Setelah sekian lama melalui fasa sedih, akhirnya Puteri Sarah berkongsi anak sulungnya, Syaikhul Islam bertanya soalan yang benar-baenar buatkan dirinya terkedu mengenai Syamsul Yusof.
Berkongsi perkara tersebut di instastory, Puteri Sarah, 38, tidak tahu untuk menjawab soalan Syaikhul yang berusia enam tahun itu.
“Baru balik daripada photoshoot, sampai-sampai rumah Syaikhul tanya saya, ‘Mama betul ke ayah kahwin lain?’
“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? Macam mana nak jawab soalan budak umur enam tahun? Saya terkedu,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut bertanya kepada Syamsul bagaimana dia mahu menjawab soalan anak mereka yang masih tidak tahu apa-apa.
Ads
Dalam kenyataan tersebut, Puteri Sarah menyoal adakah Syamsul pernah terfikir jawapan yang mahu diberikan kepada anak-anak mereka sekiranya perkara itu dibangkitkan suatu hari nanti.
“Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri sendiri tu, isteri nak kena jawab apa dekat anak kecil ni?
“Pernah tak kamu terfikir satu hari nanti nak jawab apa dekat anak?,” ujarnya.
Ads
Puteri Sarah juga turut menitipkan pesanan sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya. Dan fikir apa consequences dia,” tulisnya.
Sebelum ini, Puteri Sarah telah memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.
Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, selain Syaikhul mereka dikurniakan anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia lima tahun.
Lagi beberapa minggu, sesi persekolahan penggal baharu bakal dibuka dan pelajar akan memulakan sesi pembelajaran mereka di sekolah. Bagaimanapun, kebimbangan ibu bapa sebelum ini mengenai isu beg berat ke sekolah telah pun mendapat perhatian pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Terbaru dalam perkongsian di Twitter Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, akhirnya beliau memberi satu berita gembira, isu beg berat ke sekolah oleh anak-anak bakal berakhir dengan beberapa pelaksanaan akan dilakukan.
[TERKINI]
Selepas hampir 40 tahun isu beg berat murid ke sekolah:
1. Kepada sekolah 2 sesi; KPM akan menyediakan lokar untuk murid di Sekolah bermula tahun ini.
2. Penyusunan semula jadual waktu sekolah murid yg mengandungi 3 hingga 4 matapelajaran sehari.
Selepas hampir 40 tahun isu beg berat murid ke sekolah:
1. Kepada sekolah 2 sesi; KPM akan menyediakan lokar untuk murid di Sekolah bermula tahun ini.
2. Penyusunan semula jadual waktu sekolah murid yang mengandungi 3 hingga 4 mata pelajaran sehari.
Dalam masa sama, inisiatif ini juga dipercayai lebih memudahkan mereka untuk menjalani sesi pembelajaran di sekolah kelak. Justeru, berikut di bawah ialah tujuh inisiatif KPM bagi isu beg sekolah berat.
7 inisiatif KPM sebagai solusi bagi isu beg berat:
1. Penyediaan Lokar
KPM akan menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa. Fasa I akan melibatkan penyediaan lokar untuk murid Tahap I, iaitu Tahun I, Tahun 2 dan Tahun 3 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan ini akan melibatkan 10,662 kelas dengan 323,186 orang murid. Jumlah anggaran peruntukan tahun 2022 untuk Fasa 1 adalah sebanyak RM37.3 juta.
Bagi Fasa 2 pula, penyediaan lokar akan diperluaskan kepada murid Tahap 2, iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi. Pelaksanaan dijangka pada tahun 2023.
Bagi sekolah satu sesi pula, murid akan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.
2. Penyusunan Semula Jadual Waktu
Melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.
Di samping itu, sekolah akan diberi kelonggaran untuk menyediakan jadual waktu mengikut kitaran minggu sebagaimana yang sedang dilaksanakan oleh sebilangan sekolah bawah KPM.
3. Buku Latihan
Bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa. Setiap buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.
4. Buku Aktiviti dan Buku Kerja
Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).
5. Buku Teks Digital
Penerbitan baharu buku teks dalam format digital secara berterusan. Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Murid yang mempunyai peranti boleh mengakses buku teks digital melalui pelantar DELIMa.
6. Pendekatan PdP
Guru digalakkan menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.
7. Kerjasama Dengan JAKIM
Kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) juga diadakan dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.
