Tak salah nak manjakan anak tapi jangan sampai berlebih-lebihan. Anak kecil kita memang tak pernah tahu mengenai barangan berjenama mahal dan makan tempat mewah tapi kitalah yang didik mereka, bimbang anak tak cantik atau tak selesa ketika makan. Cara ini sebenarnya tak salah tapi kurang tepat jika dilakukan selalu.
Menurut Dr Taufiq Razif, ibu bapa perlu berhati-hati jika anak dah mula minta barangan atau hal-hal semacam ini. Sindrom yang satu ini ibu bapa kena ambil tahu.
Hati-hati bila anak kita terlalu sukakan barang barang branded, selalu mendesak nak makan tempat mewah dan mahal, jijik dengan tempat tempat yang murah dan jadikan mak ayahnya ATM berjalan.
Jangan jangan anak kita dah kena Rich Kid Syndrome ( RKS )!
Ads
Sindrom ni bukan kena pada anak anak orang kaya je tetapi anak anak orang biasa biasa pun boleh kena. Kadang-kadang kita dulu pernah jatuh miskin, jadi bila dah berduit sikit kita pun hamburkanlah pada anak anak kita.
Ye, kita taknak anak kita susah macam kita dulu dulu. Kita anggap inilah ‘ act of love’ kita pada mereka tapi limpahan kemewahan tanpa kawalan ni hanya akan merosakkan identiti dan ‘self-control’ anak kita.
Ads
Akhirnya mereka akan jijik dengan kesusahan dan memandang hina semua yang berkaitan dengan kesusahan dan kemiskinan. Jinakkan kembali RKS ini dengan selalu menceritakan pengalaman-pengalaman kemiskinan dan kesusahan diri kita suatu ketika dulu.
” Nak, hidup kamu dah senang sangat sekarang. Sini ayah nak ceritakan pengalaman ayah tinggal di rumah buruk nenek dulu”.
Ads
” Nak, kamu sekarang ni dah mewah sangat. Sini mak cerita betapa peritnya hidup mak dulu”.
Turunkanlah ego anak RKS ini dengan menceritakan kedaifan dan kemiskinan anak anak pelarian dan fakir miskin di sekelilingnya. Bagitahu anak mereka bahawa anak anak yang susah itu WUJUD di dunia ini.
Bagitahu anak RKS ini bahawa ada anak di luar sana yang tiap hari hanya makan roti dan sayur! Bagitahu juga anak RKS ini bahawa ada anak di luar yang seumur hidupnya tak mampu pun nak menjamah KFC mahupun McD!
Bagitahu juga anak RKS ini bahawa di luar sana ada berjuta kanak kanak yang tak ada makanan pun untuk dimakan hari ini!
p/s : Anak yang mengalami Rich Kid Syndrome ni akan sangat susah berpuas hati dengan kebaikan & budi daripada mak ayahnya sendiri! Jadi, ubahlah cara didikan kita sebelum terlambat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa kepada Allahyarham Ashraf Sinclair mengambil penerbangan ke Jakarta untuk menziarahi pusara arwah anak sulungnya itu sempena dengan hari jadi arwah.
Menurut perkongsian ibunya, Khadijah Abdul Rahman, mereka sekeluarga menziarahi pusara arwah Ashraf Sinclair bersama-sama menantu serta cucu iaitu Bunga Citra Lestari dan Noah.
Turut kelihatan ahli keluarga Bunga yang sama-sama hadir di pusara arwah Ashraf Sinclair.
Sepatutnya semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran selebriti terkenal, Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah meninggalkan kita semua pada Februari 2019.
Bunga Citra Lestari (BCL) yang juga penyanyi serta pelakon terkenal Indonesia telah memuat naik gambar allahyarham di Instagram dengan kapsyen menyatakan rasa rindunya terhadap Ashraf.
‘Hey you.., Happy Birthday ❤️ We miss you.. And love you, always..’
