyak.
* Larang anak ambil minuman berkafein tinggi ketika berbuka.
* Gantikan dengan jus buah-buahan atau air kosong sahaja yang lebih berkhasiat untuk anak-anak.
* Selain air, buatkan juga makanan berbentuk sup atau bubur untuk meningkatkan pengambilan air seharian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap manusia Allah ciptakan hidup berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan merupakan makhluk Allah yang sangat unik. Lelaki secara fizikalnya gagah dan kuat.
Sifat inilah yang menjadi pelindung kepada perempuan. Perempuan pula fizikalnya lebih lemah berbanding lelaki. Sebab itulah Allah campakkan sifat lemah lembut dan penyayang kepada perempuan sesuai dengan nalurinya. Allah menjadikan mereka adalah untuk mencukupi antara satu sama lain.
Cuma yang menjadi halangan dalam perkahwinan adalah apabila berlaku ketidakpuasan hati antara pasangan, mulalah nak marah hingga masing-masing bermasam muka. Bukan setakat suami isteri je, anak pun turut mendapat tempiasnya.
Perkongsian dari Imam Muda Hassan ini boleh dijadikan panduan bersama dalam melayari alam rumah tangga. Biasakan dengan ayat yang romantik dan hargailah pasangan. Insya-Allah perkahwinan lebih bahagia.
Kenapa Nak Marah Pasangan?
Lupakah kita dulu waktu bujang atau anak dara, nak ada pasangan hidup sebab bila ada pasangan hidup rasa syok, rasa best. Jalan berdua, tidur berdua, ada teman bersembang, ada tempat nak bersandar, ada tukang picit kepala.
Setahun dua tahun mula rasa menyampah dengan pasangan, tengok muka dia rasa nak marah. Meluat, benci bila pasangan wasap kita.
Dulu sebelum kahwin bukan main tertunggu-tunggu wasap dari dia. Kalau tak wasap sehari rasa sesak nafas macam nak mati.
Sebab apa rasa nak marah? 1. Tak ada ilmu self-control 2. Tak sedar kita mempunyai low value egocentric.
Ubah 2 perkara di atas ni, kita akan rasa macam kita kahwin dengan pasangan kita setiap hari.
Dalam tak sedar rupanya anak-anaklah yang banyak mengajar kita tentang erti kehidupan. Sebaik sahaja dilahirkan anak mengajar kita untuk lebih bersyukur dan menghargai kurniaan Ilahi, mengajar erti sabar dan banyak lagi.
Merekalah guru kecil kita yang kadang kita memandang rendah dek kerana usia mereka yang masih muda. Seperti perkongsian oleh Dr Taufiq Razif menerusi Facebook miliknya, menurut Taufiq ada 3 hal penting yang si kecil kita selalu ajar tentang kehidupan.
Ini adalah 3 perkara tersebut:
Jangan pandang rendah pada anak kecil. Kita tak sedar mereka ni sebenarnya Guru Kecil kita. Ada 3 hal penting yang Guru Kecil kita selalu ajar kita tentang kehidupan :
1. To be happy with no reason Kita sekarang bagi terlalu alasan untuk merasa bahagia. Nak kena ada duit dulu, nak kena ada rumah besar dulu, nak kena beli kereta mewah dulu baru boleh nak rasa bahagia. Kita yang letak syarat pada diri kita untuk merasa bahagia. Tu yang sampai sekarang ramai tak bahagia bahagia padahal kita tak perlu pun semua itu untuk merasa bahagia.
2. Experience new things everyday Anak kita pun ada rasa takut tetapi itu tidak menghalang mereka untuk meneroka dan mencuba benda baru setiap hari. Ya, anak kecil kita mungkin tidak kaya harta dan wang tetapi mereka kaya dengan keberanian dan keseronokan.
3. It’s okay to cry Kadang kita pelik anak kita boleh menangis teruk tapi lima minit kemudian boleh ketawa dan bermain dengan penuh ceria seolah olah dia tak pernah merasai kesedihan dalam hidup mereka.
Ya, mereka terluka dan mereka menangis tetapi setelah menangis, mereka cepat ‘move on’. Menangislah kerana langit juga menangis. Dengan tangisan langitlah terhasil pelangi yang mewarnai bumi.
Bergurulah pada anak kecil kerana tiada siapa pun yang mampu menandingi kesucian hati dan jiwa mereka
Kita tak terfikir pun nak ‘DIY’ sendiri meja untuk anak-anak kan. Kadang-kadang terpaksa menabung untuk belikan anak meja bermain. Harga untuk satu meja bukanya murah, boleh cecah ratusan ringgit.
Ibu ini berkongsi bagaimana cara dia membuat sendiri meja sensori untuk anak perempuanya, yang penting tak sampai seratus pun! Boleh jimat banyak tau.
Kenapa la baru tahu boleh DIY sendiri je meja sensori ni. Senang je nak buat, ibu-ibu pun boleh buat tau. Tapi kena pastikan ukur elok-elok PVC pipe tu sebab takut tak ngam dengan connector.
Mommies jangan pandang enteng tau kebaikan mainan sensori ni. Saya dah apply dekat anak-anak, memang nampak perubahan. Diorang nampak lebih fokus kalau buat sesuatu.
Nak tengok cara-cara boleh tengok gambar sampai habis. Saya dah sertakan cara-cara buat dan senarai barang-barang diperlukan.
Bahan yang diperlukan:
Cara membuat:
Kredit: Wanie HS
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Membesarkan anak di zaman ini memang mencabar keimanan. Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.