Diharapkan dengan inisiatif ini, ibu bapa boleh menarik nafas lega dan murid tidak perlu dibebankan lagi dengan isu beg sekolah berat.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Mesti anak yang bakal dilahirkan nanti akan terkena tempias populariti ibunya. Jadi kami dah sepakat besarkannya secara bersederhana saja.”
Itu jawapan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz ketika ditanya bentuk didikan dan persiapan menyambut kelahiran bayi sulung hasil perkahwinannya bersama selebriti terkenal, Neelofa.
Menghitung hari untuk menimang cahaya mata pertama, Haris, 28, tidak menafikan anak yang bakal dilahirkan nanti akan turut terkena tempias populariti yang dimilikinya dan isteri.
“Tidak boleh cakap tak terkenal sangat sebab ibu bapanya dikenali. Kalau boleh tak mahulah terlalu popular, biarlah semuanya bersederhana,” katanya.
Dalam pada itu, Haris turut menekankan anaknya nanti akan dididik mengikut ajaran Islam dan tidak berlebih-lebihan.
“Jika berbicara tentang kemasyhuran, boleh jadi kebaikan dan keburukan.
“Dalam Islam, dipanggil sebagai wasatiyyah iaitu pertengahan atau sederhana.
“Kami berharap anak yang bakal lahir ini dapat membesar dan dididik dengan cara Islam,” katanya lagi.
Mahu Haris disisi teman bersalin
Sementara itu, ditanya tentang persiapan menyambut kelahiran bayi sulung, Neelofa, 33, memberitahu dia mahu Haris berada disisi menemaninya ketika berada di wad bersalin.
“Suami mesti menemani saya. Harap dia jangan lari ya,” ujar pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu.
Kebelakangan ini Neelofa lebih terbuka memaklumkan dia kini menghitung hari melahirkan bayi pertamanya selepas kandungannya dah masuk trimester akhir.
Sejak Julai tahun lalu, namanya menjadi bualan ramai selepas didakwa hamil anak sulung namun Neelofa mahupun Haris kekal dengan pendirian enggan berkongsi mahupun mengesahkan perkara tersebut.
Untuk rekod, pasangan berkenaan selamat mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau macam mana cara sekali pun, seorang ibu akan cuba menunaikan hajat dan impian anak kecilnya demi memastikan anak gembira.
Bagi isteri kepada Asyraf Khalid, Tya Ariffin, impian anak sulungnya, Arif yang mahu tidur di khemah dilaksanakan sebaiknya olehnya dan suami.
Menerusi Instagramnya semalam, Tya berkongsi beberapa keping gambar khemah yang dihias cukup cantik dan begitu selesa. Tak hairanlah anak-anak cukup teruja.
“Malam ini kita tidur di khemah ya. Sahut cabaran Arif untuk tidur, seru (teruja) juga sebenarnya.
“Jadi rencana malam ini, nonton kartun- bakar mashmallow- pizza dan makan popcorn,” kongsi Tya di kapsyennya.
Melihat gambar-gambar yang dikongsikan Tya, bukan hanya anak bahkan kita yang melihat pun terasa begitu mengujakan. Mana tidaknya, khemah bersaiz besar itu dimuatkan dengan tilam besar yang selesa juga dihias dengan lampu cantik yang menerangi malam.
Tidak ketinggalan juga laptop kecil untuk menonton kartun kegemaran anak-anak juga deretan makanan sepanjang malam ketika menonton. Suasana yang cukup mengujakan.
Berjaya tidur di khemah
Terbaru menerusi Instagramnya Tya awal pagi ini, ibu cantik ini turut berkongsi pengalaman tidur di khemah bersama anak-anak yang begitu berbeza. Kata Tya, dia dan anak-anak tidur cukup nyenyak dengan suasana baru itu.
“Alhamdulillah berjaya tidur di kemah semalam. Pengalaman baru.
“Tidur nyenyak, ga ada nyamuk karna ditutup terus, buka dikit, terus tutup. Terus dingin karna pake 2 kipas hehe..bisaa diulang,” kongsi Tya.
Pastinya suasana berbeza ini bukan hanya mengujakan bahkan paling penting adalah mencipta bonding bersama anak-anak dengan suasana baru sepanjang PKP ini. Usaha Tya dan suami ini sememangnya dipuji.
Bahkan menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Tya turut memuji usaha pasangan ini demi menggembirakan kedua anak mereka.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @tyaarifinnw
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.