Ibu arwah turut berkongsi momen-momen sebak ketika menziarahi pusara dan memaklumkan cucunya, Noah telah memimpin bacaan Yasin. Dia turut mendoakan agar arwah anak sulungnya itu ditempatkan di syurga Jannah.
Untuk rekod, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair telah bernikah dengan Bunga Citra Lestari pada November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair yang kini berusia 12 tahun.
Pada Februari 2019, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia ketika dalam tidur dan dipercayai mengalami serangan jantung.
Cikgu Fadli Salleh sememangnya terkenal banyak berkongsi di laman facebook miliknya kisah pengalamannya bertugas sebagai guru di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Klang.
Pelbagai kisah lucu gelagat anak muridnya dalam kalangan darjah seringkali membuatkan warga maya yang kebanyakan ibu bapa terhibur dan dapat ‘relate’ dengan situasi tersebut.
Tidak kurang juga sikap prihatin Cikgu Fadli terhadap segelintir anak murid sekolahnya yang kurang bernasib baik. Menggunakan pengaruh dirinya di media sosial, beliau seringkali berjaya mendapatkan bantuan daripada para pengikutnya yang turut ikhlas membantu.
Kali ini Cikgu FadliSalleh berkongsi tulisan yang diharap dapat membuatkan para ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah rendah sama-sama ‘buka mata’ dan ‘alert’ dengan tingkah laku anak masing-masing
Maklumlah anak-anak kita ni kadangkala di rumah pijak semut tak mati tapi di sekolah lain pula perangainya.
Masalah Anak Selalu Buat Di Sekolah Rendah
Aku nak dedahkan pada ibu bapa masalah yang sering anak kalian buat di sekolah dan ramai ibu bapa tak tahu hal ini.
1. Minta duit kawan.
Masalah ini berlaku saban hari di sekolah melibatkan murid tahun 1-6. Banyak aduan diterima setiap hari, dan sebenarnya lebih banyak aduan disembunyi.
Ibu bapa tolonglah. Tolong didik anak-anak di rumah agar tidak minta duit kawan meskipun duit dia dah habis. Suruh jumpa guru kelas atau guru bertugas.
Masalah ini paling sukar aku hadapi. Dah pesan banyak kali pada murid, jangan beri pinjam duit. Lapor pada cikgu jika ada murid lain minta duit.
Laporan tak ada. Tup-tup mak ayah mesej mengadu duit anak dia selalu kena minta.
Bila panggil anak dia tanya kenapa beri sedangkan cikgu dah pesan, jawab si anak selamba,
“Jika tak beri dia tak nak kawan.”
Letih main dengan isu budak minta duit ni. Ada yang terkumpul lebih RM30 pun ada. Sehari minta seringgit atau dua.
Akhirnya aku terpaksa hubungi ibu bapa maklumkan hal ini. Terkejut ibu bapa sikap anak sendiri suka minta duit kawan. Padahal mereka dah bagi belanja lebih dari cukup. Ada yang beri duit belanja RM5 sehari pun masih minta duit kawan.
Lebih seram, ibu bapa tak terima aduan guru. Kata kawan anaknya reka cerita dan anak dia baik sangat. Lepas tu ubah topik cerita anak dia selalu kena ambil barang dengan orang lain. Kena tolak, kena pukul dan sebagainya. Aduh!
2. Selalu tinggal barang.
Cikgu-cikgu kelas terutama tahun satu sangat maklum hal ini. Setiap hari sebakul pensel dikutip. Setiap hari sebakul pemadam, pensel warna, pembaris di tinggalkan.
Kat kantin, kat kelas, banyak botol air tidak dituntut.
Masalah tinggal barang sahaja tahan lagi. Pulang rumah dia cerita kawan dia yang curi. Kawan dia yang ambil. Padahal dia tak nak kena marah dengan ayah ibu. Hat ni masalah besar.
Maka ibu bapa hubungi guru bercerita barang anak dia selalu dicuri oleh Polan bin Polan.
Dah cikgu kena jadi penyiasat pula siasat dakwaan kes. Bila cikgu panggil murid yang dituduh itu, murid ini pulang cerita kat mak ayah dia cikgu tuduh dia mencuri.
Padahal baru siasat dan bertanya betul ke ada ambil barang kawan tu.
Penudahnya mak ayah serang cikgu pula. Aduh lagi.
3. Suka ambil barang orang.
Hat ni memang ada. Barang orang suka sangat padahal barang dia lagi mahal dan banyak. Pantang kawan pusing belakang, barang atas meja terus hilang.
Pernah terjadi, seorang murid bawa pulang buku teks kawan dia. Bukan sebiji. 3 biji buku teks yang sama dia ambil. Nak buat apa entah.
Bekas pensel dia semua penuh dengan ‘harta rampasan perang’.
Jenis suka minum dan makan bekal kawan pun ada juga. Tanpa minta masalahnya. Tengok kawan bawa air sedap, kawan tu ke tandas, separuh dia balun. Kawan tu ralit buat kerja, separuh lagi dia minum.
Last-last tinggal tujuh titik je air Ribena kawan tu. Tu pun bercampur air liur tinggalan ‘pembalun’ lima titik.
Jadi ibu bapa, dengarlah nasihat aku guru tahun satu ini.
Walau kalian bagi duit belanja kat anak-anak, walau anak kalian baik yang amat kat rumah, kena pesan hari-hari,
“Jangan minta duit kawan!”
Walau berkodi-kodi alat tulis kalian sediakan, kena selalu check beg anak-anak. Jumpa barang yang bukan milik dia, terus suruh dia pulangkan esok hari.
Walau dia kata kawan yang beri!
Kalau anak balik cerita barang dia kawan ambil, jangan terus percaya. Kemungkinan besar dia sendiri yang tinggal barang itu. Atau barang jatuh dia tak kutip.
Cukuplah tiga benda dulu aku kongsi pagi ini. Kalau ikutkan banyak lagi ni. Lain kali la pula aku cerita..
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi trend sekarang anak-anak seawal satu tahun sudah mempunyai gajet khas untuk mereka. Mungkin kita terlalu sibuk dengan kerjaya dan untuk mengelakkan anak-anak menganggu sewaktu bekerja dirumah, anak-anak diberi gajet. Ataupun gajet sebenarnya trend ibu bapa muda sekarang, jika tidak dikatakan ketinggalan.
Tapi sebenarnya gajet boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada anak-anak. Blogger dan instafamous yang terkenal, Farah Lee tampil memberikan nasihat berkenaan kesan buruk gajet yang mungkin tidak dipandang serius oleh kita semua.
Moga dapat kita pulangkan anak-anak kita dalam bentuk terbaik seperti yang diberi pinjamkan Tuhan.
Menjadi ibu bapa pada zaman gajet, banyak kali saya perasan anak-anak sekarang kurang adab. Apa kaitan?
Sebab bila kurang interaction dua hala (sel2 otak tak dapat berhubung dan akan mati begitu sahaja), mereka tak dapat develop their soft skills. Jadi kurang common sense, kurang sensitiviti, kurang communication skills.
Awal2 mungkin kita tak perasan, kata itu personaliti atau alahhh budak lagi. Tapi kalau kita terus lepas tangan, kita takkan mampu patah masa ke belakang.
First 6 years sangat crucial untuk sel2 otak berkembang dan bentuk otak yang sangat optimistic. 90% perkembangan otak berlaku pada usia 1-6 tahun.
Bermain, akan membina jambatan untuk sel2 otak tersebut berhubung dan membina perkaitan antara satu sama lain thus mereka akan cepat matang dan rational, baki 10% perkembangan otak juga akan jadi sangat mudah.
Please limit our kids screen time and LET THEM PLAY.
Netizen turur bersetuju dengan pendapat Farah Lee. Rata-rata berkongsi pengalaman mereka melihat bila anak bermain gajet, mereka akan kurang komunikasi.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...